Friday, January 27, 2017

TRAVELOG MUSAFIR #2

hari kedua musafir aku dimulai dengan sesi sarapan di sebuah kedai makan. kemudian g jalan-jalan sikit sebelum singgah lagi ke RI lain. sempat lagi kami jalan-jalan di sekitar UTM. kemudian dalam jam 2, bertolak ke Serdang.

jazakillahu khair aten dan kak anis melayan kami sepanjang berada di johor

perjalanan memakan masa selama lebih kurang 4 jam. sepanjang perjalanan, sempat habiskan satu bab haza deen, MANHAJ UNTUK MANUSIA.

OK meh nak share sikit benda yang paling terkesan dalam bab ni. why dikatanan ini adalah manhaj untuk manusia? kerana manhaj ni dicipta sesuai dengan fitrah manusia. secara logiknya kita melihat bahawa semua hasil akan datang apabila seorang manusia itu berusaha. maka itulah yang dihighlightkan dalam bab ni. agama ini adalah sesuatu yang perlu diusahakan. ia takkan bangkit dengan sendirinya. AGAMA INI BUKAN AGAMA MAGIK!! allah ingin sekali agama ini dijayakan oleh manusia, bangkitkan agama ini bergantung kepada usaha manusia, namun tetap atas izin allah.
*nak tahu lebih boleh baca sendiri*

sampai je jumpa kak amal kat ktm, 

is currently tunggu ktm sampai. 

then sampai TBS ptg dah. malam kami ke RI di area serdang. sampai je. tiba-tiba ada request untuk sharing pada mlm ni. sama2 berkongsi pengalaman sepanjang ditarbiyah dengan adik2 UM. agak lewat jugak sebenarnya. tapi bila kita sendiri dah jelas dengan tujuan hidup kita, sepatutnya takde alasan dah untuk tidur ke so on. jasad yang longlai tu hasil daripada hati yang takde keinginan yang kuat.

bila share pengalaman tarbiyah, teringat dulu sangat banyak kerenah. pada phase awal ditarbiyah. tapi seorang murabbi tu tetap sabar dalam membina diri aku ni, sampailah aku menjadi diri aku yang sekarang. seorang murabbi tu, hanyalah penyambung kepada rantaian dakwah rasulullah. maka apabila dah sampai pun baton kepada kita, adakah kita nak bermain2 lagi dengan masalah diri yang tak berkesudahan?? sengaja lagi taknak pass baton tu?? maka kitalah yang akan mengehntikan rantaian dakwah ini.

dalam surah al fajr, pada hakikat ke 2, bila allah menceritakan tentang kaum-kaum yang dibinasakan. why?? sebab kaum2 tak disibukkan dengan tujuan hidup. hanya menurut hawa nafsu mereka sendiri sehingga lupa tujuan diciptakan. walhal, ditengah2 mereka adanya nabi yang memberikan peringatan.

No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...