Saturday, November 21, 2015

SEBUAH PERJALANAN

its a long day. perjalanan musafir dari kota kinabalu ke lawas.

banyak. banyak sangat yang Allah bagi sepanjang perjalanan. mula2 pada waktu pagi. tengah drive masa tu. bila benda tu berlaku, terus rasa blank, tak tahu nak buat apa. tapi Allah tu Maha Penyayang. Sangat. Allah mudahkan je semua urusan.

seharian, cuba untuk tak nak layan perasaan bersalah. sebab kena selalu bear in mind, yang segala benda yang berlaku tu, pelakunya ialah Allah. bukan sebab kita. atau sebab2 dunia yang lain.

tiba2, allah hadirkan seseorang yang whatsapp saya. direct je saya tanya, awak usrah? dan jawapan dy, "kalau free join" benda tu memang buat aku rasa "ya allah, allah bagi aku nikmat tarbiyah, ape aku dah buat dengan nikmat ni?" memang bukan semua orang dapat rasa bestnye tarbiyah. mungkin jalan ni sukar, tapi ini adalah jalan bahagia.

dah petang sikit, decide nak ke tepi sungai. tenang. sangat tenang. bukak jd al quran, zupp!! allah terus bagi ayat pasal sabar. allah bagi ayat pasal kuat.

"...dialah yang memberikan kekuatan kepadamu dengan pertolongan-Nya dan dengan (dukungan) orang orang mukmin" Al-Anfal : 62

sweet kan Allah tu? dan petang tu jugak...Allah hadirkan pelangi. di sebalik kehitaman awan kat situ.

malam tu, berada pada majlis ilmu yang barokah. melihat ahli pada majlis ilmu yang mujahadah melawan mengantuk atau apa2 je yang menghalang liqa diteruskan. buat aku rasa, eh aku dah cukup ke mujahadah untuk lawan ujian2 yang Allah bagi kat aku?

di dalam perjalanan ini, aku melihat, betapa kasih dan sayangnya Allah, yang memberi ujian kepada hambaNya tapi tetap sentiasa memberi bantuan kepada hambaNya yang redha

aku merasai kasih sayang Dia, yang terus menerus memberi peluang untuk aku, menyucikan diri di jalan ini.

No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...