Saturday, November 28, 2015

QURAISY

selalunya bila baca al-quran, kita sering meletakkan posisi diri sebagai orang yang baik. sebagai seorang du'at. erm..apa kata cuba cara lain, meletakkan diri sendiri di sisi seorang yang jahat.

contohnya, kalau baca kisah nabi musa dengan firaun dalam al0quran. letakkan diri sebagai seorang firaun. herm..entah2 kitalah tu firaun. mungkin secara zahirnya tak pun firaun, tapi hati lebih teruk. merasakan diri sudah cukup gah dengan binaan yang ramai. atau merasai diri sudah cukup hebat menjaga tarbiyah diri. hingga lupa, yang memberi itu TUHAN. yang mengizinkan itu TUHAN.

sama jugak bila baca surah al-kafirun. adakah kita meletakkan diri sebagai seorang yang mengatakan "kul" atau pun berada di pihak quraisy, menambah2 dan mengurangkan sesuatu yang sepatutnya tetap. FIX. takkan ada TOKOK TAMBAH. quraisy cuba untuk tolak ansur dengan nabi muhammad saw supaya sembah berhala mereka setahun, dan kemudian tahun berikutnya menyembah pula Tuhan Muhammad. 

ya. pada awalnya, nabi muhammad terfikir-fikir, namun, ALLAH terus menurunkan surah ini, tanda takkan ada tolak ansur dalam menambah atau mengurangkan ISLAM. takkan ada percampuran antara ISLAM dan KAFIR. xkan ada percampuran antara HAK dan BATIL. dan takkan ada JALAN TENGAH.

bila nak reatekan dengan diri, kita, secara dasarnya, mendapat FIKRAH YANG SAMA dengan rasulullah dan para sahabat, tapi kenapa amal kita berbeza? bukan sepatutnya sama? ke kita quraisy? yang menambah2 atau mengurangkan sesuatu di dalam ISLAM? sehingga amal kita kering?? herm..

sebenarnya, muhasabah diri balik bila dapat pengisian ni. deep, berat. tapi inilah wahyu. :)

No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...