Saturday, November 28, 2015

QURAISY

selalunya bila baca al-quran, kita sering meletakkan posisi diri sebagai orang yang baik. sebagai seorang du'at. erm..apa kata cuba cara lain, meletakkan diri sendiri di sisi seorang yang jahat.

contohnya, kalau baca kisah nabi musa dengan firaun dalam al0quran. letakkan diri sebagai seorang firaun. herm..entah2 kitalah tu firaun. mungkin secara zahirnya tak pun firaun, tapi hati lebih teruk. merasakan diri sudah cukup gah dengan binaan yang ramai. atau merasai diri sudah cukup hebat menjaga tarbiyah diri. hingga lupa, yang memberi itu TUHAN. yang mengizinkan itu TUHAN.

sama jugak bila baca surah al-kafirun. adakah kita meletakkan diri sebagai seorang yang mengatakan "kul" atau pun berada di pihak quraisy, menambah2 dan mengurangkan sesuatu yang sepatutnya tetap. FIX. takkan ada TOKOK TAMBAH. quraisy cuba untuk tolak ansur dengan nabi muhammad saw supaya sembah berhala mereka setahun, dan kemudian tahun berikutnya menyembah pula Tuhan Muhammad. 

ya. pada awalnya, nabi muhammad terfikir-fikir, namun, ALLAH terus menurunkan surah ini, tanda takkan ada tolak ansur dalam menambah atau mengurangkan ISLAM. takkan ada percampuran antara ISLAM dan KAFIR. xkan ada percampuran antara HAK dan BATIL. dan takkan ada JALAN TENGAH.

bila nak reatekan dengan diri, kita, secara dasarnya, mendapat FIKRAH YANG SAMA dengan rasulullah dan para sahabat, tapi kenapa amal kita berbeza? bukan sepatutnya sama? ke kita quraisy? yang menambah2 atau mengurangkan sesuatu di dalam ISLAM? sehingga amal kita kering?? herm..

sebenarnya, muhasabah diri balik bila dapat pengisian ni. deep, berat. tapi inilah wahyu. :)

Tuesday, November 24, 2015

KERANA KASIH SAYANG DIA

dosa kita kalau nak banding dengan amal kita sangat jauh. bukan umpama langit dengan bumi, bahkan lebih banyak lagi.

tapi sebab kasih sayang DIA, sebab sifat DIA yang Maha Penyayang, dia tetap lagi pilih kita untuk berada di atas jalan dakwah dan tarbiyah. satu-satunya jalan untuk menuju kebahagian yang abadi. satu-satunya jalan yang memberi kehidupan.

teringat muayasyah dengan liqa' lepas, bila akhwat keep mentioning, "dosa kita sangat banyak. Allah pulak still tutup aib kita. sebab DIA nak kita slow2 settlekan masalah kita. Dia nak kita slow2 settlekan hambatan kita.

jangan sampai ALLAH menyucikan jalan ni dengan kehilangan kita. saya sendiri tak tahu, sampai bila ALLAH akan memilih saya kat jalan ni. tapi satu-satunya benda yang kite boleh buat, hanya berdoa penuh harapan, terus bergerak meskipun sekadar mengesot, kerana di akhirnya, ada kehidupan di sana.

Saturday, November 21, 2015

SEBUAH PERJALANAN

its a long day. perjalanan musafir dari kota kinabalu ke lawas.

banyak. banyak sangat yang Allah bagi sepanjang perjalanan. mula2 pada waktu pagi. tengah drive masa tu. bila benda tu berlaku, terus rasa blank, tak tahu nak buat apa. tapi Allah tu Maha Penyayang. Sangat. Allah mudahkan je semua urusan.

seharian, cuba untuk tak nak layan perasaan bersalah. sebab kena selalu bear in mind, yang segala benda yang berlaku tu, pelakunya ialah Allah. bukan sebab kita. atau sebab2 dunia yang lain.

tiba2, allah hadirkan seseorang yang whatsapp saya. direct je saya tanya, awak usrah? dan jawapan dy, "kalau free join" benda tu memang buat aku rasa "ya allah, allah bagi aku nikmat tarbiyah, ape aku dah buat dengan nikmat ni?" memang bukan semua orang dapat rasa bestnye tarbiyah. mungkin jalan ni sukar, tapi ini adalah jalan bahagia.

dah petang sikit, decide nak ke tepi sungai. tenang. sangat tenang. bukak jd al quran, zupp!! allah terus bagi ayat pasal sabar. allah bagi ayat pasal kuat.

"...dialah yang memberikan kekuatan kepadamu dengan pertolongan-Nya dan dengan (dukungan) orang orang mukmin" Al-Anfal : 62

sweet kan Allah tu? dan petang tu jugak...Allah hadirkan pelangi. di sebalik kehitaman awan kat situ.

malam tu, berada pada majlis ilmu yang barokah. melihat ahli pada majlis ilmu yang mujahadah melawan mengantuk atau apa2 je yang menghalang liqa diteruskan. buat aku rasa, eh aku dah cukup ke mujahadah untuk lawan ujian2 yang Allah bagi kat aku?

di dalam perjalanan ini, aku melihat, betapa kasih dan sayangnya Allah, yang memberi ujian kepada hambaNya tapi tetap sentiasa memberi bantuan kepada hambaNya yang redha

aku merasai kasih sayang Dia, yang terus menerus memberi peluang untuk aku, menyucikan diri di jalan ini.

Sunday, November 15, 2015

CINTA ALLAH

theme yang selalu ditekankan kat adik2 ta'lim. kan??

tak tahu kenapa hari tu, masa tengah cakap pasal cinta allah, cinta rasulullah tiba-tiba Allah detikkan hati  ni untuk fikir " eh, aku ni asyik cakap cinta Allah kat orang lain, tapi hati aku macam mana? "

awal-awak dikurniakan nikmat tarbiyah, terasa yang ya ALLAH, awesomenye Allah sebab bagi banyak nikmat. sedar ataupun tak. semakin lama ditarbiyah, semakin banyak melihat nikmat ALLAH yang tak tersyukuri, semakin banyak nikmat yang disia-siakan, seolah2 seperti hamba yang tak pernah bersyukur dengan nikmat allah. lagi2 dengan nikmat ditarbiyah.

kerana dengan nikmat ini, saya belajar mengenal pencipta.
kerana dengan nikmat ini, saya dikenalkan dengan tujuan penciptaaan manusia.
karana dengan nikmat ini, saya ditunjukkan jalan menuju syurga.
kerana dengan nikmat ini, saya diajar bagaimana mencintai Allah dan Rasulullah dengan cara yang sebenarnya.
kerana dengan nikmat ini, saya belajar berukhwah fillah.
kerana dengan nikmat, saya belajar bersyukur atas semua perkara.

tapi sejauh mana kita menghargai nikmat tarbiyah yang Allah bagi?? sejauh mana kita serius dengan nikmat berada di jalan yang memberi kehidupan?

tolong. tolong. tolong belajar mencintai ALLAH. jangan hanya omongan kosong.

Wednesday, November 11, 2015

TARBIYAH ALLAH

tarbiyah allah memang pun akan datang dari setiap detik kehidupan kita. walau dimana pun kita berada. terpulang pada kita bagaimana pandangan kita terhadap sesuatu.

sekalipun hanya melihat botol air di depan mata, ada tarbiyah allah di situ. kerana yakinnya kita bahawa segala benda yang allah jadikan itu tak sia-sia

state saya sekarang boleh dikatakan agak ok-ok. cuma biasalah, setiap orang yang melalui jalan ini, jalan tarbiyah dan dakwah memang akan sentiasa diuji. sekalipun dengan diri sendiri. cuma sekarang bagaimana kita memandang ujian itu?

teringat kata2 seorang akhwat, "kita sepatutnya memandang ujian dan nikmat itu adalah sesuatu yang meningkatkan iman kita, bukan mendownkan" kan??

terus bergerak dan terus melangkah, selagi DIA memilih saya, anda ataupun sesiapa sahaja untuk berada di jalan ini. ALLAH meletakkan keyakinan kepada kita, kenapa bukan kita memegang keyakinan itu??

Monday, November 9, 2015

its about you and allah

setelah beberapa lama ditarbiyah..memang akan ada je jatuh bangunnya. memang akan banyak je part yang Allah nak uji.

kadang2 tu..kita terlalu melihat apa orang akan kata. sampaikan kita lupa, kat akhirat nanti..its not about you and me. its me and Allah. bila kita merasakan kat dunia ni hanya aku dan Allah. diulang, HANYA AKU DAN ALLAH, tak kisah lah apa yang orang akan kata, atau apa pun dosa yang kita dah lakukan, ataupun apa pun yang akan jadi, kita akan teruskan langkah je. sebab kita yakin..kat dunia ni..benda yang kita risaukan, hanya bagaimana hubungan aku dengan Allah.

sangat penting untuk merasakan yang kita ni sebenarnya berada dalam genggaman jari jemari Allah. dimana semua benda yang berlaku, adalah atas pengetahuan Allah. awak buat, then failed. awak buat lagi. failed lagi. but sabar. plis sabar. sabar untuk segala benda. even untuk berubah.

eh allah dah ambik awak dari longkang, then awak nak g terjun balik? hooiiii

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...