Wednesday, May 15, 2013

DIUJI LAGI

assalamualaikum..


yeap, hari ni diuji lagi. bukan diuji dengan ujian yang memang ujian. tapi diuji dengan ke'tidakboleh'an menjawab soalan exam add math tadi. ya ALLAH..memang susah tahap palingggggggggg maksimum.


entah lah. tak tahu salah siapa sebab soalan jadi susah macam ni. takpe. jangan belajar menyalahkan orang lain. anggap laa diri kita yang tak cukup persediaan. kan?? haa..memang pun.


tadi, borak-borak dengan kawan pasal add math ni lah. memang sebenarnya soalan susah ni banyak hikmahnya.


1-- ALLAH nak uji sejauh mana kita mampu jujur. sejauh mana kita mampu untuk tahan diri daripada meniru dalam exam. mungkin ada yang berjaya. mungkin ada yang dah GAGAL dalam ujian ni. yang berjaya, TAHNIAH saya ucapkan. percayalah, anda tergolong daripada ORANG-ORANG YANG HEBAT!


2-- nak bagi kita jangan riak. exam first tinggi, exam kedua teruk. markah tinggi kadang-kadang buat kita jadi bangga. kononya kita lah yang paling bijak seantero dunia. so, jangan nak riak. sekali Allah nak tarik, memang kita akan kosong. takde benda yang nak dibanggakan.


3-- ALLAH nak kita usaha lagi untuk achieve target kita. ye lah, mungkin usaha kita tak setinggi target kita. so, jangan terus jatuh dalam ujian.


erm..kesimpulannya, kalau diuji jangan terus rebah. ingat, ALLAH masih ada. ujian buat kita kuat. jangan lupa check hati dengan DIA.




♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...