Friday, April 19, 2013

CAMPINGG!!! 2


HARI KEDUA
erm..ada jungle trekking! yeah..memang best jugak la..habis lenguh2 badan ni. mula2 tu, berjalan lebih kurang 2 3 kilometer sebelum sampai kat kaki bukit keluang. then, kami semua dibahagikan kepada 2 kumpulan. saya dalam kumpulan pertama. agak mencabar jugak sebenarnya memandangkan keadaan tanah yang agak licin. ye la, kan malam sebelum tu hujan. masa jungle trekking, saya rasa orang yang agak berperanan penting ialah orang yang ada di belakang dengan depan kita. masa area curam, orang depan akan hulurkan tangan untuk tolong. orang belakang akan tahan daripada jatuh gedebuk gedebak. aktiviti ini sangat meletihkan. jadi yang ada asma tu, tak digalakkan sertai aktiviti nii.

balik je jungle trekking, saya, su, dynn dan farisha telah 'pengsan' di surau. letih tak terhingga ok. infinity la! petang tu, takde aktiviti sangat. gi tengok orang berlatih kawad je. yang terlibat dengan kembara pantai tu, kena buat aktiviti la.

malam tu, malam kebudayaan. saya pulak kena bakar ayam. bakar kejap, then mengjilang ke area tapak berhimpun. tengok jap persembahan, then, pengsan terus kat dalam dewan. saya dengan dynn peri dalam dewan yang dipasang air cond. memang sangat selesa. then, tidur atas sofa. empuk sigh! dalam pukul 11.30, persembahan habis. then, dynn kejutkan.

dalam pukul 12 tengah malam, semua peserta kem dimotivasikan oleh kem komander. faktor utamanya, kebanyakannya dah runtuhkan khemah pada waktu petang. ingatkan malam hujan. tapi tak. so, kitorang tak dibenarkan tidur dalam dewan atau mana2 tempat yang selesa. dipaksa memasang khemah nak dekat pukul 1 pagi!! ya ALLAH, masa tu, hanya TUHAN je yang tahu betapa 'happy'nye peserta kem nak buat kerja macam tu pagi2 buta. pasang khemah pun, punya la ekspress kan. maklumlah, nak cepat siap sebab dah letih gila2 kan

HARI PERTAMA boleh baca kat sini

No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...