Friday, April 19, 2013

CAMPING!!!

ASSALAMUALAIKUM..

huh..baru balik kem semalam. soo penat la kan. so, untuk entry kali ni, nak cerita pasal kem

HARI PERTAMA

bertolak dalam pukul 8 lebih macam tu. saya kena naik bas 4. tapi melencong ke bas 5, memandangkan takde geng kat bas 4. masuk je bas, takde dah tempat duduk. FULL!! so, berhimpit je dengan du dan dynn. mula2, duduk atas kerusi. fuhh..memang semping tak hingat la kan. ah..lantak la..tapi dah start lenguh. so, amik keputusan untuk duduk je atas lantai bas. lantak pi la orang nak kata apa. janji saya selesa. tapi dah duduk dalam setengah jam, tetibe rasa kebas semacam. so, berdiri balik.then, duduk balik atas kerusi sampai la tiba kat area kem.

sampai je kem, kena berkumpul dulu. then, kena buat khemah. terkulat-kulat laa bina khemah. bukan khemah igloo ye, tapi khemah A. khemah yang terdedah tu. ingat senang ke? susah woii..dah la dalam keadaan panas menyengat. memang pergh la kan. tapi alhamdulillah. semuanya siap dengan selamat.

time lepas maghrib, tetibe dengar orang berlari atas surau..surau tu lantai kayu. jadi memang berbunyi laa kalau ada yang lari kan. gedebuk gedebuk! semua berpaling ke arah bunyi tersebut. tetibe ada yang cakap hujan. masa tu, sangat kelaka rasaynya. semua kalut2 keluar surau. nasib baik masa tu dah lepas solat. baru je nak start kuliah. kitorang sebenarnya kalut sebab nak angkut barang2 dari khemah. takut basah la kan. memang laa agak basah. kasut saya pulak, boleh tertinggal kat luar khemah. memang tak ingat langsung. so, basah laa kasut tu.

time tidur, memang menjadi kenangan yang agak indah sebenarnya. kitorang tak tahu tak tidor kat mana. mula2 plan nak tidur kat surau, tapi lelaki guna. then, plan nak tidur atas sofa kat lobi. tapi disuruh pergi kat tempat lain memandangkan akan ada perbincangan yang perlu dijalankan kat situ. so, fikir punya fikir, kitorang plan tidur atas pentas. haha..gila semacam je. so, berlari2 la kami berempat yakni, saya, su dynn dan farisha dalam hujan sambil gelak2.

mula tu terfikir nak tidur macam mana. memangdangkan pentas tu berhabuk jugak. lalu, ALLAH mengilhamkan cikgu nasser long untuk ke tempat kami. cikgu pinjamkan kami khemah untuk dijadikan alas. alas ye. bukan pasang terus. hajatnya, nak pasang, tapi masalahnya, khemah tu macam lain dari yang lain. bukan jenis yang macam igloo tu, so, buat alas je la. jazakallah hu khairan kathira. tidur, takde lah lena sangat..memandangkan keadaan yang agak sejuk.


heri kedua pada entry selepas ini


No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...