Friday, April 19, 2013

HARI KETIGA

HARI KETIGA

ni hari last kem. bangun pun boleh dikatakan agak lewat. pagi2 tu, ada pertandingan kawad. diiringi pancaragam lagi masa platun masuk dan keluar padang kawad. ada yang ok, ada yang berterabur. biasalah, nervous kan.

kemudian, ada majlis penutup. tengok kejap, then decide pergi surau. tidur lagi. haha..kem ni memang kerjanya tidur je. tapi saya tak tidur pun. kawan2 je amik peluang untuk tidur.

alhamdulillah, pergerakan puteri islam menag juara PPS terbaik untuk tahun ni.. rezeki kan

masa balik, sepatutnya balik dengan bas. tapi dynn ajak balik dengan ayah dia. so, balik dengan kereta. sepanjang perjalanan tu, saya tidur je. letih sangat. sedar2 je, dah nak dekat kawasan sekolah. then, balik dengan riangnya dan tidur dengan lenanya.

-THE END-

HARI PERTAMA boleh baca kat sini
HARI KEDUA baca kat sini

CAMPINGG!!! 2


HARI KEDUA
erm..ada jungle trekking! yeah..memang best jugak la..habis lenguh2 badan ni. mula2 tu, berjalan lebih kurang 2 3 kilometer sebelum sampai kat kaki bukit keluang. then, kami semua dibahagikan kepada 2 kumpulan. saya dalam kumpulan pertama. agak mencabar jugak sebenarnya memandangkan keadaan tanah yang agak licin. ye la, kan malam sebelum tu hujan. masa jungle trekking, saya rasa orang yang agak berperanan penting ialah orang yang ada di belakang dengan depan kita. masa area curam, orang depan akan hulurkan tangan untuk tolong. orang belakang akan tahan daripada jatuh gedebuk gedebak. aktiviti ini sangat meletihkan. jadi yang ada asma tu, tak digalakkan sertai aktiviti nii.

balik je jungle trekking, saya, su, dynn dan farisha telah 'pengsan' di surau. letih tak terhingga ok. infinity la! petang tu, takde aktiviti sangat. gi tengok orang berlatih kawad je. yang terlibat dengan kembara pantai tu, kena buat aktiviti la.

malam tu, malam kebudayaan. saya pulak kena bakar ayam. bakar kejap, then mengjilang ke area tapak berhimpun. tengok jap persembahan, then, pengsan terus kat dalam dewan. saya dengan dynn peri dalam dewan yang dipasang air cond. memang sangat selesa. then, tidur atas sofa. empuk sigh! dalam pukul 11.30, persembahan habis. then, dynn kejutkan.

dalam pukul 12 tengah malam, semua peserta kem dimotivasikan oleh kem komander. faktor utamanya, kebanyakannya dah runtuhkan khemah pada waktu petang. ingatkan malam hujan. tapi tak. so, kitorang tak dibenarkan tidur dalam dewan atau mana2 tempat yang selesa. dipaksa memasang khemah nak dekat pukul 1 pagi!! ya ALLAH, masa tu, hanya TUHAN je yang tahu betapa 'happy'nye peserta kem nak buat kerja macam tu pagi2 buta. pasang khemah pun, punya la ekspress kan. maklumlah, nak cepat siap sebab dah letih gila2 kan

HARI PERTAMA boleh baca kat sini

CAMPING!!!

ASSALAMUALAIKUM..

huh..baru balik kem semalam. soo penat la kan. so, untuk entry kali ni, nak cerita pasal kem

HARI PERTAMA

bertolak dalam pukul 8 lebih macam tu. saya kena naik bas 4. tapi melencong ke bas 5, memandangkan takde geng kat bas 4. masuk je bas, takde dah tempat duduk. FULL!! so, berhimpit je dengan du dan dynn. mula2, duduk atas kerusi. fuhh..memang semping tak hingat la kan. ah..lantak la..tapi dah start lenguh. so, amik keputusan untuk duduk je atas lantai bas. lantak pi la orang nak kata apa. janji saya selesa. tapi dah duduk dalam setengah jam, tetibe rasa kebas semacam. so, berdiri balik.then, duduk balik atas kerusi sampai la tiba kat area kem.

sampai je kem, kena berkumpul dulu. then, kena buat khemah. terkulat-kulat laa bina khemah. bukan khemah igloo ye, tapi khemah A. khemah yang terdedah tu. ingat senang ke? susah woii..dah la dalam keadaan panas menyengat. memang pergh la kan. tapi alhamdulillah. semuanya siap dengan selamat.

time lepas maghrib, tetibe dengar orang berlari atas surau..surau tu lantai kayu. jadi memang berbunyi laa kalau ada yang lari kan. gedebuk gedebuk! semua berpaling ke arah bunyi tersebut. tetibe ada yang cakap hujan. masa tu, sangat kelaka rasaynya. semua kalut2 keluar surau. nasib baik masa tu dah lepas solat. baru je nak start kuliah. kitorang sebenarnya kalut sebab nak angkut barang2 dari khemah. takut basah la kan. memang laa agak basah. kasut saya pulak, boleh tertinggal kat luar khemah. memang tak ingat langsung. so, basah laa kasut tu.

time tidur, memang menjadi kenangan yang agak indah sebenarnya. kitorang tak tahu tak tidor kat mana. mula2 plan nak tidur kat surau, tapi lelaki guna. then, plan nak tidur atas sofa kat lobi. tapi disuruh pergi kat tempat lain memandangkan akan ada perbincangan yang perlu dijalankan kat situ. so, fikir punya fikir, kitorang plan tidur atas pentas. haha..gila semacam je. so, berlari2 la kami berempat yakni, saya, su dynn dan farisha dalam hujan sambil gelak2.

mula tu terfikir nak tidur macam mana. memangdangkan pentas tu berhabuk jugak. lalu, ALLAH mengilhamkan cikgu nasser long untuk ke tempat kami. cikgu pinjamkan kami khemah untuk dijadikan alas. alas ye. bukan pasang terus. hajatnya, nak pasang, tapi masalahnya, khemah tu macam lain dari yang lain. bukan jenis yang macam igloo tu, so, buat alas je la. jazakallah hu khairan kathira. tidur, takde lah lena sangat..memandangkan keadaan yang agak sejuk.


heri kedua pada entry selepas ini


♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...