Wednesday, May 15, 2013

DIUJI LAGI

assalamualaikum..


yeap, hari ni diuji lagi. bukan diuji dengan ujian yang memang ujian. tapi diuji dengan ke'tidakboleh'an menjawab soalan exam add math tadi. ya ALLAH..memang susah tahap palingggggggggg maksimum.


entah lah. tak tahu salah siapa sebab soalan jadi susah macam ni. takpe. jangan belajar menyalahkan orang lain. anggap laa diri kita yang tak cukup persediaan. kan?? haa..memang pun.


tadi, borak-borak dengan kawan pasal add math ni lah. memang sebenarnya soalan susah ni banyak hikmahnya.


1-- ALLAH nak uji sejauh mana kita mampu jujur. sejauh mana kita mampu untuk tahan diri daripada meniru dalam exam. mungkin ada yang berjaya. mungkin ada yang dah GAGAL dalam ujian ni. yang berjaya, TAHNIAH saya ucapkan. percayalah, anda tergolong daripada ORANG-ORANG YANG HEBAT!


2-- nak bagi kita jangan riak. exam first tinggi, exam kedua teruk. markah tinggi kadang-kadang buat kita jadi bangga. kononya kita lah yang paling bijak seantero dunia. so, jangan nak riak. sekali Allah nak tarik, memang kita akan kosong. takde benda yang nak dibanggakan.


3-- ALLAH nak kita usaha lagi untuk achieve target kita. ye lah, mungkin usaha kita tak setinggi target kita. so, jangan terus jatuh dalam ujian.


erm..kesimpulannya, kalau diuji jangan terus rebah. ingat, ALLAH masih ada. ujian buat kita kuat. jangan lupa check hati dengan DIA.




Friday, April 19, 2013

HARI KETIGA

HARI KETIGA

ni hari last kem. bangun pun boleh dikatakan agak lewat. pagi2 tu, ada pertandingan kawad. diiringi pancaragam lagi masa platun masuk dan keluar padang kawad. ada yang ok, ada yang berterabur. biasalah, nervous kan.

kemudian, ada majlis penutup. tengok kejap, then decide pergi surau. tidur lagi. haha..kem ni memang kerjanya tidur je. tapi saya tak tidur pun. kawan2 je amik peluang untuk tidur.

alhamdulillah, pergerakan puteri islam menag juara PPS terbaik untuk tahun ni.. rezeki kan

masa balik, sepatutnya balik dengan bas. tapi dynn ajak balik dengan ayah dia. so, balik dengan kereta. sepanjang perjalanan tu, saya tidur je. letih sangat. sedar2 je, dah nak dekat kawasan sekolah. then, balik dengan riangnya dan tidur dengan lenanya.

-THE END-

HARI PERTAMA boleh baca kat sini
HARI KEDUA baca kat sini

CAMPINGG!!! 2


HARI KEDUA
erm..ada jungle trekking! yeah..memang best jugak la..habis lenguh2 badan ni. mula2 tu, berjalan lebih kurang 2 3 kilometer sebelum sampai kat kaki bukit keluang. then, kami semua dibahagikan kepada 2 kumpulan. saya dalam kumpulan pertama. agak mencabar jugak sebenarnya memandangkan keadaan tanah yang agak licin. ye la, kan malam sebelum tu hujan. masa jungle trekking, saya rasa orang yang agak berperanan penting ialah orang yang ada di belakang dengan depan kita. masa area curam, orang depan akan hulurkan tangan untuk tolong. orang belakang akan tahan daripada jatuh gedebuk gedebak. aktiviti ini sangat meletihkan. jadi yang ada asma tu, tak digalakkan sertai aktiviti nii.

balik je jungle trekking, saya, su, dynn dan farisha telah 'pengsan' di surau. letih tak terhingga ok. infinity la! petang tu, takde aktiviti sangat. gi tengok orang berlatih kawad je. yang terlibat dengan kembara pantai tu, kena buat aktiviti la.

malam tu, malam kebudayaan. saya pulak kena bakar ayam. bakar kejap, then mengjilang ke area tapak berhimpun. tengok jap persembahan, then, pengsan terus kat dalam dewan. saya dengan dynn peri dalam dewan yang dipasang air cond. memang sangat selesa. then, tidur atas sofa. empuk sigh! dalam pukul 11.30, persembahan habis. then, dynn kejutkan.

dalam pukul 12 tengah malam, semua peserta kem dimotivasikan oleh kem komander. faktor utamanya, kebanyakannya dah runtuhkan khemah pada waktu petang. ingatkan malam hujan. tapi tak. so, kitorang tak dibenarkan tidur dalam dewan atau mana2 tempat yang selesa. dipaksa memasang khemah nak dekat pukul 1 pagi!! ya ALLAH, masa tu, hanya TUHAN je yang tahu betapa 'happy'nye peserta kem nak buat kerja macam tu pagi2 buta. pasang khemah pun, punya la ekspress kan. maklumlah, nak cepat siap sebab dah letih gila2 kan

HARI PERTAMA boleh baca kat sini

CAMPING!!!

ASSALAMUALAIKUM..

huh..baru balik kem semalam. soo penat la kan. so, untuk entry kali ni, nak cerita pasal kem

HARI PERTAMA

bertolak dalam pukul 8 lebih macam tu. saya kena naik bas 4. tapi melencong ke bas 5, memandangkan takde geng kat bas 4. masuk je bas, takde dah tempat duduk. FULL!! so, berhimpit je dengan du dan dynn. mula2, duduk atas kerusi. fuhh..memang semping tak hingat la kan. ah..lantak la..tapi dah start lenguh. so, amik keputusan untuk duduk je atas lantai bas. lantak pi la orang nak kata apa. janji saya selesa. tapi dah duduk dalam setengah jam, tetibe rasa kebas semacam. so, berdiri balik.then, duduk balik atas kerusi sampai la tiba kat area kem.

sampai je kem, kena berkumpul dulu. then, kena buat khemah. terkulat-kulat laa bina khemah. bukan khemah igloo ye, tapi khemah A. khemah yang terdedah tu. ingat senang ke? susah woii..dah la dalam keadaan panas menyengat. memang pergh la kan. tapi alhamdulillah. semuanya siap dengan selamat.

time lepas maghrib, tetibe dengar orang berlari atas surau..surau tu lantai kayu. jadi memang berbunyi laa kalau ada yang lari kan. gedebuk gedebuk! semua berpaling ke arah bunyi tersebut. tetibe ada yang cakap hujan. masa tu, sangat kelaka rasaynya. semua kalut2 keluar surau. nasib baik masa tu dah lepas solat. baru je nak start kuliah. kitorang sebenarnya kalut sebab nak angkut barang2 dari khemah. takut basah la kan. memang laa agak basah. kasut saya pulak, boleh tertinggal kat luar khemah. memang tak ingat langsung. so, basah laa kasut tu.

time tidur, memang menjadi kenangan yang agak indah sebenarnya. kitorang tak tahu tak tidor kat mana. mula2 plan nak tidur kat surau, tapi lelaki guna. then, plan nak tidur atas sofa kat lobi. tapi disuruh pergi kat tempat lain memandangkan akan ada perbincangan yang perlu dijalankan kat situ. so, fikir punya fikir, kitorang plan tidur atas pentas. haha..gila semacam je. so, berlari2 la kami berempat yakni, saya, su dynn dan farisha dalam hujan sambil gelak2.

mula tu terfikir nak tidur macam mana. memangdangkan pentas tu berhabuk jugak. lalu, ALLAH mengilhamkan cikgu nasser long untuk ke tempat kami. cikgu pinjamkan kami khemah untuk dijadikan alas. alas ye. bukan pasang terus. hajatnya, nak pasang, tapi masalahnya, khemah tu macam lain dari yang lain. bukan jenis yang macam igloo tu, so, buat alas je la. jazakallah hu khairan kathira. tidur, takde lah lena sangat..memandangkan keadaan yang agak sejuk.


heri kedua pada entry selepas ini


Wednesday, March 20, 2013

UJIAN PERTAMA..

assalamualaikum...


alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..exam pertama berjaya jugak ditempuhi dengan jayanya.


alhamdulillah, exam kali ni tak meniru pun. hee~ punya la saya usaha nak kawal nafsu meniru. yeah!! berjaya jugak. walaupun ada kalanya, nafsu tu berada di tahap maksimum. lagi2 time tak boleh nak jawab dan masa pun hampir tamat!!


sekarang, tunggu cikgu check dan serahkan kertas2 tu balik je. wish me and my friends the best ok?? insyaALLAH..apa2 keputusan, redho je la. lagi2 untuk subjek yang kurang study. hehe


Friday, March 15, 2013

MENEGUR, JANGAN SAMPAI MENGHINA

assalamualaikum...

menegur, memang laa tak salah. malah, amat digalakkan!! tapi ingat, menegur pun, ada caranya.

maaf saya katakan, saya kurang respect dengan orang yang menegur sampai mendatangkan aib kepada orang yang ditegur..

contohnya laa kan, kalau awak nak tegur pasal aurat perempuan yang berat ke, ringan ke, jangan nak tegur depan orang lain, lagi2 depan orang lelaki, boleh je kan nak tegur sorok2?? kenapa perlu nak buat depan2?? awak nak menghina atau nak bagi nasihat sebenarnya?? tak perlu laa satu dunia tahu awak sedang 'menegur' orang lain kan??

erm..lagi satu, menegur ni jangan terlalu kasar. jangan nak tinggikan suara. guna suara yang rendah lagi bagus saya rasa. batu tak dilembutkan dengan batu. tapi dilembutkan dengan air.

so manusia2 sekalian, ingat!! MENEGUR, JANGAN SAMPAI MENGHINA!!

Thursday, March 7, 2013

PILIHAN

ASSALAMUALAIKUM...

hiup ini SATU PILIHAN..
kita yang pilih untuk jadi baik atau sebaliknya
kita yang pilih untuk berusaha atau putus asa
kita yang pilih untuk jadi rajin atau malas.
INGAT!! semuanya tentang pilihan..

hew..itu muqaddimah jer..senang kata, hidup ni memang pilihan..contohnya laa kan, antara mengumpat dengan diam, kita yang pilih kan?? tak adil untuk kita salahkan TUHAN atas apa yang kita kerjakan.


yes!! memang takdir..memang qada' dan qadar.. tapi ingat, qada' tu ada 2..
QADA' MUBRAM : yang dah tak dapat diubah..macam hari kiamat
QADA' MUALLAQ : takdir yang boleh berubah dari semasa ke semasa..contohnya, dulu kita malas, sekarang dah jadi rajin semacam (aaminnn)

so, hidup ialah pilihan..pilih apa yang terbaik..ingat, kita yang merancang hala tuju hidup..wallahua'lam

Tuesday, February 5, 2013

SUNYI...

assalamualaikum..

sejujurnya, tipu lah kalau saya cakap saya tak pernah rasa sunyi.

walaupun kat sekeliling saya, ada keluarga, kawan2, tapi tetap rasa sunyi tuh hadir. tak tahu lah kenapa.

tapi, sebenarnya, ada perkara yang saya belajar tentang sunyi.

"ALLAH tak pernah tinggalkan saya ketika seluruh isi dunia tinggalkan saya. DIA ada banyak sebab untuk tinggalkan saya. tapi dia tetap bersama saya. "


♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...