Monday, December 31, 2012

2012

ASSALAMULAIKUM..

hari ni hari terakhir bagi tahun dah untuk 2012..macam2 benda yang dah berlaku, dan semestinya akan sentiasa menjadi kenangan terindah..

antara perkara penting yang berlaku dalam hidup saya, berpindah ke SMKIP. mula-mula tu, takut la jugak kan. berdebar-debar jugak la kot. tapi dah masuk, ok je. best jugak.

tahun ni jugak, dapat ramai sangat kawan-kawan baru yang sekepala dan yang tak sekepala. harus la dapat kawan baru kan, kalau tak, takkan nak dok sorang-sorang aje dalam kelas. boring kot..

tahun ni la first time masuk perkhhamahan unit beruniform.. tahun sebelum ni, jangan harap la.

tahun ni, giat betol berlatih kawad. walaupun kucar-kacir.. haha.

dah untuk tahun ni. tahun depan, acane??

tahun depan :

-kurangkan aktiviti online kat twitter, facebook dan blogwalking
-study sungguh-sungguh untuk SPM
-siapkan semua kerja sekolah yang cikgu bagi
-kurangkan SMS!!
-cover study untuk bab 4


SELAMAT TINGGAL 2012, SELAMAT DATANG 2013

Monday, December 17, 2012

CINTA BUKAN KOMITMEN UTAMA

ASSALAMUALAIKUM..

remaja biasalah nak bercinta bagai ni kan..ada perasaan nak disayangi dan menyayangi oleh kaum berlainan jantina. tapi, siapa yang KUAT, mesti dapat LAWAN NAFSU tu.

sebagai remaja yang muda trang tang tang ni, saya tak meletakkan cinta sebagai komitmen utama saya. why why why?? sebab saya rasa tiada keperluan untuk bercinta bagai.

fakor-faktornya ialah :

1. TAK DIIZINKAN BERKAHWIN - ni faktor utama. alahai kawan, kalau tak boleh berkahwin lagi, buat apa dah cari pasangan?? tak guna jugak kan? membazir kredit nak sms dan membazir perasaan je. lebih baik duit tu buat sms kawan. sekurang-kurangnya, dapat merapatkan ukhuwah kan??

2. MENGGANGGU PELAJARAN - mungkin ada yang tak berapa setuju dengan statement ni. ada yang cakap, cinta ni merangsang kita untuk belajar. ish ish ishh, cuba fikir kalau berlaku pergaduhan dalam hubungan TANPA IKATAN tu, tak ke berpusing-pusing otak fikir masalah tu??

3. TIDAK MAHU YANG HARAM - maaf kalau sedikit kasar. tapi, memang TAK HALAL kan?? bergayut sana sini. panggil 'mama-papa' segala bagai. panggil 'sayang-baby' lagi. alahai...stop it lah!! kita remaja muslim!! kita agama ISLAM!! jangan terbuai dek cinta. cari yang HALAL. bukan yang HARAM!!

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...