Sunday, July 22, 2012

SAAT HATIMU TERLUKA

assalamualaikum....


entry kali ni sedih semacam je kan tajuknye?? hehe..biasalah..saje je nak luahkan sikit rasa yang terbuku di hati.


saya, kadang-kadang ada la jugak terluka. bukan apa kan, biasa lah hati. susah nak duga. kalau tak tahan sangat tu, memang keluar jer air mata ni. lebih baik lepaskan je daripada terus simpan kan??


and, dah kalau sedih tu, kita mesti la akan harap ada sahabat yang datang nak tolong pujuk ke, bagi nasihat ke, atau sekurang-kurangnye peluk untuk ringankan beban kan??


tapi, tu lah, susah nak cari kawan yang macam tu. yang betul2 nak memahami kita. saya pun, kadang2 terasa jugak kalau kena marah ngan kawan. bila dah terasa, selalunya saya akan take time untuk bersendirian. bukan apa, cuma tu je cara saya nak redakan hati ni.nak marah balik, memang tak termarah la kan.


kalau merajuk dengan kawan tu, ade jugak. tu pun sebab 'kesok' hati. hehe. tapi tak best lah kan merajuk lama2? merajuk kejap-kejap sudah la. saya ni, kalau terasa hati ngan seseorang tu, tak boleh nak tengok muka die. sebab rasa nak menangis.


sampai sini saja entry kali ni. tata. wassalam.

No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...