Wednesday, July 11, 2012

BINGKISAN HATI UNTUKMU

ASSALAMUALAIKUM...


bingkisan ni khas ku tujukan buat si dia, sahabatku.


sahabat, maafkan aku andai aku telah melukakan hatimu. tahukah kamu bahawa aku di sini kadang terluka dengan sikapmu..namun, biarkan semua itu berlalu sahaja. aku tahu, untuk membina sebuah ukhwah yang erat, memerlukan pengorbanan. biar hati terluka, biar hati terhiris, asal ukhwah yang terjalin tidak terputus.


sahabat, aku tahu aku seorang yang sedikit mengongkong, namun, tidakkah engkau cuba memahami jiwaku sebagai seorang kakak?? normal la seorang kakak yang bersifat pelindung terhadap adiknya. bukankah aku telah mengaggap dirimu sebagai adik iparku?(erk, error typing. haha). jadi sahabat, cubalah selami jiwaku. aku sendiri cuba untuk memahami jiwamu saat ini.


sahabat, aku mungkin sedikit menyibuk dalam urusanmu. tapi ini menunjukkan aku seorang yang prihatin terhadap dirimu. cubalah mengerti setiap tindak tandukkku ini. pasti terselit kebaikan. jika perbuatanku ini salah di matamu, berikanlah teguran kepada diriku, temanmu. aku akan berusaha membaiki diriku selagi termampu.


sahabat, maaf jika aku menyusahkan dirimu. aku tahu aku telah banyak menyusahkan dirimu selama ini. seriouly, i love u babe!!! jika engkau membaca bingkisan ini, ketahuilah bahawa bingkisan ini ku coretkan untuk dirimu, sahabat sejatiku.



No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...