Monday, February 20, 2012

BERJALAN TANPA HENTI- PART 1

Umat Islam harus cemerlang

Hari ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa

Siapa kata kita tidak boleh

Kita ada Allah Maha Kuasa

Kita punya kusa tenaga

Doa sebagai senjata

Umat Islam sentiasa boleh

Lagu Menuju Wawasan nyanyian Unic terpacul laju di bibirnya. Wardah selalu begitu. Membuat tugasan sambil menyanyi lagu-lagu nasyid kegemarannya.

“Woi! Menyanyi saja kerja anti ni. Tak pun mengelamun”, sapa Nadzirah mesra.

“Astaghfirullahal’azim. Terkejut ana. Lain kali sebelum masuk bilik, bagi salam dulu. Ini tak, main terjah saja. Kalau ana mati sakit jantung macam mana? Anti nak bertanggungjawab?” marah Wardah.

“Maafkan ana. Ana tak sengaja. Lain kali ana dah tak buat macam itu lagi” jawab Nadzirah sayu. Dia lantas membuka tudung labuhnya lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi di meja belajarnya itu. Tingkap di hadapan meja itu dibuka agar bayu dingin masuk membelai diri. Tangannya pula laju membuka komputer riba dan terus mendaftar masuk ke laman sosial ‘facebook’.

‘Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah kami memperolokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka. Kemudian pada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang telah mereka lakukan. (surah Al-An’am, ayat 10)’

Status sahabat di ‘facebook’nya itu dibaca penuh teliti.

‘Hmm…budak-budak sekarang ini, bukannya kira sangat hukum-hakam agama. Tahu bercakap ikut sedap mulut sahaja. Hina agama lain la, hina itu la, ini la. Kalau orang lain hina Islam tahu pulak marah. Ish ish ish’ gumam hatinya sendirian.

Setelah 40 minit mengadap komputer riba jenama Acernya, matanya yang bundar itu mulai kuyu. Dia mengambil keputusan untuk tidur. Dia melihat ke arah Wardah yang sedang baring di atas katil sambil membaca buku Murabbi Cinta karya Ustaz Hasrizal. Wardah yang menyedari dirinya diperhatikan lantas membuka bicara.

“Nazdirah, ana minta maaf kerana marah anti tadi. ‘Mood’ ana tak berapa baik” bicara Wardah kepada temannya itu.


“Tak apa. Ana faham. Eh, esok ada program usrah dengan Kak Nuzul bukan?”aju Nadzirah kepada Wardah.

“Ya. Tadi Kak Nuzul sudah hantar sms kepada ana. Katanya usrah esok bermula pada pukul 9.00 pagi di Pondok Hidayah. Tak sabar rasanya nak jumpa dengan sahabat yang lain. Asyik mengadap muka anti saja. Bosan betul! Haha” ketawa dua sahabat itu meledak memecah kesunyian malam.

“Haha. Sampai hati anti cakap macam tu kepada ana. Eh, ana dah nak tidur ni. Mengantuk la.” balas Nadzirah mesra. Perbualan dua sahabat karib itu terhenti di situ. Nadzirah mengatur langkah menuju ke tandas untuk mengambil wuduk. Selesai sahaja mengambil wuduk, dia menghenyakkan tubuh lesunya di atas tempat beradunya. Ayat Kursi, surah 3 Qul, zikir dan selawat membasahi bibirnya sebelum dia lena dibuai mimpi.

*****

“Assalamualaikum warahmatullah semua. Sebelum kita memulakan sesi usrah pada hari ini, mari kita baca Surah Al-Fatihah dahulu sebagai pembuka majlis ilmu ini” kata Nuzul lembut.

Semua yang ada di situ diam seketika, tanda khusyuk menghayati Surah Al-Fatihah yang merupakan ummul kitab. Hati-hati yang tenang itu kembali menumpukan perhatian kepada naqibah mereka, Nuzul.

“Eh, kenapa ada sembilan orang sahaja? Mana lagi seorang? Erm…Afifah mana? Dia tidak datangkah? Dia sakitkah?” soal Nuzul. Matanya dan adik-adik usrahnya tertumpu ke arah Iffah, teman sebilik Afifah. Afifah hanya tertunduk.

“Hmm..ana tidak tahu. Katanya pening. Jadi ana suruh Afifah berehat sahaja di bilik” jawab Afifah kepada mata-mata yang asyik merenungnya tajam.

“Tapi minggu lepas pun dia tidak datang. Betulkah dia sakit? Atau anti sengaja berbohong?” tuduh Aqilah membuta tuli.

“Astaghfirullahal’azim Aqilah. Tak baik anti bersangka buruk terhadap Iffah. Tahukah anti bersangka buruk itu merupakan sebahagian daripada dosa?” nasihat Nuzul berhikmah. Sungguh, setiap bicaranya ibarat permata. Terlalu bernilai di telinga sang pendengar.

“Maafkan ana Iffah. Bolehkah kami ke bilik anti untuk melawat Afifah?” tanya Aqilah sopan kepada Iffah.

“Erm…bukannya ana tidak mengizinkan tapi Afifah sudah berpesan kepada ana agar tidak mengizinkan orang lain memasuki ke bilik kami selain daripada ana. Maafkan ana, sahabat” balas Iffah lembut.

“Tak apalah kalau begitu. Untuk sesi usrah kali ini, akak nak membuka topik tentang kewafatan Nabi Muhammad SAW memandangkan Maulidur Rasul akan tiba tidak lama lagi. Nabi Muhammad, junjungan mulia umat Islam wafat setelah baginda telah menyempurnakan ajaran Islam yang suci ini. Siapa tahu detik-detik terakhir baginda?” aju Nuzul sambil memandang ke arah adik-adik usrahnya.

“Ana. Sewaktu kematiannya semakin menghampiri, Malaikat Izrail telah diutuskan untuk mengambil nyawanya. Malaikat Izrail datang dalam rupa orang arab badwi. Ketika Izrail bertanya sama ada baginda mengizinkannya untuk mengambil rohnya, maka baginda mengizinkannya. Ketika roh Nabi Muhammad sampai di dadanya, Malaikat Izrail memalingkan mukanya daripada baginda. Lalu baginda bertanya kepada Izrail ‘mengapa engkau memalingkan wajahmu?’, lalu jawab Izrail ‘siapakah yang sanggup melihat wajahmu yang berada dalam kesakitan maut ya Muhammad?’. Lantas Muhammad berkata ‘beritahu aku berita yang menggembirakan’, Izrail pun berkata ‘Allah tidak akan membenarkan nabi-nabi lain memasuki syurga mendahului dirimu’, sambung Izrail lagi ’Allah akan mendahulukan umatmu untuk memasuki syurga berbanding dengan umat lain’. Lalu, lapanglah hati Nabi Muhammad SAW” henti Zahra di situ.

“Terima kasih Zahra atas penjelasan yang panjang lebar. Lihat, betapa sayangnya Rasulullah SAW terhadap umatnya. Tapi kita sayang tak?? Kalau sayang, apa yang telah kita lakukan untuk membuktikan kasih kita kepada baginda? Sekadar diam?” soal Nuzul.

“Kita perlulah sentiasa membasahi lidah dengan alunan ayat Al-Quran dan juga selawat di samping menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah” jawab Iffah laju.

“Betul tu Iffah. Jangan hanya mengucapkan cinta di mulut. Tapi di hati kosong. Jadinya, kesimpulan untuk topik kali ini apa?” aju Nuzul lagi.

“Kesimpulannya, kita perlu menyemai rasa cinta terhadap Rasulullah. Rasulullah terlalu mencintai umatnya, sehinggakan saat kematian hampir tiba, mulutnya menyebut-nyebut ‘ummati’. Sesungguhnya, tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintai Rasulullah melebihi segala yang ada di dunia, ibubapanya, isteri atau suaminya, bahkan melebihi dirinya sendiri” jawab Aqilah bernas.

Selepas berbincang mengenai topik kewafatan baginda Rasulullah SAW, mereka menyambung pula sesi usrah mengenai masalah masing-masing. Setiap masalah yang dihadapi akan diselesaikan bersama-sama. Melalui cara inilah, ukhwah yang sedia erat dipereratkan lagi. Setelah jam memasuki 1.00 tengah hari, masing-masing meminta diri. Ada yang berhasrat menuju ke masjid untuk menunaikan solat fardhu Zohor berjemaah. Namun, ada juga yang menuju ke kedai makan berdekatan untuk mengisi perut yang menyanyi-nyanyi riang minta diisi.

*****

“Ya Allah, kurusnya anti. Anti tak makan ke? Nak ana tolong belikan makanan?” tanya Iffah simpati.

“Eh, tak usah la Iffah. Menyusahkan anti saja. Ana tidak berapa lalu nak telan makanan. Ana asyik pening saja,”adu Afifah kepada teman sebiliknya.

“Ana rasa anti ni ada penyakit. Anti patut ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut,” cadang Iffah.

“Hm…ana rasa esok ana hendak ke hospital. Boleh anti temankan? Tapi kalau anti ada hal lain, ana tidak memaksa” balas Afifah.

“Boleh saja. Lagi pun ada tiada hal lain esok. Anti kan kawan ana? Sudah pasti ana dengan lapang dada akan menemani anti” jawab Iffah dengan senyuman. Dia sukar sekali hendak menolak pelawaan sahabatnya. Apatah lagi pelawaan Afifah, sahabatnya yang kelihatan begitu tidak bermaya.

*****

No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...