Monday, February 20, 2012

KOSONG


assalamualaikum...

sebelum saya start tulis pape untuk entry ni, izinkan saya promote cerpen terbaru dulu yang diberi tajuk BERJALAN TANPA HENTI. klik SINI untuk part 1. part 2 klik SINI pulak ye.


ok. jom mulakan cerita. so far, alhamdulillah sekolah baru ni ok la jugak. memandangkan ade kawan. tapi entah la..tetibe je saya rasa agak kosong. kosong yang kosong. susah nak cakap la. tapi..biase la kan. nak kena sesuaikan diri dengan suasana baru dulu right?? dengan kelas baru, kawan baru, guru baru. semuanya baru.
sekolah baru...~smip~

honestly, saya rindukan yang lama. saya rindu geng lama, cikgu lama, kawan lama, tempat duduk lama, kelas lama dan sekolah yang lama. sekolah di mana tempat saya memulakan sebuah ukhuwah yang indah...


ALLAH..ALLAH..ALLAH...nama itu mampu saya sebut saat saya rindukan mereka. nama itu yang mengurangkan kerinduan saya pada mereka yang lama. yang hadir menceriakab hidup saya. nama itu juga yang mengurang kegementaran saya untuk menghadapi benda baru dalam hati...semoga nama itu kekal dalam sanubari saya. bukan sekadar terlafaz di bibir. namun di hati hanya kosong..sekosong-kosongnya.


ALLAH, kuatkan hatiku. kuatkan hatiku. kuatkan hati mereka. kekalkan ukhwah kami. amin.

BERJALAN TANPA HENTI - PART 2

“Anti dah siap? Ana dah siap. Jom!” kata Iffah penuh semangat. Pada hari itu, dia memakai jubah berwarna hitam dengan sehelai tudung labuh berwarna biru laut. Purdah yang senada dengan warna tudungnya turut disarung. Biarpun pada mulanya dia agak kekok menyarung pudah itu, namun dikuatkan hatinya. Dengan memakai pakaian sebegitu, dia mampu menjaga pandangannya daripada melihat perkara mungkar.

“Dah. Jom pergi” seperti biasa, Afifah membalas lemah. Hari itu, mereka pergi ke hospital dengan sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh Iffah. Kereta itu merupakan kereta yang dipinjam daripada Wardah. Di sepanjang perjalanan, mereka asyik berbual-bual mengenai pelbagai topik sambil mendengar lagu-lagu nasyid yang berkumandang di radio Ikim fm.

Sampai sahaja di hospital, mereka terus ke tempat pendaftaran pesakit. Usai mendaftar, mereka melabuhkan punggung di kerusi sambil menunggu giliran untuk bertemu dengan doktor. Afifah kelihatan gelisah. Dia takut didiagnosis mempunyai penyakit barah memandangkan keluarganya mempunyai sejarah penyakit barah. Abang sulungnya telah meninggal dunia akibat barah tulang. Setaelah hampir satu jam menunggu, tibalah giliran Afifah untuk bertemu dengan doktor.

“Assalamualaikum doktor”

“Waalaikummussalam. Hai. Nama saya Doktor Fazlin. Boleh saya tahu awak sakit di bahagian mana?

“Saya sakit di bahagian perut.”

“Awak ada muntah?”

“Ya. Ada juga. Kadang-kadang saya rasa pening”

“Berdasarkan kenyataan yang awak berikan, saya rasa awak menghidap apendiks”

“Apendiks?”

“Ya. Tapi awak jangan risau. Ia tidak terlalu berbahaya jika dapat dikesan di peringkat awal. Cuma memerlukan pembedahan kecil untuk membuang apendiks. Tapi sebelum itu, awak perlu membuat X-ray untuk mengenal pasti penyakit awak. Jom ke bilik X-ray” ajak Doktor Fazlin kepada Afifah.

Mereka berjalan beriringan menuju ke bilik X-ray. Selesai sahaja melakukan X-ray, Doktor Fazlin terus membuat kesimpulan bahawa Afifah disahkan menghidap apendiks. Afifah dijadualkan menjalani satu pembedahan kecil pada minggu hadapan.

*****

‘PELAJAR JURUSAN AGAMA DILIHAT BERJALAN BERIRINGAN DENGAN LELAKI BUKAN MAHRAMNYA’

Tajuk itu terpampang di blog salah seorang pelajar terkenal di IPTA itu. Ia pastinya tajuk yang menggemparkan seluruh warga IPTA itu kerana pelajar jurusan agama sering dilihat sebagai seorang yang taat perintah agama dan menjaga pergaulan.

“Ya Allah, fitnah apa lagi ni,” keluh Nuzul. Ke mana-mana sahaja dia dan sahabat bertudung labuh pergi, pastinya diiringi pandangan sinis orang lain. Sekali lagi maruah golongan ini tercalar. Benarlah kata seorang orang, kata-kata itu lebih tajam berbanding dengan mata pedang.

*****

“Kau tahu tak, si Wardah tu, Nampak sahaja baik. Tapi hati busuk macam tong sampah. Harap saja pakai tudung labuh. Perangai? Lebih teruk daripada kita kan? Ini mesti kes pakai tudung labuh sebab nak tunjuk baik. Baiklah sangat dia tu. Padahal pergi ‘dating’ dengan kekasih” bisik seorang siswa kepada rakanya perlahan. Namun, cukup kuat untuk didengari Wardah yang lalu di hadapan mereka.

“Wardah hampir terpaku mendengar kata-kata itu. Air matanya hampir tumpah di hadapan siswa itu. Namun, ditahannya agar tidak kelihatan lemah di hadapan insan yang tidak mengenalinya itu. Langkahnya ke bilik diatur laju. ‘Mood’ untuk makan terus mati. Sepanjang perjalanan ke biliknya, banyak mata memandangnya dengan sinis.

Sampai sahaja di biliknya, dia cepat-cepat membuka pintu biliknya. Selepas menutup pintu, dia terduduk di hadapan pintu. Wardah tidak mampu lagi menahan tagisannya. Air mata Wardah gugur lebat. Nadzirah yang kebetulan berada dalam bilik ketika itu terus menerpa ke arah sahabat yang dikasihinya. Lalu memeluk Wardah seerat mungkin. Wardah menangis teresak-esak di dalam pelukan sahabatnya. Lama mereka berdua berada dalam keadaan begitu. Setelah keadaan Wardah kembali tenang, Nadzirah memulakan bicaranya.

“Wardah. Kenapa dengan anti? Boleh anti ceritakan?” bicara diatur penuh lembut agar tidak menyinggung perasaan sahabatnya.

“Ana difitnah Nadzirah. Ana difitnah” sekali lagi esak tangisnya menguasai diri. Nadzirah kembali memeluk sahabtnya dengan penuh kasih sayang untuk menenangkannya.

“Wardah, betulkan ini fitnah? Lalu siapa lelaki yang dikatakan bersama anti tempoh hari?” tanya Nadzirah kepada Wardah setelah dilihatnya keadaan Wardah sedikit tenang.

“Lelaki itu abang ana. Dia baru sahaja pulang dari New Zealand. Sudah lima tahun ana tidak bertemu dengannya. Dia bukan kekasih ana seperti yang didakwa oleh orang lain” jelas Wardah sambil air matanya terus menitis.

“Ooo…abang anti? Jadi bagaimana boleh timbul isu ini?” aju Nadzirah lagi.

“Ana tidak tahu Nadzirah. Ana tidak tahu. Mungkin ada orang cemburu dengan ana. Ada yang mengkhabarkan kepada ana bahawa ada yang tidak senang hati setelah ana memenangi pertandingan pidato dua bulan lepas” rintih Wardah kepada sahabatnya itu.

“Ya Allah, siapa yang berhati busuk ni? Sabar Wardah. Jangan pernah mengalah dengan ujian ini. Ana tahu anti berada di pihak yang benar. Usah takut duhai sahabat. Allah sentiasa bersama orang yang benar” pujuk Nadzirah. Hatinya pilu apabila sahabatnya difitnah sebegitu rupa. Tidak tahukah mereka bahawa dosa memfitnah itu lebih besar daripada dosa membunuh?

*****

“Assalamualaikum warahmatullah semua. Alhamdulillah kerana kita semua dapat berkumpul lagi pada minggu ini. Seperti biasa, kita baca surah Al-Fatihah terlebih dahulu untuk mendapat keberkatan daripada Ilahi” tutur Nuzul.

“Apa khabar semua? Sihat? Afifah, bagaimanakah keadaan anti? Sudah sembuh sepenuhnya?” tanya Nuzul kepada Afifah.

“Alhamdulillah Kak Nuzul. Ana sudah sihat sepenuhnya. Syukran atas doanya, sahabat”lembut bicaranya.

“Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang berkuasa menyembuhkan segala jenis penyakit. Hmm…sebelum akak membuka topik pada minggu ini, kalian ada apa-apa soalan atau masalah yang ingin dikongsi bersama?” pertanyaan diaju kepada adik-adik usrahnya.

“Akak, ana ada pertanyaan yang ingin ana tujukan kepada Wardah. Wardah, benarkah apa yang difitnah kepada anti?” soalan yang terbuku di hati diluahkan Aqilah. Wardah tertunduk mendengar soalan itu. Dia malu dengan fitnah yang dilemparkan kepadanya.

“Hmm…ana difitnah. Lelaki itu bukan kekasih ana. Dia abang ana. Dia baru saja pulang dari New Zealand. Ana minta maaf. Disebabkan ana seorang, habis kalian dipandang sinis. Maafkan ana” air matanya menitis di pipi mulusnya ketika memberi penjelasan itu.

Aqilah memeluk sahabatnya itu. “maafkan ana jika soalan ana melukakan hati anti. Maafkan ana sahabat” bisik Aqilah di telinga Wardah. Terbit rasa menyesal di hati Aqilah. Namun, kata-kata itu tidak dapat ditarik balik. Masa tak mungkin dapat diundur.

*****

Hari-hari yang mendatang dilalui dengan tenang. Segala pandangan jelik dan cercaan dihadapinya dengan tenang. Lama-kelamaan, fitnah yang dihamburkan kepadanya kian dilupakan. Sehingga kini, dia tidak tahu siapa yang menimbulkan fitnah terhadap dirinya. Biarlah, dia tidak mahu menyimpan dendam di hatinya. Dendam hanya membuatkan dirinya menjadi seorang yang pemarah. Wardah semakin tabah menghadapi dugaan hidup. Dia tidak cepat melenting lagi apabila difitnah oleh orang yang cemburu melihat kejayaannya.

Wardah tahu, dia perlu terus berjalan tanpa henti, tanpa berpaling ke belakang lagi dalam hidup ini. Hidup tetap perlu dilalui biarpun dilanda badai dunia.

“Umi, kakak lapar la. Nak makan nasi?” suara anak kecil itu menghentikan lamunannya. Segala kenangan manis dan pahit tersimpan erat di kotak mindanya. Pintanya kepada Ilahi, agar persahabatan yang disulami itu terus kekal hingga ke syurga.

‘Ya Allah, hanya kepada-Mu hamba berserah, hanya kepada-Mu tempat hamba berlindung daripada segala fitnah dunia. Jadikan aku seorang hamba yang cekal dan tabah dalam meghadapi ujian daripada-Mu. Kekalkan ukhuwah yang terjalin antara aku dan sahabatku. Amin Ya Rabbal A’lamin” doa Wardah di dalam hatinya.

BERJALAN TANPA HENTI- PART 1

Umat Islam harus cemerlang

Hari ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa

Siapa kata kita tidak boleh

Kita ada Allah Maha Kuasa

Kita punya kusa tenaga

Doa sebagai senjata

Umat Islam sentiasa boleh

Lagu Menuju Wawasan nyanyian Unic terpacul laju di bibirnya. Wardah selalu begitu. Membuat tugasan sambil menyanyi lagu-lagu nasyid kegemarannya.

“Woi! Menyanyi saja kerja anti ni. Tak pun mengelamun”, sapa Nadzirah mesra.

“Astaghfirullahal’azim. Terkejut ana. Lain kali sebelum masuk bilik, bagi salam dulu. Ini tak, main terjah saja. Kalau ana mati sakit jantung macam mana? Anti nak bertanggungjawab?” marah Wardah.

“Maafkan ana. Ana tak sengaja. Lain kali ana dah tak buat macam itu lagi” jawab Nadzirah sayu. Dia lantas membuka tudung labuhnya lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi di meja belajarnya itu. Tingkap di hadapan meja itu dibuka agar bayu dingin masuk membelai diri. Tangannya pula laju membuka komputer riba dan terus mendaftar masuk ke laman sosial ‘facebook’.

‘Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah kami memperolokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka. Kemudian pada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang telah mereka lakukan. (surah Al-An’am, ayat 10)’

Status sahabat di ‘facebook’nya itu dibaca penuh teliti.

‘Hmm…budak-budak sekarang ini, bukannya kira sangat hukum-hakam agama. Tahu bercakap ikut sedap mulut sahaja. Hina agama lain la, hina itu la, ini la. Kalau orang lain hina Islam tahu pulak marah. Ish ish ish’ gumam hatinya sendirian.

Setelah 40 minit mengadap komputer riba jenama Acernya, matanya yang bundar itu mulai kuyu. Dia mengambil keputusan untuk tidur. Dia melihat ke arah Wardah yang sedang baring di atas katil sambil membaca buku Murabbi Cinta karya Ustaz Hasrizal. Wardah yang menyedari dirinya diperhatikan lantas membuka bicara.

“Nazdirah, ana minta maaf kerana marah anti tadi. ‘Mood’ ana tak berapa baik” bicara Wardah kepada temannya itu.


“Tak apa. Ana faham. Eh, esok ada program usrah dengan Kak Nuzul bukan?”aju Nadzirah kepada Wardah.

“Ya. Tadi Kak Nuzul sudah hantar sms kepada ana. Katanya usrah esok bermula pada pukul 9.00 pagi di Pondok Hidayah. Tak sabar rasanya nak jumpa dengan sahabat yang lain. Asyik mengadap muka anti saja. Bosan betul! Haha” ketawa dua sahabat itu meledak memecah kesunyian malam.

“Haha. Sampai hati anti cakap macam tu kepada ana. Eh, ana dah nak tidur ni. Mengantuk la.” balas Nadzirah mesra. Perbualan dua sahabat karib itu terhenti di situ. Nadzirah mengatur langkah menuju ke tandas untuk mengambil wuduk. Selesai sahaja mengambil wuduk, dia menghenyakkan tubuh lesunya di atas tempat beradunya. Ayat Kursi, surah 3 Qul, zikir dan selawat membasahi bibirnya sebelum dia lena dibuai mimpi.

*****

“Assalamualaikum warahmatullah semua. Sebelum kita memulakan sesi usrah pada hari ini, mari kita baca Surah Al-Fatihah dahulu sebagai pembuka majlis ilmu ini” kata Nuzul lembut.

Semua yang ada di situ diam seketika, tanda khusyuk menghayati Surah Al-Fatihah yang merupakan ummul kitab. Hati-hati yang tenang itu kembali menumpukan perhatian kepada naqibah mereka, Nuzul.

“Eh, kenapa ada sembilan orang sahaja? Mana lagi seorang? Erm…Afifah mana? Dia tidak datangkah? Dia sakitkah?” soal Nuzul. Matanya dan adik-adik usrahnya tertumpu ke arah Iffah, teman sebilik Afifah. Afifah hanya tertunduk.

“Hmm..ana tidak tahu. Katanya pening. Jadi ana suruh Afifah berehat sahaja di bilik” jawab Afifah kepada mata-mata yang asyik merenungnya tajam.

“Tapi minggu lepas pun dia tidak datang. Betulkah dia sakit? Atau anti sengaja berbohong?” tuduh Aqilah membuta tuli.

“Astaghfirullahal’azim Aqilah. Tak baik anti bersangka buruk terhadap Iffah. Tahukah anti bersangka buruk itu merupakan sebahagian daripada dosa?” nasihat Nuzul berhikmah. Sungguh, setiap bicaranya ibarat permata. Terlalu bernilai di telinga sang pendengar.

“Maafkan ana Iffah. Bolehkah kami ke bilik anti untuk melawat Afifah?” tanya Aqilah sopan kepada Iffah.

“Erm…bukannya ana tidak mengizinkan tapi Afifah sudah berpesan kepada ana agar tidak mengizinkan orang lain memasuki ke bilik kami selain daripada ana. Maafkan ana, sahabat” balas Iffah lembut.

“Tak apalah kalau begitu. Untuk sesi usrah kali ini, akak nak membuka topik tentang kewafatan Nabi Muhammad SAW memandangkan Maulidur Rasul akan tiba tidak lama lagi. Nabi Muhammad, junjungan mulia umat Islam wafat setelah baginda telah menyempurnakan ajaran Islam yang suci ini. Siapa tahu detik-detik terakhir baginda?” aju Nuzul sambil memandang ke arah adik-adik usrahnya.

“Ana. Sewaktu kematiannya semakin menghampiri, Malaikat Izrail telah diutuskan untuk mengambil nyawanya. Malaikat Izrail datang dalam rupa orang arab badwi. Ketika Izrail bertanya sama ada baginda mengizinkannya untuk mengambil rohnya, maka baginda mengizinkannya. Ketika roh Nabi Muhammad sampai di dadanya, Malaikat Izrail memalingkan mukanya daripada baginda. Lalu baginda bertanya kepada Izrail ‘mengapa engkau memalingkan wajahmu?’, lalu jawab Izrail ‘siapakah yang sanggup melihat wajahmu yang berada dalam kesakitan maut ya Muhammad?’. Lantas Muhammad berkata ‘beritahu aku berita yang menggembirakan’, Izrail pun berkata ‘Allah tidak akan membenarkan nabi-nabi lain memasuki syurga mendahului dirimu’, sambung Izrail lagi ’Allah akan mendahulukan umatmu untuk memasuki syurga berbanding dengan umat lain’. Lalu, lapanglah hati Nabi Muhammad SAW” henti Zahra di situ.

“Terima kasih Zahra atas penjelasan yang panjang lebar. Lihat, betapa sayangnya Rasulullah SAW terhadap umatnya. Tapi kita sayang tak?? Kalau sayang, apa yang telah kita lakukan untuk membuktikan kasih kita kepada baginda? Sekadar diam?” soal Nuzul.

“Kita perlulah sentiasa membasahi lidah dengan alunan ayat Al-Quran dan juga selawat di samping menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah” jawab Iffah laju.

“Betul tu Iffah. Jangan hanya mengucapkan cinta di mulut. Tapi di hati kosong. Jadinya, kesimpulan untuk topik kali ini apa?” aju Nuzul lagi.

“Kesimpulannya, kita perlu menyemai rasa cinta terhadap Rasulullah. Rasulullah terlalu mencintai umatnya, sehinggakan saat kematian hampir tiba, mulutnya menyebut-nyebut ‘ummati’. Sesungguhnya, tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintai Rasulullah melebihi segala yang ada di dunia, ibubapanya, isteri atau suaminya, bahkan melebihi dirinya sendiri” jawab Aqilah bernas.

Selepas berbincang mengenai topik kewafatan baginda Rasulullah SAW, mereka menyambung pula sesi usrah mengenai masalah masing-masing. Setiap masalah yang dihadapi akan diselesaikan bersama-sama. Melalui cara inilah, ukhwah yang sedia erat dipereratkan lagi. Setelah jam memasuki 1.00 tengah hari, masing-masing meminta diri. Ada yang berhasrat menuju ke masjid untuk menunaikan solat fardhu Zohor berjemaah. Namun, ada juga yang menuju ke kedai makan berdekatan untuk mengisi perut yang menyanyi-nyanyi riang minta diisi.

*****

“Ya Allah, kurusnya anti. Anti tak makan ke? Nak ana tolong belikan makanan?” tanya Iffah simpati.

“Eh, tak usah la Iffah. Menyusahkan anti saja. Ana tidak berapa lalu nak telan makanan. Ana asyik pening saja,”adu Afifah kepada teman sebiliknya.

“Ana rasa anti ni ada penyakit. Anti patut ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut,” cadang Iffah.

“Hm…ana rasa esok ana hendak ke hospital. Boleh anti temankan? Tapi kalau anti ada hal lain, ana tidak memaksa” balas Afifah.

“Boleh saja. Lagi pun ada tiada hal lain esok. Anti kan kawan ana? Sudah pasti ana dengan lapang dada akan menemani anti” jawab Iffah dengan senyuman. Dia sukar sekali hendak menolak pelawaan sahabatnya. Apatah lagi pelawaan Afifah, sahabatnya yang kelihatan begitu tidak bermaya.

*****

Thursday, February 16, 2012

HARI TERAKHIR

assalamualaikum..


ape kkhabar kalian?? ape khabar awak? apa khabar kamu?? dan mereka? moga dalam keadaan sihat.. lama sudah tangan ini tidak menari-nari di atas keyboard yang lembut macam bantal kapas. huh!!! rindu!!!


ape cerita terbaru?? as the title above, HARI TERAKHIR!!!! hari terakhir?? untuk ape?? jeng jeng jeng

**

**

**

**

**

**

**
hari terakhir di smk puteri!! terakhir kalinya kaki ini melangkah di sebuah sekolah yang berdiri megah di bandar kota bharu. di sini aku memulakan langkah sebagai seorang remaja. di sini aku mula mengenali cita dan cinta. ops!!! cinta?? ye la, cinta kepada guru, cinta kepada sahabat. kan???


smk puteri akan tetap dalam kenangan. segala kenangan akan ku kunci kemas di hati juga minda.


teringat lagi masa mula2 masuk di smk puteri. masa tu, sorang kawan pun takde. cuma aku sendirian. perlahan-lahan, ukhwah mula dijalin. perlahan-lahan, diri cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru.


aku melihat orang lain pergi, meninggalkan kami di sini. dan kini, aku yang akan meninggalkan mereka.


YA ALLAH, restui perjalananku.



p/s : minggu depan sudah ke sekolah baru,... berdebar la pulop weyh!!!

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...