Tuesday, January 10, 2012

PUTERI?

assalamualaikum warohmatullah hiwabarakatuh


alhamdulillah, persekolahan berjalan dengan lancar. sedar tak sedar, dah 6 hari saya bersekolah. untuk form 4 ni, saya ambik aliran sc. nak kata susah tu, rasanya terlalu awal untuk menilainya. ye la, belajar tak sampai sebulan lagi. over all, ok je.


dah namanya awal tahun, memang banyak la mesyuarat agung kan. ni lah part yang tak berapa saya nak suka. tapi terima je la. dah namanya peraturan kan.


pemilihan calon berjalan dengan lancar. tapi yang saya tak berapa berkenan, apabila pencalon2 memilih calon dengan niat mengenakan mereka. atau dalam bahasa yang lebih mudah "ngenak". bukankah pemimpin itu perlu dipilih dengan sebaiknya? bukannye orang yang hanya diam tanpa melakukan tanggungjawab yang sepatutnya. tidak takutkah kalian jika ditanya tentang amanah di hadapan tuhan?


dan sekali lagi agak kecewa, apabila ada segelintir student yang tak reti2 nak hormat cikgu. masa loceng tak berbunyi lagi, budak2 yang sudah tua dan lebih tua daripada saya sudah kalot2 nak balik. sedangkan masa tu, cikgu dah bagi arahan, tapi bukannye dorang dengar. cuma buat tak tahu aje. huh! macam mana nak berkat belajar? ni la orang cakap, ade otak tak nak guna. ade telinga tak nak dengar. kalau ALLAH tarik nikmat tu semua, macam mana? nak salahkan TUHAN? usah salahkan PENCIPTAMU, salahkan dirimu yang sememangnya tak tahu nak gunakan nikmat.


budak2 puteri dan sekolah lain, sedarlah, hidup tak lama. nanti, dah mati la. understand???

No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...