Friday, January 27, 2012

ITULAH ADD MATH...


assalamualaikum wbt...


sejak akhir2 ni, banyak betul kerja sekolah yang cikgu bagi. tambah2 musim cuti ni. fuhh!! lagi la kuat kena dera. tangan jadi lenguh. jari jemari pun semakin hari, semakin longlai.

salah satu kerja sekolah tu ialah add math atau matematik tambahan. ya ALLAH, punye lah susah. betul2 mengajar erti kesabaran. berkali-kali ku mencuba, namun gagal. setiap kali cuba, mesti dapat jawapan yang berbeza-beza. hampir sejam wat satu soalan. tapi jawapan yang saya dapat tak sama dengan jawapan yang buku tu bagi.


mula2 tu, buat soalan senang. tapi still nak kena tanya2 orang lain. tapi at least boleh buat. masa masuk je part susah tu, memang terus blur.


so, add math ni bagi saya lebih kurang dengan hidup kita. kadang2, ade ujian yang kecik. kita boleh atasi dengan bantuan orang lain. tapi kadang2, ALLAH bagi ujian yang besar. bukannye kita tak mampu atasi, tapi memerlukan usaha yang lebih.


pernah dengar tak satu kata2 ni " sesuatu masalah akan menjadi satu masalah apabila ia dianggap sebagai masalah"..berbelit sikit kata2 tu. tapi apa yang dapat saya simpulkan, jangan lah kita anggap masalah tu sebagai beban. cuba atasi dengan menganggap masalah sebagai satu cara mendidik diri ke arah lebih baik.


masalah tu sebenarnya ADD MATH dalem kehidupan.

Sunday, January 22, 2012

PERJALANAN MASIH JAUH


assalamualaikum...


untuk entry kali ni, saya nak bahasakn sesiapa yang baca post ni sebagai 'awak'


pernahkah awak rasa sangat2 down dalam hidup ni walau sekali pun? mesti pernah kan? masa tu ape yang awak buat eh? menangis puas2 sampai bengkak mata? meraung macam orang tak betul?? atau lempar bantal??


walaupun awak pernah down sangat2, tapi awak pernah kan happy sangat2? apa yang awak buat? cuma senyum sampai ke telinga? atau sekadar buat tak tau??


hakikatnya, hidup ini adil. ada masa kita gembira. adakalanya kita diberi ujian.


adakalanya ALLAH makbulkan doa kita. adakalanya tidak. bukan ALLAH tidak mendengar doa awak. cuma DIA tau ape yang terbaik untuk awak. ade la tu hikmhanya. mungkin awak tak mampu nak 'lihat' hikmahnya, tapi ketahuilah, segala perancangan yang telah dibuat adalah yang terbaik untuk awak. awak kan percaya yang ALLAH tu MAHA PENYAYANG? kan kan kan?

PERJALAN awak MASIH JAUH. banyak lagi yang awak perlu tempuh. ia akan terhenti di satu titik KEMATIAN sama ada awak bersedia atau pun tak.


peringatan untuk saya dan juga awak, kita punye satu jalan cerita yang misteri. yang tak tahu bila akan berakhir. mungkin esk, atau pun esok. jalani ia dengan seadanya.

Saturday, January 14, 2012

REVIEW PENDAPAT : MANA LAGI CANTIK?

ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAH HIWABARAKATUH...


hihi...ape khabar? sihat? alhamdulillah...untuk entry kali ni, saya nak tunjukkan pendapat2 yang orang lain tulis kat group yang saya buat kat mfb iaitu ' hooded woman more beautiful than woman who are not covered'. untuk gambar yang lebih besar, sila klik kat gambar tu ye.







Tuesday, January 10, 2012

PUTERI?

assalamualaikum warohmatullah hiwabarakatuh


alhamdulillah, persekolahan berjalan dengan lancar. sedar tak sedar, dah 6 hari saya bersekolah. untuk form 4 ni, saya ambik aliran sc. nak kata susah tu, rasanya terlalu awal untuk menilainya. ye la, belajar tak sampai sebulan lagi. over all, ok je.


dah namanya awal tahun, memang banyak la mesyuarat agung kan. ni lah part yang tak berapa saya nak suka. tapi terima je la. dah namanya peraturan kan.


pemilihan calon berjalan dengan lancar. tapi yang saya tak berapa berkenan, apabila pencalon2 memilih calon dengan niat mengenakan mereka. atau dalam bahasa yang lebih mudah "ngenak". bukankah pemimpin itu perlu dipilih dengan sebaiknya? bukannye orang yang hanya diam tanpa melakukan tanggungjawab yang sepatutnya. tidak takutkah kalian jika ditanya tentang amanah di hadapan tuhan?


dan sekali lagi agak kecewa, apabila ada segelintir student yang tak reti2 nak hormat cikgu. masa loceng tak berbunyi lagi, budak2 yang sudah tua dan lebih tua daripada saya sudah kalot2 nak balik. sedangkan masa tu, cikgu dah bagi arahan, tapi bukannye dorang dengar. cuma buat tak tahu aje. huh! macam mana nak berkat belajar? ni la orang cakap, ade otak tak nak guna. ade telinga tak nak dengar. kalau ALLAH tarik nikmat tu semua, macam mana? nak salahkan TUHAN? usah salahkan PENCIPTAMU, salahkan dirimu yang sememangnya tak tahu nak gunakan nikmat.


budak2 puteri dan sekolah lain, sedarlah, hidup tak lama. nanti, dah mati la. understand???

Saturday, January 7, 2012

RIBA : RANCANGAN GEREJA VATICAN?

assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh..


agak lama juga blog ni menyepi. salah satu faktornya adalah disebabkan otak yang agak kosong, line internet pula kurang elok dan semakin sibuk dengan rutin sebagai budak sekolah.


saya mulakan entry kali ni dengan maksud ayat 278-281 surah al-baqarah.

Dinar-Emas.COM: http://www.dinar-emas.com/vaticans.html#ixzz1ijX0MmDT
Dapatkan Dinar Emas Anda Yang Pertama Di http://www.dinarmas.com

Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahwa Allah dan Rasulnya akan memerangimu.Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba),maka bagimu pokok hartamu;kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya.

Surah Al-Baqarah: Ayat 278 ~ 281



semua tau kan riba tu ape? riba ni macam rasuah, duit kopi dan yang sewaktu dengannya la kan. menurut satu artikel ni, riba ni telah dirancangkan oleh gereja vatican. kesahihannya saya sendiri pun tak tahu.


riba ni boleh memusnahkan umat islam sebenarnya. mungkin bukan dari segi fizikal, tapi dalam hati. kalau dah terbiasa buat riba2 ni, lama2 kita akan menganggap riba tu bukan satu dosa yang besar.


lebih kurang macam seseorang yang dah terbiasa tidak menutup aurat. adakah mereka menganggap perbuatan itu sebagai satu kesilapan yang besar? tak kan? kalau dorang sendiri tahu itu dosa besar, dah semestinya dorang akan tutup cepat2.


berbalik kepada topik asal, korang rasa boleh percaya ke tak? saya sendiri 50-50. kalau teringin nak baca artikel tu, boleh klik sini


saya dah buat satu lagi post pasal artikel ni sebelum ini. sila klik sini untuk membaca antry tersebut.

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...