Monday, December 31, 2012

2012

ASSALAMULAIKUM..

hari ni hari terakhir bagi tahun dah untuk 2012..macam2 benda yang dah berlaku, dan semestinya akan sentiasa menjadi kenangan terindah..

antara perkara penting yang berlaku dalam hidup saya, berpindah ke SMKIP. mula-mula tu, takut la jugak kan. berdebar-debar jugak la kot. tapi dah masuk, ok je. best jugak.

tahun ni jugak, dapat ramai sangat kawan-kawan baru yang sekepala dan yang tak sekepala. harus la dapat kawan baru kan, kalau tak, takkan nak dok sorang-sorang aje dalam kelas. boring kot..

tahun ni la first time masuk perkhhamahan unit beruniform.. tahun sebelum ni, jangan harap la.

tahun ni, giat betol berlatih kawad. walaupun kucar-kacir.. haha.

dah untuk tahun ni. tahun depan, acane??

tahun depan :

-kurangkan aktiviti online kat twitter, facebook dan blogwalking
-study sungguh-sungguh untuk SPM
-siapkan semua kerja sekolah yang cikgu bagi
-kurangkan SMS!!
-cover study untuk bab 4


SELAMAT TINGGAL 2012, SELAMAT DATANG 2013

Monday, December 17, 2012

CINTA BUKAN KOMITMEN UTAMA

ASSALAMUALAIKUM..

remaja biasalah nak bercinta bagai ni kan..ada perasaan nak disayangi dan menyayangi oleh kaum berlainan jantina. tapi, siapa yang KUAT, mesti dapat LAWAN NAFSU tu.

sebagai remaja yang muda trang tang tang ni, saya tak meletakkan cinta sebagai komitmen utama saya. why why why?? sebab saya rasa tiada keperluan untuk bercinta bagai.

fakor-faktornya ialah :

1. TAK DIIZINKAN BERKAHWIN - ni faktor utama. alahai kawan, kalau tak boleh berkahwin lagi, buat apa dah cari pasangan?? tak guna jugak kan? membazir kredit nak sms dan membazir perasaan je. lebih baik duit tu buat sms kawan. sekurang-kurangnya, dapat merapatkan ukhuwah kan??

2. MENGGANGGU PELAJARAN - mungkin ada yang tak berapa setuju dengan statement ni. ada yang cakap, cinta ni merangsang kita untuk belajar. ish ish ishh, cuba fikir kalau berlaku pergaduhan dalam hubungan TANPA IKATAN tu, tak ke berpusing-pusing otak fikir masalah tu??

3. TIDAK MAHU YANG HARAM - maaf kalau sedikit kasar. tapi, memang TAK HALAL kan?? bergayut sana sini. panggil 'mama-papa' segala bagai. panggil 'sayang-baby' lagi. alahai...stop it lah!! kita remaja muslim!! kita agama ISLAM!! jangan terbuai dek cinta. cari yang HALAL. bukan yang HARAM!!

Sunday, November 18, 2012

UNIK...

assalamualaikum...

semalam, saya pergi rumah mak saudara..dengan tiba-tiba!! ternampak lah ayam ni yang sangat comel..err..anak ayam..hehe..cun lah sangat!


cun kan?? hehe..setakat ni sahaja entry kali ni..otak sangatlah blurr..tak tahu dah nak taip ape..hehe..wassalam

Thursday, October 11, 2012

16

ASSALAMUALAIKUM...


alhamdulillah...dah menginjak umur 16 tahun dah anak dara umi dengan abah..


most thanks to ALLAH yang memanjangkan umur saya, yang sentiasa memberi rezeki kepada saya, yang sentiasa mendengar keluhan saya, yang sentiasa baik tyerhadap saya, yang macam2 lagi lah kepada saya sampai saya pun tak terfikir..banyak sangat nikmat ALLAH bagi..alhamdulillah..


terima kasih jugak kepada umi yang mengandungkan saya selama 9 bulan...kemudian, melahirkan saya dengan susah payahnya. dan menjaga saya sampai besar macam ni..dari sekecil2 zygot sampai sebesar2 manusia,,


terima kasih kepada abah yang juga menjaga saya,,, yang bersusah payah cari duit untuk bagi makan keluarga..yang sentiasa cuba memenuhi keinginan saya. hehe


terima kasih kepada adik beradik, abe ja, abe dan ebi yang sudi menjadi teman bergurau saya di rumah, yang selalu mendengar cerita pasal kawan2 saya, pasal sekolah saya. terima kasih juga kerana sentiasa bergaduh dengan saya!!!


terima kasih juga kepada sahabat2 yang sentiasa bersabar dengan sikap saya yang agak leceh dan mungkin sedikit manja. terima kasih kerana sudi mendengar cerita2 saya yang entah pape tu. terima kasih kerana sudi menangis bersama saya dalam pustaka atau di mana-mana sahaja..haha..terima kasih untuk macam2!!


p/s : tq su, anis and que for that valuable present. insyaALLAH, i'll read it every day..love da three of u so much!!!

Saturday, September 29, 2012

...COMPETITION...

assalamualaikum...


puh! puh! puh! berhabuk sudah belog saya ni...bukan tanak update, tapi kekeringan idea. entry kali ni pun, rasanya agak pendek. sekadar nak 'tepek' satu gambar kat blog. biar tak kosong.

nah!!! ni die gambar tuh.


~CERITA DI SEBALIK GAMBAR~

gambar ni diambil lepas kami dah menang ENGLISH DRAMA COMPETITION. so far, alhamdulillah. ni rezeki dari ALLAH setelah usaha kami lebih dari sebulan. dengan komitmen semua student 4hayyan, akhirnya kami berjaya!! we won!!!


congrates to adham yang dapat anugerah best actor and to polly yang dapat anugerah best director. erm, setakat ni je kot entry kali ni. kan dah cakap pendek kan tadi?? err...ok tata..


p/s : credit to ariey yang masukkan gambar ni dalam fb...coinclusionnya, gambar ni sengaja di'culik dari fb..errrrrrrrrrrrrrrrr..

Tuesday, September 4, 2012

SENYUM...

assalamualaikum...


senyum..ketika hatimu menangis hiba
senyum..ketika hatimu dilukai sahabat baikmu sendiri
senyum...walaupun senyuman itu adalah sebuah kepalsuan
senyum...untuk menutup luka di hatimu
senyum...untuk membahagiakan orang sekelilingmu
senyum...untuk menyatakan bahawa engkau dalam keadaan baik
senyum...biarpun air mata bergenang di mata
senyum...walau engkau disisihkan sahabat baikmu sendiri
senyum...walaupun engkau keseorangan
senyum...walaupun ketika engkau terpaksa 'merasai' kehilangan orang disayangi
senyum..walau hati sakit
SENYUM...WALAU APA PUN YANG TERJADI

Monday, September 3, 2012

UNTUK AWAK...

assalamualaikum...


awak, awak tahu kan saya sayang awak sangat-sangat?
awak, kalau saya ade buat salah depan awak, jangan takut untuk tegur saya. apa guna kawan kalau takut nak betulkan kesilapan kawan sendiri?
mungkin kadang-kadang terluka, tapi jangan risau, saya ni terasa hati kejap je.
awak, kalau saya tak adil, cakap direct je kat saya. saya usaha untuk adil.
awak, saya tahu saya tak cukup baik untuk awak, saya mintak maaf.
awak, mungkin kadang-kadang perangai saya buat awak menyampah, tapi tulah perangai saya. maaf sebab saya tak mampu nak sorok perangai saya yang tak berapa baik.
awak, saya tahu saya selalu buat awak sakit hati, tapi, awak boleh kan maafkan saya?

awak, saya mintak maaf tak mampu jadi kawan awak yang baik.saya sayang awak walau apa pun terjadi. saya tak harap awak untuk sayang saya sebagaimana saya sayang awak. cukuplah awak letakkan saya di hati saya. jangan pernah lupakan saya, kalau takdir menentukan kita akan berpisah.

Tuesday, August 14, 2012

SHORT CONVERSATION

assalamualaikum...


me : su, kite kawan sampai mana? sampai lutut ke??
su  : rah(nama panggilan untuk saya), boleh guna semua anggota ke? tahap sampai kepala eh?
me : ..ish, kite kawan sampai syurga la su..tu pun tak leh pikir ke? mana ada guna anggota-  
      anggota badan ni
su : hehe..

Sunday, July 22, 2012

SAAT HATIMU TERLUKA

assalamualaikum....


entry kali ni sedih semacam je kan tajuknye?? hehe..biasalah..saje je nak luahkan sikit rasa yang terbuku di hati.


saya, kadang-kadang ada la jugak terluka. bukan apa kan, biasa lah hati. susah nak duga. kalau tak tahan sangat tu, memang keluar jer air mata ni. lebih baik lepaskan je daripada terus simpan kan??


and, dah kalau sedih tu, kita mesti la akan harap ada sahabat yang datang nak tolong pujuk ke, bagi nasihat ke, atau sekurang-kurangnye peluk untuk ringankan beban kan??


tapi, tu lah, susah nak cari kawan yang macam tu. yang betul2 nak memahami kita. saya pun, kadang2 terasa jugak kalau kena marah ngan kawan. bila dah terasa, selalunya saya akan take time untuk bersendirian. bukan apa, cuma tu je cara saya nak redakan hati ni.nak marah balik, memang tak termarah la kan.


kalau merajuk dengan kawan tu, ade jugak. tu pun sebab 'kesok' hati. hehe. tapi tak best lah kan merajuk lama2? merajuk kejap-kejap sudah la. saya ni, kalau terasa hati ngan seseorang tu, tak boleh nak tengok muka die. sebab rasa nak menangis.


sampai sini saja entry kali ni. tata. wassalam.

Wednesday, July 11, 2012

BINGKISAN HATI UNTUKMU

ASSALAMUALAIKUM...


bingkisan ni khas ku tujukan buat si dia, sahabatku.


sahabat, maafkan aku andai aku telah melukakan hatimu. tahukah kamu bahawa aku di sini kadang terluka dengan sikapmu..namun, biarkan semua itu berlalu sahaja. aku tahu, untuk membina sebuah ukhwah yang erat, memerlukan pengorbanan. biar hati terluka, biar hati terhiris, asal ukhwah yang terjalin tidak terputus.


sahabat, aku tahu aku seorang yang sedikit mengongkong, namun, tidakkah engkau cuba memahami jiwaku sebagai seorang kakak?? normal la seorang kakak yang bersifat pelindung terhadap adiknya. bukankah aku telah mengaggap dirimu sebagai adik iparku?(erk, error typing. haha). jadi sahabat, cubalah selami jiwaku. aku sendiri cuba untuk memahami jiwamu saat ini.


sahabat, aku mungkin sedikit menyibuk dalam urusanmu. tapi ini menunjukkan aku seorang yang prihatin terhadap dirimu. cubalah mengerti setiap tindak tandukkku ini. pasti terselit kebaikan. jika perbuatanku ini salah di matamu, berikanlah teguran kepada diriku, temanmu. aku akan berusaha membaiki diriku selagi termampu.


sahabat, maaf jika aku menyusahkan dirimu. aku tahu aku telah banyak menyusahkan dirimu selama ini. seriouly, i love u babe!!! jika engkau membaca bingkisan ini, ketahuilah bahawa bingkisan ini ku coretkan untuk dirimu, sahabat sejatiku.



Saturday, June 30, 2012

MENGATA BELAKANG2

assalamualaikum...


baru-bari ni kan, saya ade la dengar pasal orang yang suka mengata belakang2, lebih kurang fitnah la kan. sebenarnya kegiatan ni dah lama menular dalam masyarakat ni. entah ape la sebabnya. tapi saya rasa antara sebabnya ialah :


1~ DENGKI. hisy!!! memang ni lah akibat dengki. asal dengki je, nak sebar fitnah. nak buruk-burukkan orang lain. takde pekdah pun. stop it lah kawan.


2~ NAK PERHATIAN. sometimes, seseorang tu tak la berapa popular. so, nak popular punye pasal, mula la bukak cerita baru. kadang2 cerita tu betul, tapi memandai tambah perisa.


3~ TABIAT. ade jugak orang macam ni?? memang ada yang jenis macam ni. sejak kecik lagi suka mengata. dan perlu diingatkan, bukan salah mak bapak jugak. kadang2 didikan dah sempurna, tapi terpengaruh dengan kawan.


and, kepada yang ade dengar cerita2 yang buruk, jangan mudah percaya. siasat dulu betul ke tak. kita bukan TUHAN. nak judge orang ni macam tu, macam ni. kan??


so, moral of the story, hentikan perangai terkutuk ni. kita hidup tak lama. kejap je. dunia ni tempat persinggahan. ade 1 lagi tempat yang kita belum jejak.


wallahu'alam.

Thursday, April 12, 2012

NIKMATNYA BERKONGSI

assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh..


herm, masing2 ade citer an pasal sharing ni.. ade yang cakap sharing is caring la, sharing is awesome, sharing is bla bla bla n bla...


ade yang suke berkongsi, tapi yang ada tak suka. tell me y y y?? ade yang sebab ego. lagi2 kalau yang sulung dengan yang bongsu. terlebih manja dan ego! tapi!!!! tapi!!! tapi!!! bukan semua macam tu. jangan terasa la kalau terkena.


NIKMATNYA BERKONGSI!!!


kita ni sebenarnya kan, kadang2 tak perasan yang kita sentiasa berkongsi. betul tak??banyak sebenarnya kita berkongsi. tak terkira banyaknya.


contoh perkongsian :

1- BERKONGSI ILMU..pernah x ajar kawan2 subjek2 apa2 je?? yeah!! itulah berkongsi

2-SEDEKAH. ala, tak susah pun sedekah. senyum pun sedekah kan?? kalau takde duit nak sedekah, sedekah al-fatihah pun ok jugak kan??

3-ZAKAT, yes! i know ramai lagi yang berharta tu liat nak bayar zakat. saya rasa, yang kurang berharta lebih menitikkberatkan hal zakat.


4- KONGSI KEGEMBIRAAN. macam mana ya?? ala, kasi je cerita apa2 yang seronok. lepas tu happy la kan? erk

5- last but not least. KONSI MAKANAN. kalau 'bekwoh' ataupun dikenali juga dengan nama kenduri tu mesti ada makan2 kan?? so, kire berkongsi makanan la tu.


sebenarnya banyak lagi nikmat berkongsi ni. tapi tak muat la untuk satu entry ni. nantikan panjang sangat. saya akhiri entry kali ni dengan satu maksud ayat al-quran.


"...nescaya ALLAH akan meninggikan orang yang beriman di antaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..."(surah al-mujaadalah:2)

Saturday, March 31, 2012

YUMMY!!!

ASSALAMUALAIKUM....


alhamdulillah..jari yang dok berapa nak mulus ni masih ade kudrat nak menaip sambil on9..


YUMMY!!! jom cakap pasal makanan! ye, makanan. ape makanan kegemaran korang?? macam2 an?? ade yang suke makan masakan mak, masakan ayah, maggi, kfc, rfc or pape je la.. kalau saya la, ni antara makan kegemaran saya.

jeng jeng jeng!!!
-
-
-
-
-
-
-
-
tom yam super berasap
mee kari yang umi buat!! bukan di kedai atau orang lain buat.


tapi, jika jasad dah diisi, roh pulak nak isi dengan ape?? mesti nak makan jugak kan?? roh pun mesti rasa lapar jugak kan?? hah!! so, makan jugak makanan yang rog perlukan. jangan sesekali menyeksa roh dengan membiarkan dia kelaparan!!!! kebulur nanti, susah tu!!!


ape makanan roh?? antara yang paling sedap ialah dengan...


1...zikir. yeah..zikir. mengingati ALLAH.

2...BACA AL-QURAN pun sedap jugak. membawa ketenangan dan kekenyangan kepada roh kite.

dan semestinya banyak lagi kan?? ape2 sahaja aktiviti keagamaan yang termampu dilakukan. takkan tak tahu kan??


wah!! alhamdulillah. kenyang nye jasad dan roh!!!

Tuesday, March 13, 2012

SEINDAH NAMAMU

assalamualaikum...


seindah namamu. ya, seindah namamu(ape saya membebel ni?). apa2 pun nama kalian, pasti merupakan antara nama yang terindah dipilih ibubapa kalian. right?? mesti la kan? takkan la mak bapak korang nak letak nama udoh2 kan? contohnya nama jahat ke, kurang ajar ke. eh, tak kan la.


tahu tak nama korang tu antara doa parents untuk korang?? setiap kali die panggil korang, or sape2 la kan, setiap kali jugak die akan doakan korang. huh!! indahnye hidup kalau asyik didoakan.


my name, nadhirah. maksudnye berseri-seri. so, setiap orang yang panggil saya nadhirah, setiap kali tu jugak mereka mendoakan saya agar berseri-seri. insyaALLAH, ya ALLAH, jadikan agama dan akhlakku seindah namaku. serikan agamaku, serikan akhlakku.


so, to sape2 yang rasa nama korang tak best, padahal mempunyai maksud yang sangat cantik, bersyukur la. jangan la pikir "eh, apasal la mak bapak aku letak nama gini kat aku?? macam kampung sangat. letak la nama macam omputeh ke."..


Saturday, March 10, 2012

DIA...OKI SETIANA DEWI

assalamualaikum wbt...


tadi saya pergi pustaka awam. bukan pergi saja2 je. tapi sebab nak gi tengok oki. atau lebih dikenali dengan nama anna althafunnisa. ala, pelakon yang dalam KCB tu. he3. pemergian ni untuk menebus kekecewaan sebab tak leh gi forum semalam kt kelantan trade center(KTC). huh!!! bersungguh ok ajak ummi pergi sekali..hahaha.


macam2 lah die cakap. tapi kejap je. sebab kemudian ade soalan yang menyusul dari penonton. saya nak tanya jugak pada mulanya. tapi agak malu2 kambing. ngeh3. tapi alhamdulillah. ALLAH dengar suara hati saya. kebetulan pulak mc tanya soalan yang sama dengan ape yang saya nak tanye. wah!!! HEBAT KAN ALLAH?? DIA mengilhamkan soalan yang sama..so, berpuas hati dengan jawapan die.


erm, jom la layan dulu gambar ni ye. enjoy the picture!!

ni tandatangan Oki setiana dewi(OSD) kat buku yang saya beli dengan harga rm 25...berjudul sejuta pelangi. kata OSD, sejuta bermaksud orang yang hadir dalam hidupnya. pelangi pula membawa maksud warna warni yang hadir melalui orang sekelilingnya.


ni lah buku sejuta pelangi. suke cover buku ni yang agak ceria.

ni lah die OSD. kesian die, banyak sangat buku yang nak kena tandatangan. he3, tapi tetap tersenyum. comel je.

abaikan gambar akak yang diciptakan dengan begitu indah oleh PENCIPTA kita. lihat ciptaan ALLAH yang juga sama indah dengan akak tu. pakcik tu pun salah satu ciptaan ALLAH yang indah. SUBHANALLAH

orang berpusu-pusu nak suruh kak OSD tandatangan buku masing-masing.


setakat ini sahaja coretan saya untuk kali ni. moga mereka, sang pelangi terus menceriakan hidup kita. AMIN... ^_^

Monday, March 5, 2012

BETULKAH UNTUK ALLAH??

ASSALAMUALAIKUM WBT...


"sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH"


pernah tak dengar statement yang macam tu?? mesti pernah kan?? kadang2 tu, kite sendiri yang buat kenyataan gitu right?? herm...


fakhrina : eh, kite tak menghayati kan ayat ni?

saya : a'a, tengok ni, kite start study tadi ade tak baca bismillah?


tu dialog saya dengan sahabat tadi masa study PAI(bajet rajin la kot). herm, tapi kalau difikirkan, memang statament tu hanya sebuah statement. langsung tidak diamalkan!!! kalau ade pun, mungkin secara tak menyeluruh.


alahai manusia(termasuk saya), mudah sangat kan lupe ALLAH dalam aktiviti kite?? mengapa susah sangat nak mulakan sesuatui perkara dengan bismillah?? satu kalimah saja wahai diri...


so, walau ape pun, jom kite cuba baiki diri. baiki akhlak, baiki segala-galanya yang buruk. right?? mungkin susah, tapi memang agak susah...haha...remember, ROM WAS NOT BUILT IN A DAY. eh?? ade kaitan ke? lantak la kan.. wassalam

Friday, March 2, 2012

MINGGU EXAM


assalamualaikum...


minggu ni(khamis) dan minggu depan merupakan minggu exam bagi saya dan rakan2 di smip. kalau kat puteri, exam dah habis dah!!!! jeles ok ngan korang. dah la result add math dorang dah dapat. saya ni tak exam lagi..yang paling jeles, ade yang dapat A+ UTK ADD MATH!!! eh, punye la bijak!!!kalian, doakan saya juga dapat A+ utk add math!!! amin. dapat A- pun tak pe. asalkan dapat pegang title A!!


ini kisah masa hari khamis, kitorang exam BM.


masa tu, baru je start exam. lebih kurang 15 minit macam tu kan. so, kebanyakan pelajar baru je dok khusyuk wat karangan bahagian A. masa khusyuk tu, tetibe

-

-

-

-

-

-

-


dum dum dum! bunyi ape tu?? bunyi lagu weyh!!! tapi tade la bunyi dum dum gitu kan. fuh!!! mencabar kesabaran saya je. otak blank kejap. kelas bising kejap. tangan kejang kejap. idea ilang kejap. huh!!! semuanya kejap la!


then, masa dah nak biasakan diri dengan kebisingan lagu tu, ya ALLAH, makin kuat die pasang lagu. huh!!! benda yang kejap tu terjadi la pulak. tapi sabar je. teruskan teruskan teruskan.


pastu, masa dah nak habis exam, tangan saya terketar-ketar. mana tak nya, soalan tak jawab semua lagi. but alhamdulillah, sempat habiskan semua soalan tapi cincai macam tu je la.

-tamat-

Monday, February 20, 2012

KOSONG


assalamualaikum...

sebelum saya start tulis pape untuk entry ni, izinkan saya promote cerpen terbaru dulu yang diberi tajuk BERJALAN TANPA HENTI. klik SINI untuk part 1. part 2 klik SINI pulak ye.


ok. jom mulakan cerita. so far, alhamdulillah sekolah baru ni ok la jugak. memandangkan ade kawan. tapi entah la..tetibe je saya rasa agak kosong. kosong yang kosong. susah nak cakap la. tapi..biase la kan. nak kena sesuaikan diri dengan suasana baru dulu right?? dengan kelas baru, kawan baru, guru baru. semuanya baru.
sekolah baru...~smip~

honestly, saya rindukan yang lama. saya rindu geng lama, cikgu lama, kawan lama, tempat duduk lama, kelas lama dan sekolah yang lama. sekolah di mana tempat saya memulakan sebuah ukhuwah yang indah...


ALLAH..ALLAH..ALLAH...nama itu mampu saya sebut saat saya rindukan mereka. nama itu yang mengurangkan kerinduan saya pada mereka yang lama. yang hadir menceriakab hidup saya. nama itu juga yang mengurang kegementaran saya untuk menghadapi benda baru dalam hati...semoga nama itu kekal dalam sanubari saya. bukan sekadar terlafaz di bibir. namun di hati hanya kosong..sekosong-kosongnya.


ALLAH, kuatkan hatiku. kuatkan hatiku. kuatkan hati mereka. kekalkan ukhwah kami. amin.

BERJALAN TANPA HENTI - PART 2

“Anti dah siap? Ana dah siap. Jom!” kata Iffah penuh semangat. Pada hari itu, dia memakai jubah berwarna hitam dengan sehelai tudung labuh berwarna biru laut. Purdah yang senada dengan warna tudungnya turut disarung. Biarpun pada mulanya dia agak kekok menyarung pudah itu, namun dikuatkan hatinya. Dengan memakai pakaian sebegitu, dia mampu menjaga pandangannya daripada melihat perkara mungkar.

“Dah. Jom pergi” seperti biasa, Afifah membalas lemah. Hari itu, mereka pergi ke hospital dengan sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh Iffah. Kereta itu merupakan kereta yang dipinjam daripada Wardah. Di sepanjang perjalanan, mereka asyik berbual-bual mengenai pelbagai topik sambil mendengar lagu-lagu nasyid yang berkumandang di radio Ikim fm.

Sampai sahaja di hospital, mereka terus ke tempat pendaftaran pesakit. Usai mendaftar, mereka melabuhkan punggung di kerusi sambil menunggu giliran untuk bertemu dengan doktor. Afifah kelihatan gelisah. Dia takut didiagnosis mempunyai penyakit barah memandangkan keluarganya mempunyai sejarah penyakit barah. Abang sulungnya telah meninggal dunia akibat barah tulang. Setaelah hampir satu jam menunggu, tibalah giliran Afifah untuk bertemu dengan doktor.

“Assalamualaikum doktor”

“Waalaikummussalam. Hai. Nama saya Doktor Fazlin. Boleh saya tahu awak sakit di bahagian mana?

“Saya sakit di bahagian perut.”

“Awak ada muntah?”

“Ya. Ada juga. Kadang-kadang saya rasa pening”

“Berdasarkan kenyataan yang awak berikan, saya rasa awak menghidap apendiks”

“Apendiks?”

“Ya. Tapi awak jangan risau. Ia tidak terlalu berbahaya jika dapat dikesan di peringkat awal. Cuma memerlukan pembedahan kecil untuk membuang apendiks. Tapi sebelum itu, awak perlu membuat X-ray untuk mengenal pasti penyakit awak. Jom ke bilik X-ray” ajak Doktor Fazlin kepada Afifah.

Mereka berjalan beriringan menuju ke bilik X-ray. Selesai sahaja melakukan X-ray, Doktor Fazlin terus membuat kesimpulan bahawa Afifah disahkan menghidap apendiks. Afifah dijadualkan menjalani satu pembedahan kecil pada minggu hadapan.

*****

‘PELAJAR JURUSAN AGAMA DILIHAT BERJALAN BERIRINGAN DENGAN LELAKI BUKAN MAHRAMNYA’

Tajuk itu terpampang di blog salah seorang pelajar terkenal di IPTA itu. Ia pastinya tajuk yang menggemparkan seluruh warga IPTA itu kerana pelajar jurusan agama sering dilihat sebagai seorang yang taat perintah agama dan menjaga pergaulan.

“Ya Allah, fitnah apa lagi ni,” keluh Nuzul. Ke mana-mana sahaja dia dan sahabat bertudung labuh pergi, pastinya diiringi pandangan sinis orang lain. Sekali lagi maruah golongan ini tercalar. Benarlah kata seorang orang, kata-kata itu lebih tajam berbanding dengan mata pedang.

*****

“Kau tahu tak, si Wardah tu, Nampak sahaja baik. Tapi hati busuk macam tong sampah. Harap saja pakai tudung labuh. Perangai? Lebih teruk daripada kita kan? Ini mesti kes pakai tudung labuh sebab nak tunjuk baik. Baiklah sangat dia tu. Padahal pergi ‘dating’ dengan kekasih” bisik seorang siswa kepada rakanya perlahan. Namun, cukup kuat untuk didengari Wardah yang lalu di hadapan mereka.

“Wardah hampir terpaku mendengar kata-kata itu. Air matanya hampir tumpah di hadapan siswa itu. Namun, ditahannya agar tidak kelihatan lemah di hadapan insan yang tidak mengenalinya itu. Langkahnya ke bilik diatur laju. ‘Mood’ untuk makan terus mati. Sepanjang perjalanan ke biliknya, banyak mata memandangnya dengan sinis.

Sampai sahaja di biliknya, dia cepat-cepat membuka pintu biliknya. Selepas menutup pintu, dia terduduk di hadapan pintu. Wardah tidak mampu lagi menahan tagisannya. Air mata Wardah gugur lebat. Nadzirah yang kebetulan berada dalam bilik ketika itu terus menerpa ke arah sahabat yang dikasihinya. Lalu memeluk Wardah seerat mungkin. Wardah menangis teresak-esak di dalam pelukan sahabatnya. Lama mereka berdua berada dalam keadaan begitu. Setelah keadaan Wardah kembali tenang, Nadzirah memulakan bicaranya.

“Wardah. Kenapa dengan anti? Boleh anti ceritakan?” bicara diatur penuh lembut agar tidak menyinggung perasaan sahabatnya.

“Ana difitnah Nadzirah. Ana difitnah” sekali lagi esak tangisnya menguasai diri. Nadzirah kembali memeluk sahabtnya dengan penuh kasih sayang untuk menenangkannya.

“Wardah, betulkan ini fitnah? Lalu siapa lelaki yang dikatakan bersama anti tempoh hari?” tanya Nadzirah kepada Wardah setelah dilihatnya keadaan Wardah sedikit tenang.

“Lelaki itu abang ana. Dia baru sahaja pulang dari New Zealand. Sudah lima tahun ana tidak bertemu dengannya. Dia bukan kekasih ana seperti yang didakwa oleh orang lain” jelas Wardah sambil air matanya terus menitis.

“Ooo…abang anti? Jadi bagaimana boleh timbul isu ini?” aju Nadzirah lagi.

“Ana tidak tahu Nadzirah. Ana tidak tahu. Mungkin ada orang cemburu dengan ana. Ada yang mengkhabarkan kepada ana bahawa ada yang tidak senang hati setelah ana memenangi pertandingan pidato dua bulan lepas” rintih Wardah kepada sahabatnya itu.

“Ya Allah, siapa yang berhati busuk ni? Sabar Wardah. Jangan pernah mengalah dengan ujian ini. Ana tahu anti berada di pihak yang benar. Usah takut duhai sahabat. Allah sentiasa bersama orang yang benar” pujuk Nadzirah. Hatinya pilu apabila sahabatnya difitnah sebegitu rupa. Tidak tahukah mereka bahawa dosa memfitnah itu lebih besar daripada dosa membunuh?

*****

“Assalamualaikum warahmatullah semua. Alhamdulillah kerana kita semua dapat berkumpul lagi pada minggu ini. Seperti biasa, kita baca surah Al-Fatihah terlebih dahulu untuk mendapat keberkatan daripada Ilahi” tutur Nuzul.

“Apa khabar semua? Sihat? Afifah, bagaimanakah keadaan anti? Sudah sembuh sepenuhnya?” tanya Nuzul kepada Afifah.

“Alhamdulillah Kak Nuzul. Ana sudah sihat sepenuhnya. Syukran atas doanya, sahabat”lembut bicaranya.

“Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang berkuasa menyembuhkan segala jenis penyakit. Hmm…sebelum akak membuka topik pada minggu ini, kalian ada apa-apa soalan atau masalah yang ingin dikongsi bersama?” pertanyaan diaju kepada adik-adik usrahnya.

“Akak, ana ada pertanyaan yang ingin ana tujukan kepada Wardah. Wardah, benarkah apa yang difitnah kepada anti?” soalan yang terbuku di hati diluahkan Aqilah. Wardah tertunduk mendengar soalan itu. Dia malu dengan fitnah yang dilemparkan kepadanya.

“Hmm…ana difitnah. Lelaki itu bukan kekasih ana. Dia abang ana. Dia baru saja pulang dari New Zealand. Ana minta maaf. Disebabkan ana seorang, habis kalian dipandang sinis. Maafkan ana” air matanya menitis di pipi mulusnya ketika memberi penjelasan itu.

Aqilah memeluk sahabatnya itu. “maafkan ana jika soalan ana melukakan hati anti. Maafkan ana sahabat” bisik Aqilah di telinga Wardah. Terbit rasa menyesal di hati Aqilah. Namun, kata-kata itu tidak dapat ditarik balik. Masa tak mungkin dapat diundur.

*****

Hari-hari yang mendatang dilalui dengan tenang. Segala pandangan jelik dan cercaan dihadapinya dengan tenang. Lama-kelamaan, fitnah yang dihamburkan kepadanya kian dilupakan. Sehingga kini, dia tidak tahu siapa yang menimbulkan fitnah terhadap dirinya. Biarlah, dia tidak mahu menyimpan dendam di hatinya. Dendam hanya membuatkan dirinya menjadi seorang yang pemarah. Wardah semakin tabah menghadapi dugaan hidup. Dia tidak cepat melenting lagi apabila difitnah oleh orang yang cemburu melihat kejayaannya.

Wardah tahu, dia perlu terus berjalan tanpa henti, tanpa berpaling ke belakang lagi dalam hidup ini. Hidup tetap perlu dilalui biarpun dilanda badai dunia.

“Umi, kakak lapar la. Nak makan nasi?” suara anak kecil itu menghentikan lamunannya. Segala kenangan manis dan pahit tersimpan erat di kotak mindanya. Pintanya kepada Ilahi, agar persahabatan yang disulami itu terus kekal hingga ke syurga.

‘Ya Allah, hanya kepada-Mu hamba berserah, hanya kepada-Mu tempat hamba berlindung daripada segala fitnah dunia. Jadikan aku seorang hamba yang cekal dan tabah dalam meghadapi ujian daripada-Mu. Kekalkan ukhuwah yang terjalin antara aku dan sahabatku. Amin Ya Rabbal A’lamin” doa Wardah di dalam hatinya.

BERJALAN TANPA HENTI- PART 1

Umat Islam harus cemerlang

Hari ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa

Siapa kata kita tidak boleh

Kita ada Allah Maha Kuasa

Kita punya kusa tenaga

Doa sebagai senjata

Umat Islam sentiasa boleh

Lagu Menuju Wawasan nyanyian Unic terpacul laju di bibirnya. Wardah selalu begitu. Membuat tugasan sambil menyanyi lagu-lagu nasyid kegemarannya.

“Woi! Menyanyi saja kerja anti ni. Tak pun mengelamun”, sapa Nadzirah mesra.

“Astaghfirullahal’azim. Terkejut ana. Lain kali sebelum masuk bilik, bagi salam dulu. Ini tak, main terjah saja. Kalau ana mati sakit jantung macam mana? Anti nak bertanggungjawab?” marah Wardah.

“Maafkan ana. Ana tak sengaja. Lain kali ana dah tak buat macam itu lagi” jawab Nadzirah sayu. Dia lantas membuka tudung labuhnya lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi di meja belajarnya itu. Tingkap di hadapan meja itu dibuka agar bayu dingin masuk membelai diri. Tangannya pula laju membuka komputer riba dan terus mendaftar masuk ke laman sosial ‘facebook’.

‘Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah kami memperolokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka. Kemudian pada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang telah mereka lakukan. (surah Al-An’am, ayat 10)’

Status sahabat di ‘facebook’nya itu dibaca penuh teliti.

‘Hmm…budak-budak sekarang ini, bukannya kira sangat hukum-hakam agama. Tahu bercakap ikut sedap mulut sahaja. Hina agama lain la, hina itu la, ini la. Kalau orang lain hina Islam tahu pulak marah. Ish ish ish’ gumam hatinya sendirian.

Setelah 40 minit mengadap komputer riba jenama Acernya, matanya yang bundar itu mulai kuyu. Dia mengambil keputusan untuk tidur. Dia melihat ke arah Wardah yang sedang baring di atas katil sambil membaca buku Murabbi Cinta karya Ustaz Hasrizal. Wardah yang menyedari dirinya diperhatikan lantas membuka bicara.

“Nazdirah, ana minta maaf kerana marah anti tadi. ‘Mood’ ana tak berapa baik” bicara Wardah kepada temannya itu.


“Tak apa. Ana faham. Eh, esok ada program usrah dengan Kak Nuzul bukan?”aju Nadzirah kepada Wardah.

“Ya. Tadi Kak Nuzul sudah hantar sms kepada ana. Katanya usrah esok bermula pada pukul 9.00 pagi di Pondok Hidayah. Tak sabar rasanya nak jumpa dengan sahabat yang lain. Asyik mengadap muka anti saja. Bosan betul! Haha” ketawa dua sahabat itu meledak memecah kesunyian malam.

“Haha. Sampai hati anti cakap macam tu kepada ana. Eh, ana dah nak tidur ni. Mengantuk la.” balas Nadzirah mesra. Perbualan dua sahabat karib itu terhenti di situ. Nadzirah mengatur langkah menuju ke tandas untuk mengambil wuduk. Selesai sahaja mengambil wuduk, dia menghenyakkan tubuh lesunya di atas tempat beradunya. Ayat Kursi, surah 3 Qul, zikir dan selawat membasahi bibirnya sebelum dia lena dibuai mimpi.

*****

“Assalamualaikum warahmatullah semua. Sebelum kita memulakan sesi usrah pada hari ini, mari kita baca Surah Al-Fatihah dahulu sebagai pembuka majlis ilmu ini” kata Nuzul lembut.

Semua yang ada di situ diam seketika, tanda khusyuk menghayati Surah Al-Fatihah yang merupakan ummul kitab. Hati-hati yang tenang itu kembali menumpukan perhatian kepada naqibah mereka, Nuzul.

“Eh, kenapa ada sembilan orang sahaja? Mana lagi seorang? Erm…Afifah mana? Dia tidak datangkah? Dia sakitkah?” soal Nuzul. Matanya dan adik-adik usrahnya tertumpu ke arah Iffah, teman sebilik Afifah. Afifah hanya tertunduk.

“Hmm..ana tidak tahu. Katanya pening. Jadi ana suruh Afifah berehat sahaja di bilik” jawab Afifah kepada mata-mata yang asyik merenungnya tajam.

“Tapi minggu lepas pun dia tidak datang. Betulkah dia sakit? Atau anti sengaja berbohong?” tuduh Aqilah membuta tuli.

“Astaghfirullahal’azim Aqilah. Tak baik anti bersangka buruk terhadap Iffah. Tahukah anti bersangka buruk itu merupakan sebahagian daripada dosa?” nasihat Nuzul berhikmah. Sungguh, setiap bicaranya ibarat permata. Terlalu bernilai di telinga sang pendengar.

“Maafkan ana Iffah. Bolehkah kami ke bilik anti untuk melawat Afifah?” tanya Aqilah sopan kepada Iffah.

“Erm…bukannya ana tidak mengizinkan tapi Afifah sudah berpesan kepada ana agar tidak mengizinkan orang lain memasuki ke bilik kami selain daripada ana. Maafkan ana, sahabat” balas Iffah lembut.

“Tak apalah kalau begitu. Untuk sesi usrah kali ini, akak nak membuka topik tentang kewafatan Nabi Muhammad SAW memandangkan Maulidur Rasul akan tiba tidak lama lagi. Nabi Muhammad, junjungan mulia umat Islam wafat setelah baginda telah menyempurnakan ajaran Islam yang suci ini. Siapa tahu detik-detik terakhir baginda?” aju Nuzul sambil memandang ke arah adik-adik usrahnya.

“Ana. Sewaktu kematiannya semakin menghampiri, Malaikat Izrail telah diutuskan untuk mengambil nyawanya. Malaikat Izrail datang dalam rupa orang arab badwi. Ketika Izrail bertanya sama ada baginda mengizinkannya untuk mengambil rohnya, maka baginda mengizinkannya. Ketika roh Nabi Muhammad sampai di dadanya, Malaikat Izrail memalingkan mukanya daripada baginda. Lalu baginda bertanya kepada Izrail ‘mengapa engkau memalingkan wajahmu?’, lalu jawab Izrail ‘siapakah yang sanggup melihat wajahmu yang berada dalam kesakitan maut ya Muhammad?’. Lantas Muhammad berkata ‘beritahu aku berita yang menggembirakan’, Izrail pun berkata ‘Allah tidak akan membenarkan nabi-nabi lain memasuki syurga mendahului dirimu’, sambung Izrail lagi ’Allah akan mendahulukan umatmu untuk memasuki syurga berbanding dengan umat lain’. Lalu, lapanglah hati Nabi Muhammad SAW” henti Zahra di situ.

“Terima kasih Zahra atas penjelasan yang panjang lebar. Lihat, betapa sayangnya Rasulullah SAW terhadap umatnya. Tapi kita sayang tak?? Kalau sayang, apa yang telah kita lakukan untuk membuktikan kasih kita kepada baginda? Sekadar diam?” soal Nuzul.

“Kita perlulah sentiasa membasahi lidah dengan alunan ayat Al-Quran dan juga selawat di samping menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah” jawab Iffah laju.

“Betul tu Iffah. Jangan hanya mengucapkan cinta di mulut. Tapi di hati kosong. Jadinya, kesimpulan untuk topik kali ini apa?” aju Nuzul lagi.

“Kesimpulannya, kita perlu menyemai rasa cinta terhadap Rasulullah. Rasulullah terlalu mencintai umatnya, sehinggakan saat kematian hampir tiba, mulutnya menyebut-nyebut ‘ummati’. Sesungguhnya, tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintai Rasulullah melebihi segala yang ada di dunia, ibubapanya, isteri atau suaminya, bahkan melebihi dirinya sendiri” jawab Aqilah bernas.

Selepas berbincang mengenai topik kewafatan baginda Rasulullah SAW, mereka menyambung pula sesi usrah mengenai masalah masing-masing. Setiap masalah yang dihadapi akan diselesaikan bersama-sama. Melalui cara inilah, ukhwah yang sedia erat dipereratkan lagi. Setelah jam memasuki 1.00 tengah hari, masing-masing meminta diri. Ada yang berhasrat menuju ke masjid untuk menunaikan solat fardhu Zohor berjemaah. Namun, ada juga yang menuju ke kedai makan berdekatan untuk mengisi perut yang menyanyi-nyanyi riang minta diisi.

*****

“Ya Allah, kurusnya anti. Anti tak makan ke? Nak ana tolong belikan makanan?” tanya Iffah simpati.

“Eh, tak usah la Iffah. Menyusahkan anti saja. Ana tidak berapa lalu nak telan makanan. Ana asyik pening saja,”adu Afifah kepada teman sebiliknya.

“Ana rasa anti ni ada penyakit. Anti patut ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut,” cadang Iffah.

“Hm…ana rasa esok ana hendak ke hospital. Boleh anti temankan? Tapi kalau anti ada hal lain, ana tidak memaksa” balas Afifah.

“Boleh saja. Lagi pun ada tiada hal lain esok. Anti kan kawan ana? Sudah pasti ana dengan lapang dada akan menemani anti” jawab Iffah dengan senyuman. Dia sukar sekali hendak menolak pelawaan sahabatnya. Apatah lagi pelawaan Afifah, sahabatnya yang kelihatan begitu tidak bermaya.

*****

Thursday, February 16, 2012

HARI TERAKHIR

assalamualaikum..


ape kkhabar kalian?? ape khabar awak? apa khabar kamu?? dan mereka? moga dalam keadaan sihat.. lama sudah tangan ini tidak menari-nari di atas keyboard yang lembut macam bantal kapas. huh!!! rindu!!!


ape cerita terbaru?? as the title above, HARI TERAKHIR!!!! hari terakhir?? untuk ape?? jeng jeng jeng

**

**

**

**

**

**

**
hari terakhir di smk puteri!! terakhir kalinya kaki ini melangkah di sebuah sekolah yang berdiri megah di bandar kota bharu. di sini aku memulakan langkah sebagai seorang remaja. di sini aku mula mengenali cita dan cinta. ops!!! cinta?? ye la, cinta kepada guru, cinta kepada sahabat. kan???


smk puteri akan tetap dalam kenangan. segala kenangan akan ku kunci kemas di hati juga minda.


teringat lagi masa mula2 masuk di smk puteri. masa tu, sorang kawan pun takde. cuma aku sendirian. perlahan-lahan, ukhwah mula dijalin. perlahan-lahan, diri cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru.


aku melihat orang lain pergi, meninggalkan kami di sini. dan kini, aku yang akan meninggalkan mereka.


YA ALLAH, restui perjalananku.



p/s : minggu depan sudah ke sekolah baru,... berdebar la pulop weyh!!!

Friday, January 27, 2012

ITULAH ADD MATH...


assalamualaikum wbt...


sejak akhir2 ni, banyak betul kerja sekolah yang cikgu bagi. tambah2 musim cuti ni. fuhh!! lagi la kuat kena dera. tangan jadi lenguh. jari jemari pun semakin hari, semakin longlai.

salah satu kerja sekolah tu ialah add math atau matematik tambahan. ya ALLAH, punye lah susah. betul2 mengajar erti kesabaran. berkali-kali ku mencuba, namun gagal. setiap kali cuba, mesti dapat jawapan yang berbeza-beza. hampir sejam wat satu soalan. tapi jawapan yang saya dapat tak sama dengan jawapan yang buku tu bagi.


mula2 tu, buat soalan senang. tapi still nak kena tanya2 orang lain. tapi at least boleh buat. masa masuk je part susah tu, memang terus blur.


so, add math ni bagi saya lebih kurang dengan hidup kita. kadang2, ade ujian yang kecik. kita boleh atasi dengan bantuan orang lain. tapi kadang2, ALLAH bagi ujian yang besar. bukannye kita tak mampu atasi, tapi memerlukan usaha yang lebih.


pernah dengar tak satu kata2 ni " sesuatu masalah akan menjadi satu masalah apabila ia dianggap sebagai masalah"..berbelit sikit kata2 tu. tapi apa yang dapat saya simpulkan, jangan lah kita anggap masalah tu sebagai beban. cuba atasi dengan menganggap masalah sebagai satu cara mendidik diri ke arah lebih baik.


masalah tu sebenarnya ADD MATH dalem kehidupan.

Sunday, January 22, 2012

PERJALANAN MASIH JAUH


assalamualaikum...


untuk entry kali ni, saya nak bahasakn sesiapa yang baca post ni sebagai 'awak'


pernahkah awak rasa sangat2 down dalam hidup ni walau sekali pun? mesti pernah kan? masa tu ape yang awak buat eh? menangis puas2 sampai bengkak mata? meraung macam orang tak betul?? atau lempar bantal??


walaupun awak pernah down sangat2, tapi awak pernah kan happy sangat2? apa yang awak buat? cuma senyum sampai ke telinga? atau sekadar buat tak tau??


hakikatnya, hidup ini adil. ada masa kita gembira. adakalanya kita diberi ujian.


adakalanya ALLAH makbulkan doa kita. adakalanya tidak. bukan ALLAH tidak mendengar doa awak. cuma DIA tau ape yang terbaik untuk awak. ade la tu hikmhanya. mungkin awak tak mampu nak 'lihat' hikmahnya, tapi ketahuilah, segala perancangan yang telah dibuat adalah yang terbaik untuk awak. awak kan percaya yang ALLAH tu MAHA PENYAYANG? kan kan kan?

PERJALAN awak MASIH JAUH. banyak lagi yang awak perlu tempuh. ia akan terhenti di satu titik KEMATIAN sama ada awak bersedia atau pun tak.


peringatan untuk saya dan juga awak, kita punye satu jalan cerita yang misteri. yang tak tahu bila akan berakhir. mungkin esk, atau pun esok. jalani ia dengan seadanya.

Saturday, January 14, 2012

REVIEW PENDAPAT : MANA LAGI CANTIK?

ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAH HIWABARAKATUH...


hihi...ape khabar? sihat? alhamdulillah...untuk entry kali ni, saya nak tunjukkan pendapat2 yang orang lain tulis kat group yang saya buat kat mfb iaitu ' hooded woman more beautiful than woman who are not covered'. untuk gambar yang lebih besar, sila klik kat gambar tu ye.







Tuesday, January 10, 2012

PUTERI?

assalamualaikum warohmatullah hiwabarakatuh


alhamdulillah, persekolahan berjalan dengan lancar. sedar tak sedar, dah 6 hari saya bersekolah. untuk form 4 ni, saya ambik aliran sc. nak kata susah tu, rasanya terlalu awal untuk menilainya. ye la, belajar tak sampai sebulan lagi. over all, ok je.


dah namanya awal tahun, memang banyak la mesyuarat agung kan. ni lah part yang tak berapa saya nak suka. tapi terima je la. dah namanya peraturan kan.


pemilihan calon berjalan dengan lancar. tapi yang saya tak berapa berkenan, apabila pencalon2 memilih calon dengan niat mengenakan mereka. atau dalam bahasa yang lebih mudah "ngenak". bukankah pemimpin itu perlu dipilih dengan sebaiknya? bukannye orang yang hanya diam tanpa melakukan tanggungjawab yang sepatutnya. tidak takutkah kalian jika ditanya tentang amanah di hadapan tuhan?


dan sekali lagi agak kecewa, apabila ada segelintir student yang tak reti2 nak hormat cikgu. masa loceng tak berbunyi lagi, budak2 yang sudah tua dan lebih tua daripada saya sudah kalot2 nak balik. sedangkan masa tu, cikgu dah bagi arahan, tapi bukannye dorang dengar. cuma buat tak tahu aje. huh! macam mana nak berkat belajar? ni la orang cakap, ade otak tak nak guna. ade telinga tak nak dengar. kalau ALLAH tarik nikmat tu semua, macam mana? nak salahkan TUHAN? usah salahkan PENCIPTAMU, salahkan dirimu yang sememangnya tak tahu nak gunakan nikmat.


budak2 puteri dan sekolah lain, sedarlah, hidup tak lama. nanti, dah mati la. understand???

Saturday, January 7, 2012

RIBA : RANCANGAN GEREJA VATICAN?

assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh..


agak lama juga blog ni menyepi. salah satu faktornya adalah disebabkan otak yang agak kosong, line internet pula kurang elok dan semakin sibuk dengan rutin sebagai budak sekolah.


saya mulakan entry kali ni dengan maksud ayat 278-281 surah al-baqarah.

Dinar-Emas.COM: http://www.dinar-emas.com/vaticans.html#ixzz1ijX0MmDT
Dapatkan Dinar Emas Anda Yang Pertama Di http://www.dinarmas.com

Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahwa Allah dan Rasulnya akan memerangimu.Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba),maka bagimu pokok hartamu;kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya.

Surah Al-Baqarah: Ayat 278 ~ 281



semua tau kan riba tu ape? riba ni macam rasuah, duit kopi dan yang sewaktu dengannya la kan. menurut satu artikel ni, riba ni telah dirancangkan oleh gereja vatican. kesahihannya saya sendiri pun tak tahu.


riba ni boleh memusnahkan umat islam sebenarnya. mungkin bukan dari segi fizikal, tapi dalam hati. kalau dah terbiasa buat riba2 ni, lama2 kita akan menganggap riba tu bukan satu dosa yang besar.


lebih kurang macam seseorang yang dah terbiasa tidak menutup aurat. adakah mereka menganggap perbuatan itu sebagai satu kesilapan yang besar? tak kan? kalau dorang sendiri tahu itu dosa besar, dah semestinya dorang akan tutup cepat2.


berbalik kepada topik asal, korang rasa boleh percaya ke tak? saya sendiri 50-50. kalau teringin nak baca artikel tu, boleh klik sini


saya dah buat satu lagi post pasal artikel ni sebelum ini. sila klik sini untuk membaca antry tersebut.

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...