Tuesday, December 6, 2011

JADIKAN FB 'MILIK KITA'


assalamualaikum...


ada apa dengan status? status sebagai orang kaya? kerabat raja? atau pelajar top kat sekolah? atau...single, married or something else? cop3!! sebelum saya mulakan post kali ni(eh, post dah mula ni), saya cuma nak cakap, ni bukannya status yang tu. tapi ni status kita yang kat FB, MFB, dan yang sebagainya la kan. tak larat nak nulis la.


macam2 kan style orang tulis status ni. ade yang dop update 1 minit skali. ade yang dok cakap bukan2. dok lempar fitnah. macam2 la ada.


fikir sejenak..

kita dalam kategori mana? adakah yang suka lempar fitnah? atau pun yang suka cakap benda bukan2?

contohnya ---> ish, aku benci la die tu. dah la suke mencuri. suka fitnah pulak tu. aku rasa nak bunuh je budak tu.grr..geram!!


atau..yang selalu update status yang 'baik2'? maksudnya suci daripada fitnah. atau mencaci sesuka hati?

contohnya ---> jom solat zohor dulu, azan zohor dah masok ni.


kita dalam kategori mana agaknya? yang bawah tu? kalau macam tu, alhamdulillah.


awak tau tak, daripada status kita tu, orang dah boleh agak kita ni macam mana? kalau orang lain anggap awak nih jenis yang tak bermoral, awak marah kan? tapi kenapa nak marah? awak yang buat dorang fikir awak macam tu kan?


awak rasa hak awak nak update ape2 pun sebab tu FB awak? hak awak? oh tolong!!! kena ingat, fb tu hak semua. tak malu ke? kalau awak tak nak orang baca status awak, apa kata tak payah update ape2. kalau rasa nak update jugak, awak buat la satu 'fb' ciptaan sendiri. dan jangan lupa, make sure cuma awak yang boleh tengok 'fb' awak tu. hah! silakan update 'fb' awak tu sekerap mungkin dengan apa saje kata2.


so, kawan, jom la kita update status yang mengajak ke arah kebaikan. mungkin fb tu milik yahudi. tapi kita boleh jadikan fb sebagai 'milik kita'. sentiasa lah menggunakan perkataan yang baik. mana la tau kan, kalau dengan status kita tu, ada non-muslim tertarik dengan ISLAM. itu kan dakwah? bukankah kita hidup untuk mencari redha ALLAH? insyaALLAH dengan cara tu, ALLAH akan redha terhadap kita.


p/s --> maaf jika agak terkasar bahasa dalam post kali ni.

No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...