Thursday, December 1, 2011

DI SEBALIK HOLY WATER

assalamualaikum...


hah!!! kenal tak holy water? tau tak ape holy water?? mesti tau kan? holy water ni sebenarnya air suci dalam agama kristian. air ni sebenarnya air biasa je. tapi telah disembahyangkan oleh paderi kristian(kalau salah, tolong perbetulkan ye)..


selalunya, kalau kita dengar pasal holy water ni, mesti teringat pasal kes orang ISLAM yang dimurtadkan kan? ramai yang mendakwa bahawa mereka telah terminum air holy water tanpa disedari. lalu, termurtadlah mereka itu.


SATU KENYATAAN


tau tak, holy water ni sebenarnya bukan untuk diminum? tau tak? sebenarnya, holy water ni untuk pembaptisan bayi dan juga 'saudara baru' kristian. jadi macam mana mereka yang dimurtadkan nih boleh minum?


sebenarnya, saya ada terbaca dalam satu buku tentang perdebatan antara paderi kristian dan juga ulamak islam. dan dalam buku tu, ada jugak diceritakan tentang holy water. kata paderi kristian ini, holy water bukan untuk diminum. orang yang menggunakan holy water untuk menjadikan orang lain masok kristian sebenarnya telah menyalahgunakan holy water.


pernah dengar tak pasal orang yang macam tak boleh mengucap dua kalimah syahadah selepas minum holy water ni? berkemungkinan mereka telah minum holy water yang telah dijampi. kerana menurut paderi itu, holy water ialah air yang disembahyang. bukan yang dijampi segala bagai ni.


hah! sudah tau tentang holy water? hakikatnya, orang yang dok menjual holy water tuh sendiri, telah menyimpang jauh dari agama mereka sendiri. jadi, apa guna kita nak gi masok agama lain sedangkan agama kita itu SYUMUL!!! perfect dah!! tak de yang perlu diubah.


dan akhir sekali, alhamdulillah, paderi yang berdebat dengan ulamak ISLAM itu telah pun memeluk agama ISLAM. mereka mengakui kebenaran agama ISLAM dan mragui agama lama yang mereka anuti itu. HIDAYAH ITU MILIK ALLAH.

No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...