Tuesday, December 27, 2011

CERITA HARI KEPUTUSAN PMR DIUMUMKAN

assalamualaikum...


untuk post kali ni, saya nak citer pasal hari keputusan pmr tu diumumkan. hari ni antara hari yang paling dinantikan bagi student2 pmr la kan.


malam sebelum nak pergi ambil result pmr tu, memang tak berapa nak lelap tidor. mata mengantok, tapi otak tak berhenti berfikir. jantung pulak berdegup kencang. fuh!!!


keesokan paginya, sangat2 excited la nak pergi sekolah. at the same time, sangat lah berdebar2 jugak. so, sebelum pergi ambik result, saya ambik wudhu' dulu dan buat solat hajat dulu. moga2 saya redha dengan apa je keputusan pmr kalau reuslt tu tak seperti yang saya inginkan.


lepas tu, before saya ambik result, saya gi makan roti tempayan dulu dengan family. kedai tu dekat je dengan sekolah saya. siap je makan, teros suruh abah pergi hantar ke sekolah.


masa pergi sekolah tu, sorang pun kawan saya tak sampai lagi. ops!! nak kata saya datang awal sangat tu, tak de la. sebab saya pegi sekolah pun dalam pukul 10 lebih dah kan. so, dorang lewat la kan? he3..


setelah lebih kurang 30 minit kat sekolah. cg rosnah panggil la saya, then, cg cakap, saya dapat straight a. masa tu, memang berbunga hati ni. tapi tak berapa nak percaya sangat. sebab saya nak tengok slip dulu. but, saya still call ummi saya. cis!!! rupanya umi+abah+abang saya dah tau result tu masa kitorang tengah sarapan pagi sebab kawan abah saya dah check result saya.


kemudian, salam pukul 11 lebih macam tu, ustazah noridah dengan cikgu majidah tiba di sekolah mambawa slip keputusan kami. erk, berdebar la pulop kan. mata tertumpu ke arah cikgu dan ustazah.


and finally, alhamdulillah, saya dapat 8A. saya sendiri tak yakin yang saya boleh dapat 8A sebab saya rasa macam tak cukup je usaha saya selama ni. tambah2, saya tak berapa nak serius belajar masa form2.


ape2 pun, alhamdulillah, ini adalah rezeki daripada ALLAH yang telah tertulis buat saya.


saya nak ucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang banyak melaburkan wang, masa dan macam2 la untuk saya. tak lupa juga kepada adik beradik yang memberikan saya ruang untuk belajar dengan selesa di rumah. yang paling penting, terima kasih kepada guru2 saya di tadika homalee, sk penambang dan smk puteri. mereka yang banyak mencurahkan ilmu sehingga saya mampu menggapai impian saya.


akhir sekali, terima kasih buat sahabat2 sekelas saya, sahabat2 di sk penambang, dan juga beberapa kawan kat mfb yang teman saya stadi malam2 sambil kita meseg2 tu. at least, tak de la mengantok sangat kan??


ALHAMDULILLAH


p/s : lupa nak ucapkan terima kasih kepada follower blog saya yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya untuk terus bersemangat di medan ini.

No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...