Saturday, December 3, 2011

BINATANG PUN SAYANG ANAK MANUSIA

assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh..


tadi, saya dah tertengok satu rancangan 'caught on camera'. rancangan omputeh tu pasal binatang. dorang tunjuk video je. ade la beberapa video yang saya sangat suka. video tuh menunjukkan nilai kasih sayang yang ada pada binatang.


VIDEO 1 ~> GORILLA SELAMATKAN KANAK2



ni kisah pasal gorilla. gorilla ni diberi nama binti jua. saya lupa apa maksud nama gorilla tu. tapi, tak kisah la kan?


kisah nye lebih kurang macam ni. masa tuh, ramai sangat orang yang berhampiran dengan kandang gorilla kat zoo. budak2 pun ramai kat situ. then, ada la sorang budak yang terlebih excited. umo die dalam 3tahun macam tu. punye lah syok berjalan, sampai budak tu jatuh dalam kandang gorilla. then, budak tuh pun pengsan. maybe tinggi kot.


lepas tu, tak inagt ape yang jadi. tapi last sekali, ada la sekor gorilla iaitu binti jua ni, pegang budak tu. ya ALLAH, die pangku budak tu macam cara manusia pangku budak. memang terharu la tengok cara binti jua tu. die sendiri ada rasa kasih sayang.


VIDEO 2 ~> KERBAU DAPATKAN ANAKNYA

video nih pulak pasal kerbau. kisahnya gini, ada la satu kawanan kerbau. masa tuh, ada beberapa ekor kerbau dewasa yang berjalan2. dorang berada di depan. dan kebetulan pulak, ada singa dekat2 situ. kerbau tu tak perasan pun ada singa dekat2 situ.


ketika kerbau semakin hampir dengan singa, die pun terperasan dengan kehadiran singa tu. so, apa lagi, PECUT LA!!! tapi singa tuh lari punye la laju. singa tuh bijak tau. die tak serang kerbau dewasa. tapi die serang 'baby' kerbau. kan 'baby' tu lemah. so, agak senang la kan nak serang.


kejap je, singa tuh dah dapat terkam 'baby' kerbau tu. kat situ, ada sungai. so, singa jatuhkan kerbau tu dalam air. lepas tu, ada lah pulak sekor buaya yang datang berebut kerbau dengan singa. dalam beberapa minit, buaya tu pun mengalah. then, singa tu pun wat naik kerbau tu. singa tu bukan sorang2. ade dalam lebih kurang 4 ekor.


masa singa nak makan anak kerbau. tetibe je, kawanan kerbau tadi, datang balik. maybe die tak puas hati kot. kerbau tu kan besar. lepas tu, salah sekor kerbau tadi gi serang singa. sekor singa lari. tapi ada lagi yang dok kerumun 'baby' kerbau tu. lepas tu, depa pakat serang singa tu. apa lagi, lari la singa tu. tak sempat nak makan 'baby' kerbau yang empuk tu! 'baby' kerbau tuh hidup lagi tau. sihat2 je. masyaALLAH. HEBAT kan ALLAH??

*****

apa yang saya nak cakap kat sini ialah berkenaan dengan kasih sayang. kenapa binatang boleh sayang anak2 dorang? tapi kenapa manusia tak leh nak sayang anak dorang? manusia ada akal, tapi binatang? ade ke? adakah kita dah jadi macam...perlukah saya kata macam binatang? kerana binatang pun sayang anak. macam iblis? terlalu kasar kah?


ahh! kalian ada akal bukan? so, pikir la sendiri. binatang pun ada 'akhlak' yang boleh dipuji. MANUSIA??

No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...