Saturday, December 31, 2011

BACK TO SCHOOL~


assalamualaikum..


alhamdulillah..setelah sekian lama budak2 sekolah bercuti, kini mereka kembali menyerang sekolah dengan pakaian baru, alat2 tulis yang baru dan harapnya perangai juga mampu diperbaharui ke arah yang lebih baik agar nanti tidak memeningkan cikgu baru mahupun cikgu lama. keh3, ape ntah saya merepek ni.


yang paling gembira setelah sekolah dibuka, pastinya budak2 darjah satu kan. sebab dorang tahun pertama nak merasai suasana persekolah yang disulami dengan kemanisan dan kepahitan. ade lagi insan yang gembira, iaitu budak2 tingkatan 5 dan tingkatan 6 atas. maklum lah, busak2 lain pergi sekolah, dorang pulak cuma melihat dari jauh. huh! tak sabar nak nantikan saat itu.


yang paling nervous, budak2 upsr, pmr, spm, stam dan stpm...pastinya tahun mendatang penuh dengan kelas tambahan, tuisyen lagi, tak termasok dengan kerja sekolah lagi. dan jangan harap la korang nak berhoneymoon kalau ade cuti penggal. sure punye kena dera terok2 dengam cikgu2 yang semestinya berdedikasi.


dan saya? pastinya excited nak sekolah..erk? haha. maklumlah, dapat masuk form 4 ni. rasa macam dah besar pulak. tak lama lagi, dah SPM kan? excited dengan subjek baru yang pastinya lebih mencabar. insyaALLAH, saya akan memilih aliran sc.


ape2 pun, pesanan saya kepada saya sendiri dan juga sahabat sekalian, kutiplah ilmu yang bertebaran. jangan pernah angkuh dengan ilmu yang kita ada. ilmu kita tu ciputttttttt sangat tau. kalau kita tau ilmu kedoktoran, tak semestinya kita tak ilmu kejuruteraan kan? kalau kita tau dua2 pun, tak semestinya kita tahu macam mana nak buat rumah kan? sungguh, ALLAH itu AMAT LUAS ILMU PENGETAHUANNYA.


dan satu lagi 'wasiat' terakhir, sesibuk mana pun kita nanti dengan pelajaran, jangan lupa belek2 'buku cinta' kita. buku cinta tu al-quran la. eh, bukan sekadar belek, tapi baca jugak. kalau tak faham, ringan-ringankan tangan tengok tafsiran jika berkesempatan.


LAST SEKALI, selamat kembali ke sekolah. BACK TO SCHOOL!

No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...