Saturday, December 31, 2011

BACK TO SCHOOL~


assalamualaikum..


alhamdulillah..setelah sekian lama budak2 sekolah bercuti, kini mereka kembali menyerang sekolah dengan pakaian baru, alat2 tulis yang baru dan harapnya perangai juga mampu diperbaharui ke arah yang lebih baik agar nanti tidak memeningkan cikgu baru mahupun cikgu lama. keh3, ape ntah saya merepek ni.


yang paling gembira setelah sekolah dibuka, pastinya budak2 darjah satu kan. sebab dorang tahun pertama nak merasai suasana persekolah yang disulami dengan kemanisan dan kepahitan. ade lagi insan yang gembira, iaitu budak2 tingkatan 5 dan tingkatan 6 atas. maklum lah, busak2 lain pergi sekolah, dorang pulak cuma melihat dari jauh. huh! tak sabar nak nantikan saat itu.


yang paling nervous, budak2 upsr, pmr, spm, stam dan stpm...pastinya tahun mendatang penuh dengan kelas tambahan, tuisyen lagi, tak termasok dengan kerja sekolah lagi. dan jangan harap la korang nak berhoneymoon kalau ade cuti penggal. sure punye kena dera terok2 dengam cikgu2 yang semestinya berdedikasi.


dan saya? pastinya excited nak sekolah..erk? haha. maklumlah, dapat masuk form 4 ni. rasa macam dah besar pulak. tak lama lagi, dah SPM kan? excited dengan subjek baru yang pastinya lebih mencabar. insyaALLAH, saya akan memilih aliran sc.


ape2 pun, pesanan saya kepada saya sendiri dan juga sahabat sekalian, kutiplah ilmu yang bertebaran. jangan pernah angkuh dengan ilmu yang kita ada. ilmu kita tu ciputttttttt sangat tau. kalau kita tau ilmu kedoktoran, tak semestinya kita tak ilmu kejuruteraan kan? kalau kita tau dua2 pun, tak semestinya kita tahu macam mana nak buat rumah kan? sungguh, ALLAH itu AMAT LUAS ILMU PENGETAHUANNYA.


dan satu lagi 'wasiat' terakhir, sesibuk mana pun kita nanti dengan pelajaran, jangan lupa belek2 'buku cinta' kita. buku cinta tu al-quran la. eh, bukan sekadar belek, tapi baca jugak. kalau tak faham, ringan-ringankan tangan tengok tafsiran jika berkesempatan.


LAST SEKALI, selamat kembali ke sekolah. BACK TO SCHOOL!

Tuesday, December 27, 2011

CERITA HARI KEPUTUSAN PMR DIUMUMKAN

assalamualaikum...


untuk post kali ni, saya nak citer pasal hari keputusan pmr tu diumumkan. hari ni antara hari yang paling dinantikan bagi student2 pmr la kan.


malam sebelum nak pergi ambil result pmr tu, memang tak berapa nak lelap tidor. mata mengantok, tapi otak tak berhenti berfikir. jantung pulak berdegup kencang. fuh!!!


keesokan paginya, sangat2 excited la nak pergi sekolah. at the same time, sangat lah berdebar2 jugak. so, sebelum pergi ambik result, saya ambik wudhu' dulu dan buat solat hajat dulu. moga2 saya redha dengan apa je keputusan pmr kalau reuslt tu tak seperti yang saya inginkan.


lepas tu, before saya ambik result, saya gi makan roti tempayan dulu dengan family. kedai tu dekat je dengan sekolah saya. siap je makan, teros suruh abah pergi hantar ke sekolah.


masa pergi sekolah tu, sorang pun kawan saya tak sampai lagi. ops!! nak kata saya datang awal sangat tu, tak de la. sebab saya pegi sekolah pun dalam pukul 10 lebih dah kan. so, dorang lewat la kan? he3..


setelah lebih kurang 30 minit kat sekolah. cg rosnah panggil la saya, then, cg cakap, saya dapat straight a. masa tu, memang berbunga hati ni. tapi tak berapa nak percaya sangat. sebab saya nak tengok slip dulu. but, saya still call ummi saya. cis!!! rupanya umi+abah+abang saya dah tau result tu masa kitorang tengah sarapan pagi sebab kawan abah saya dah check result saya.


kemudian, salam pukul 11 lebih macam tu, ustazah noridah dengan cikgu majidah tiba di sekolah mambawa slip keputusan kami. erk, berdebar la pulop kan. mata tertumpu ke arah cikgu dan ustazah.


and finally, alhamdulillah, saya dapat 8A. saya sendiri tak yakin yang saya boleh dapat 8A sebab saya rasa macam tak cukup je usaha saya selama ni. tambah2, saya tak berapa nak serius belajar masa form2.


ape2 pun, alhamdulillah, ini adalah rezeki daripada ALLAH yang telah tertulis buat saya.


saya nak ucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang banyak melaburkan wang, masa dan macam2 la untuk saya. tak lupa juga kepada adik beradik yang memberikan saya ruang untuk belajar dengan selesa di rumah. yang paling penting, terima kasih kepada guru2 saya di tadika homalee, sk penambang dan smk puteri. mereka yang banyak mencurahkan ilmu sehingga saya mampu menggapai impian saya.


akhir sekali, terima kasih buat sahabat2 sekelas saya, sahabat2 di sk penambang, dan juga beberapa kawan kat mfb yang teman saya stadi malam2 sambil kita meseg2 tu. at least, tak de la mengantok sangat kan??


ALHAMDULILLAH


p/s : lupa nak ucapkan terima kasih kepada follower blog saya yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya untuk terus bersemangat di medan ini.

Sunday, December 25, 2011

MARUAH WANITA DIINJAK OLEH WANITA ITU SENDIRI

assalamualaikum...


lama betol kan saya tak update blog ni kan..maklumlah, bizi sikit(cewah, padahal xde idea nak taip). haha..pasal result pmr saya, alhamdulillah. dapat la jugak ciput2 kan. ape2 pun, rezeki tu ALLAH yang bagi. terima seadanya je.


back to the topic, pasal perempuan ni. aish, topik pasal perempuan memang tak akan habis. baru2 ni, saya ada lah terbaca satu artikel, fuh!! punye lah panjang, nak dekat 2jam baru la habis. tapi apa yang buat saya tertarik ialah pasal paderi tu cakap yang wanita islam ni sebenarnya BODOH!


oh no!! tapi kadang2, kalau kita berfikir sejenak, memang betol jugak apa yang paderi tu cakap. sebabnya, paderi tu cakap, nabi muhammad saw bertungkus lumus mengangkat martabat wanita, tapi kenapa wanita islam hari ni senang2 je nak jatohkan balik?


macam mana nak jatohkan ye? dengan cara aurat yang terdedah, pergaulan yang bebas, dan macam2 lagi la kan. ALLAH dan NABI suruh kita tutup aurat tu sebab nak jaga maruah kita. tapi kenapa kita senang2 nak jatuhkan?


alahai muslimah, fikir la balik. takkan kita nak lupakan jasa nabi dan para sahabat? sampai ada yang mati syahid mempertahankan agama kita, tapi kita yang memperlekehkannya. herm..


p/s : pesanan untuk diri sendiri jugak.

Monday, December 12, 2011

I LOVE U, SAYANG

assalamualaikum wbt...


'i love u'~sayang awak ketat2~ aishiteru~...erk, ape2 je la kan. ramai betol kan suka lafazkan benda2 cam gitu kat boyfriend dorang. huh!!


untuk entry kali ni, saya nak suggest, korang tolong la simpan dulu perkataan2 tu sampai tiba masanya. bila masanya ye? nanti korang kawen k.



ROMANTIK ITU SUNNAH..

Ahah! yes! romantik itu sunnah. nabi pun romantik gak. tapi romantiknye bertempat. nabi romantik dengan isteri2 die je. kita? romantik dengan suami/isteri kah? tak kan? kalo nak beromantik dengan boyfriend or girlfriend ke, STOP IT la. tak de gunanya pun. membazir ayaq liur korang je tau.


kalau asyik dok cakap 'I LABIU' , lama2 kan, hilang la bisa kata2 tu. kita dah takkan rasa betapa besarnya kalimah tu.


cuba baca status sahabat saya kat mfb ni..


kata2 kali pertama adalah yang paling terkesan di hati. tapi jika kita dah biasa ungkapkan "sayang", "rindu", "cinta" kepada ramai orang sebelmum masanya, bimbang value "sayang" dan "cinta" itu sedikit demi sedikit hilang, tidak lagi bermakna.
hanya terlafaz di bibir, tapi tidak di hati.


kita selalu bermain kata, berjanji setia, tapi sayang diluah pada yang belum kita empunya. bila terlalu banyak diluah, akhirnya kata-kata pun hilang kemanisannya untuk diluahkan untuk kali yang seterusnya. jadi, luah pada yang berhak. bukan pada yang bukan hak. simpan kata manismu untuk si dia yang halal untuk kamu cintai!♥♥♥



kalau rasa nak cakap kat sahabat2, saya rasa tak salah kalau sahabat tu sejantina dengan kita. tapi tetap ada batasnya bukan? jangan sampai timbul perasaan yang bukan2 sudah la. ha3. kalau sahabat tu lain2 jantina, alahai! usah dibicarakan lagi. anda sendiri tau bukan?


PENGUMUMAN TAMBAHAN : mfb telah berubah wajah. semakin memeningkan diri ini



Tuesday, December 6, 2011

JADIKAN FB 'MILIK KITA'


assalamualaikum...


ada apa dengan status? status sebagai orang kaya? kerabat raja? atau pelajar top kat sekolah? atau...single, married or something else? cop3!! sebelum saya mulakan post kali ni(eh, post dah mula ni), saya cuma nak cakap, ni bukannya status yang tu. tapi ni status kita yang kat FB, MFB, dan yang sebagainya la kan. tak larat nak nulis la.


macam2 kan style orang tulis status ni. ade yang dop update 1 minit skali. ade yang dok cakap bukan2. dok lempar fitnah. macam2 la ada.


fikir sejenak..

kita dalam kategori mana? adakah yang suka lempar fitnah? atau pun yang suka cakap benda bukan2?

contohnya ---> ish, aku benci la die tu. dah la suke mencuri. suka fitnah pulak tu. aku rasa nak bunuh je budak tu.grr..geram!!


atau..yang selalu update status yang 'baik2'? maksudnya suci daripada fitnah. atau mencaci sesuka hati?

contohnya ---> jom solat zohor dulu, azan zohor dah masok ni.


kita dalam kategori mana agaknya? yang bawah tu? kalau macam tu, alhamdulillah.


awak tau tak, daripada status kita tu, orang dah boleh agak kita ni macam mana? kalau orang lain anggap awak nih jenis yang tak bermoral, awak marah kan? tapi kenapa nak marah? awak yang buat dorang fikir awak macam tu kan?


awak rasa hak awak nak update ape2 pun sebab tu FB awak? hak awak? oh tolong!!! kena ingat, fb tu hak semua. tak malu ke? kalau awak tak nak orang baca status awak, apa kata tak payah update ape2. kalau rasa nak update jugak, awak buat la satu 'fb' ciptaan sendiri. dan jangan lupa, make sure cuma awak yang boleh tengok 'fb' awak tu. hah! silakan update 'fb' awak tu sekerap mungkin dengan apa saje kata2.


so, kawan, jom la kita update status yang mengajak ke arah kebaikan. mungkin fb tu milik yahudi. tapi kita boleh jadikan fb sebagai 'milik kita'. sentiasa lah menggunakan perkataan yang baik. mana la tau kan, kalau dengan status kita tu, ada non-muslim tertarik dengan ISLAM. itu kan dakwah? bukankah kita hidup untuk mencari redha ALLAH? insyaALLAH dengan cara tu, ALLAH akan redha terhadap kita.


p/s --> maaf jika agak terkasar bahasa dalam post kali ni.

Saturday, December 3, 2011

BINATANG PUN SAYANG ANAK MANUSIA

assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh..


tadi, saya dah tertengok satu rancangan 'caught on camera'. rancangan omputeh tu pasal binatang. dorang tunjuk video je. ade la beberapa video yang saya sangat suka. video tuh menunjukkan nilai kasih sayang yang ada pada binatang.


VIDEO 1 ~> GORILLA SELAMATKAN KANAK2



ni kisah pasal gorilla. gorilla ni diberi nama binti jua. saya lupa apa maksud nama gorilla tu. tapi, tak kisah la kan?


kisah nye lebih kurang macam ni. masa tuh, ramai sangat orang yang berhampiran dengan kandang gorilla kat zoo. budak2 pun ramai kat situ. then, ada la sorang budak yang terlebih excited. umo die dalam 3tahun macam tu. punye lah syok berjalan, sampai budak tu jatuh dalam kandang gorilla. then, budak tuh pun pengsan. maybe tinggi kot.


lepas tu, tak inagt ape yang jadi. tapi last sekali, ada la sekor gorilla iaitu binti jua ni, pegang budak tu. ya ALLAH, die pangku budak tu macam cara manusia pangku budak. memang terharu la tengok cara binti jua tu. die sendiri ada rasa kasih sayang.


VIDEO 2 ~> KERBAU DAPATKAN ANAKNYA

video nih pulak pasal kerbau. kisahnya gini, ada la satu kawanan kerbau. masa tuh, ada beberapa ekor kerbau dewasa yang berjalan2. dorang berada di depan. dan kebetulan pulak, ada singa dekat2 situ. kerbau tu tak perasan pun ada singa dekat2 situ.


ketika kerbau semakin hampir dengan singa, die pun terperasan dengan kehadiran singa tu. so, apa lagi, PECUT LA!!! tapi singa tuh lari punye la laju. singa tuh bijak tau. die tak serang kerbau dewasa. tapi die serang 'baby' kerbau. kan 'baby' tu lemah. so, agak senang la kan nak serang.


kejap je, singa tuh dah dapat terkam 'baby' kerbau tu. kat situ, ada sungai. so, singa jatuhkan kerbau tu dalam air. lepas tu, ada lah pulak sekor buaya yang datang berebut kerbau dengan singa. dalam beberapa minit, buaya tu pun mengalah. then, singa tu pun wat naik kerbau tu. singa tu bukan sorang2. ade dalam lebih kurang 4 ekor.


masa singa nak makan anak kerbau. tetibe je, kawanan kerbau tadi, datang balik. maybe die tak puas hati kot. kerbau tu kan besar. lepas tu, salah sekor kerbau tadi gi serang singa. sekor singa lari. tapi ada lagi yang dok kerumun 'baby' kerbau tu. lepas tu, depa pakat serang singa tu. apa lagi, lari la singa tu. tak sempat nak makan 'baby' kerbau yang empuk tu! 'baby' kerbau tuh hidup lagi tau. sihat2 je. masyaALLAH. HEBAT kan ALLAH??

*****

apa yang saya nak cakap kat sini ialah berkenaan dengan kasih sayang. kenapa binatang boleh sayang anak2 dorang? tapi kenapa manusia tak leh nak sayang anak dorang? manusia ada akal, tapi binatang? ade ke? adakah kita dah jadi macam...perlukah saya kata macam binatang? kerana binatang pun sayang anak. macam iblis? terlalu kasar kah?


ahh! kalian ada akal bukan? so, pikir la sendiri. binatang pun ada 'akhlak' yang boleh dipuji. MANUSIA??

Thursday, December 1, 2011

DI SEBALIK HOLY WATER

assalamualaikum...


hah!!! kenal tak holy water? tau tak ape holy water?? mesti tau kan? holy water ni sebenarnya air suci dalam agama kristian. air ni sebenarnya air biasa je. tapi telah disembahyangkan oleh paderi kristian(kalau salah, tolong perbetulkan ye)..


selalunya, kalau kita dengar pasal holy water ni, mesti teringat pasal kes orang ISLAM yang dimurtadkan kan? ramai yang mendakwa bahawa mereka telah terminum air holy water tanpa disedari. lalu, termurtadlah mereka itu.


SATU KENYATAAN


tau tak, holy water ni sebenarnya bukan untuk diminum? tau tak? sebenarnya, holy water ni untuk pembaptisan bayi dan juga 'saudara baru' kristian. jadi macam mana mereka yang dimurtadkan nih boleh minum?


sebenarnya, saya ada terbaca dalam satu buku tentang perdebatan antara paderi kristian dan juga ulamak islam. dan dalam buku tu, ada jugak diceritakan tentang holy water. kata paderi kristian ini, holy water bukan untuk diminum. orang yang menggunakan holy water untuk menjadikan orang lain masok kristian sebenarnya telah menyalahgunakan holy water.


pernah dengar tak pasal orang yang macam tak boleh mengucap dua kalimah syahadah selepas minum holy water ni? berkemungkinan mereka telah minum holy water yang telah dijampi. kerana menurut paderi itu, holy water ialah air yang disembahyang. bukan yang dijampi segala bagai ni.


hah! sudah tau tentang holy water? hakikatnya, orang yang dok menjual holy water tuh sendiri, telah menyimpang jauh dari agama mereka sendiri. jadi, apa guna kita nak gi masok agama lain sedangkan agama kita itu SYUMUL!!! perfect dah!! tak de yang perlu diubah.


dan akhir sekali, alhamdulillah, paderi yang berdebat dengan ulamak ISLAM itu telah pun memeluk agama ISLAM. mereka mengakui kebenaran agama ISLAM dan mragui agama lama yang mereka anuti itu. HIDAYAH ITU MILIK ALLAH.

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...