Monday, November 28, 2011

NIKMAT YANG DIBERI LAGI - kisah hp hilang

assalamualaikum...


satu kisah sedih telah berlaku dalam hidup saya. (erk, sedih sangat ke?)


AL-KISAHNYA


pada tarikh 23/11/2011, saya bertolak ke kl dari kb dan tiba dalam jam 12 lebih macam tu. sampai je, macam biase la kan. teros ke ruang untuk ambik bag kita tu kan. dan masa tu jugak, saya menyeluk tangan ke dalam poket jubah saya. dan zrapp!!! "mna hp aku?" memang masa tuh agak kalut2 sikit. mana tak kalutnya, hp tuh sangat penting walaupun buruk je. banyak contact kawan2 kan. so, masa tu terus je g kat 'lost and found'. lama jugak nak tunggu petugas tu cari. tapi sabar.dan....akhirnya, die memberi jawapan yang mengecewakan " sorry dik, memang tak jumpa. saya dah cari ngan crew tadi. tapi tak jumpa. sorry"


masa tu, rasa macam nak nangis aje. tapi tahan je. then, umi kol guna hp mak sdara saya. dan bermulalah dialog antara saya dan umi. masa cakap tuh, memang rasa nak nangis je. then, bercucuran air mata jatuh. sampai memang dah tak boleh nak cakap je. lepas tu, kebetulan, zohor dah masok. so, gi la solat dulu. tenangkan fikiran dulu. lega la kejap kan.


kemudian, masa nak check-in baggage untuk bertolak ke KK, sekali lagi umi kol. alahai air mata, nak jatuh pulak la. umi pun cakap "tak pe la kakak. kalau ade rezeki, nanti jumpa la hp tu balik. kalau takde, tak pe. nanti balik kb, kita pikir macam mana."


rasa sangat sunyi menyelubungi diri kat KK. tapi sabar je la.


dan hari ni, bertolaklah kami pulang dari KK. masa sampai kat LCCT. macam biasa, umi still kol jugak melalui hp mak sdara saya. kemudian, mintak tolong sepupu saya tuh, gi kat lost and found. tolong carikan hp saya. dan...alhamdulillah. dah jumpa balik. tersenyum lebar la tadi kat LCCT. sms punyelah banyak. rasanya lebih 20 masok. miskol lagi. aiyak! ni la tinggalkan hp lama2 kan.


pengajaran kisah saya tu :

kalau ALLAH nak tarik nikmat yang DIA bagi kat kita, sekejap je. sekelip mata je. ALLAH baru uji saya sikit. tapi rasa macam dah lemah longlai. itu cuma hilang hp. bukan hilang....ape2 je la kan. tapi ALHAMDULILLAH, ALLAH bagi balik hp saya. ape2 pun, terima kasih ALLAH yang mendengar rintihan hatiku.


INGAT!!! ALLAH mampu lakukan ape2 je. ALLAH itu MAHA BESAR!!!

1 comment:

Nysa Airy said...

Alhamdulillah...jumpa juga balik...sama macam kes akak hilang kad matrik dulu...Allah nak tarik nikmat kita bila2 je...semoga kita semua menjadi hambaNya yang bersyukur...Insya Allah

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...