Tuesday, November 15, 2011

HINGGA HUJUNG NYAWA

“aku terima nikahnya, Nur Humairah binti Hamdan dengan mas kahwin sebanyak RM50 tunai” dengan sekali lafaz saja, humairah sah bergelar isteri aku.

Perlahan-lahan aku menuju ke arah Humairah, yang ayu berjubah putih dengan tudung labuhnya. Ku kucup dahinya sambil mengucapkan syukur kepada YANG ESA, kerana mengurniakan seorang isteri sebaik Humairah. Ku lihat air matanya mengalir terharunya mengalir perlahan di pipi mulusnya


**********

“ya ALLAH, letihnya hari ni. Ramai betul kan yang datang tadi? Ramai sangat rupanya saudara sayang ni. Tu tak termasuk dengan kawan abah ngan mama. Ramai betul. Tapi happy. Ye la, kita kawen sekali je. Tapi kalau sayang nak abang kahwin 4 kali pun, abang tak kisah” gurau aku dengan Humairah.

“hah? Abang nak kahwin lagi? Sampai hati abang tau.” Rajuk Humairah.

“ish, ayang ni. Tak kan la abang sanggup menduakan sayang. Cuma ayang je ratu di hati abang ni. Sampai bila-bila. Abang gurau je” ku rangkul erat pinggang Humairah. Humairah hanya tersenyum malu diperlakukan sebegitu.

“ ish, abang, lepas la. Umai nak gi mandi ni. Abang dah mandi ke belum?”

“belum la. Jom kita mandi sama-sama “aku mengenyitkan mataku kepada Humairah.

“ish..mengarut la abang ni. Dah la. Abang gi mandi dulu. Pastu Umai gi mandi. Nanti kita solat maghrib ngan family Umai sekali. Mesti abah dengan yang lain dah tunggu. Dah nak dekat maghrib ni bang”

“ok2. Abang mandi jap. Tak leh ke nak mandi sekali? Haha”

Humairah hanya menjeling manja ke arahku. Argh! Tampak begitu manja dimataku.


**********

“Arman, abah nak kamu jadi imam solat hari ni. Selalunya abah yang jadi imam solat.”aju abah kepada aku.

“ok abah” aku terima sahaja tawaran abah.

Allahu akbar. Masing-masing khusyuk menyembah ALLAH YANG MAHA BERKUASA. Seluruh tumpuan ditumpukan kepada solat. Makmum menurut segala perbuatan imam. Patuh, tanpa ade sesiapa yang mendahului imam.

“assalamualaikum warohmatullah. assalamualaikum warohmatullah.” Alhamdulillah. Selesai juga ibadat kami. Sementara menunggu waktu isyak, aku dan keluarga membaca surah yassin secara berjemaah demi menggapai redho ILAHI.

“Azan dah masuk ni. Erm, abah nak Arman jadi imam pulak ke? Atau abah nak jadi imam?”

“kamu lah yang jadi imam. Abah jadi makmum je”

“baiklah kalau macam tu”

Sekali lagi kami beribadat. Ibadat wajib terakhir sebelum hari ini berakhir. Isyak melengkapkan 5 waktu solat pada setiap hari.

Usai solat isyak, kami semua bersalam. Humairah menghampiri aku, lalu menghulurkan tangannya untuk bersalam denganku. Ku sambut huluran tangannya. Lantas mengucupnya. Lama…sungguh, aku tenang saat melihat wajah bersihnya.

“bang. Dah la tu. Malu la mak ngan abah tengok”kata-kata Humairah membuatkanku tersedar. Ku lihat abah, emak, dan adik beradik humairah tersenyum memandang kami. Argh!! Buat apa nak malu? Bukankah humairah isteri aku? Aku punye suka la.


**********

5 BULAN SETERUSNYA.

“Uwerk, uwerk” humairah muntah pada pagi itu. Ku lihat tubuhnya tidak bermaya. Mungkin agak letih memandangkan sejak malam tadi lagi aku lihat dia muntah.

“Umai, ok ke sayang ni? Kita gi klinik ye? Risau la abang tengok ayang ni. Dari semalam lagi muntah.” Sungguh, aku begitu risau melihat keadaannya.

“insyaALLAH Umai ok bang. Ala, tak payah pergi klinik la. Makan ubat tahan muntah je la. Nanti berhenti la muntahnya. Bukannya teruk sangat pun”

“ish Umai ni. Abang tak kira. Kita kena gi klinik jugak. Abang risau la tengok keadaan Umai macam ni. Kalau Umai berdegil tak nak pegi. Abang dukung Umai sampai masuk dalam kereta” bicara aku dengan serius.

“hahaha. Mengarut la abang ni. Ok la. Kita gi klinik kejap lagi.”


**********

“tahniah, isteri encik mengandung” aku merafa’kan syukur kepada PEMILIK NYAWA. Ku peluk erat isteriku. Memang aku gembira bukan kepalang lagi.

“ish abang ni. Malu la doktor siti tuh tengok” perlahan-lahan aku lepaskan pelukan ku. Doctor siti tersenyum melihatku. Humairah tunduk sambil membelai perutnya. Air mata syukurnya mengalir. Lalu, ku seka dengan tanganku.

Hari ni, humairah mendapat mc. Aku pula perlu ke pejabat. Ku hantar humairah ke rumah terlebih dahulu.

“abang nak, umai jaga baby kita baik-baik. Jangan buat kerja rumah sangat. Makanan pun, nanti abang yang belikan kat kedai. Umai tak payah memasak la. Nanti abang yang akan hantar umai pegi kerja. Atau pun, umai nak ambik cuti bergaji? Hah, elok jugak tu.”

“ala abang ni. Umai bukan buat kerja berat pun. Umai boleh la masak. Drive pon boleh. Umai baru je pregnant 2bulan la bang. Bukannye 10 bulan”

“ade ke pregnant 10 bulan? Abang tak pernah dengar pun? Setahu abang, pregnant setakat 9bulan 10 hari je kan?”

“hahaha. Abang ni lawak la. Memang la takde pregnant 10 bulan. Umai gurau je la bang”

“Hahaha. Pandai isteri abang ni buat lawak ye?” ku cubit hidungnya manja. Humairah tertawa manja.


**********

Perut humairah kini sarat. Sudah 7 bulan humairah mengandung. Membawa permata hati kami ke mana jua. Tidak pernah sekali pun humairah merungut dengan keadaanya.

“sayang, larat ke bawak baby tu?”

“insyaALLAH larat bang. Tak de la berat sangat baby ni.”

“Ye ke larat? Abang tengok umai macam tak larat je. Jalan pun dah slow je. Meh abang tolong bawak baby tu. Hehehe”

“hahaha. Nak ke abang bawak baby ni? Kalau umai boleh suruh abang bawak kejap. Tak pe la jugak. Ni mana boleh. Ape la abang ni. Tak logic langsung tau”

“hahaha. Sayang tau tak, abang bahagia sangat ada isteri macam sayang ni.”

“Alhamdulillah. Selagi umai hidup, umai akan bahagiakan hidup abang. Syurga seorang isteri terletak pada telapak kaki suaminya. Jadi syurga umai terletak pada tapak kaki abang”

“he3. Tak sabar la pulak nak tunggu baby nih keluar. Mesti comel kan? Macam ayang la”

“ada-ada je abang ni”


**********

“argh, abang. Sakitnye perut ni” rungut umai pada malam itu. Jam sudah menunjukkan waktu 2 pagi. Malam begitu pekat disinari cahaya bulan yang cantik mengambang.

“umai dah nak bersalin ke? Tapi kan due bersalin lambat lagi kan? Lagi dua minggu kan?” Tanya ku pada umai.

“umai tak tahu bang. Argh!!! Sakit. Ya ALLAH, sakitnye. Abang, jom pegi hospital sekarang jugak.”

“ok3. Cepat3. Salin baju” aku membantu isteriku menukar bajunya. Aku lantas membawa humairah menuju ke kereta sambil memapahnya. Ku dengar humairah tak henti-henti berzikir.

Deruman kereta myvi ku memecah kesunyian malam. Aku bawa kereta dengan selaju mungkin. Sambil-sambil itu, aku mengerling kea rah humairah. Peluh menintis di pipinya. Ku lihat mukanya yang putih itu kemerahan menahan kesakitan sambil mulut tak henti berzikir. Samnil memandu kereta, aku mengenggam erat tanganya sekali-sekali. Memberi kekuatan buat si isteri.

Sampai sahaja di hospital, aku memapahnya keluar dari kereta. Nurse yang bertugas membawa kerusi roda. Ku tolak kerusi humairah dengan sepantas mugkin menuju ke ruang bersalin.

Sebelum humairah masuk ke bilik bersalin, aku menugucupnya lama. Entah mengapa, aku tidak sedap hati. Satu perasaan yang….argh! aneh untuk aku jelaskan.


**********

“Tahniah encik. Bayi perempuan encik selamat dilahirkan. Tapi…” kata-kata doctor alya terhenti di situ. Hatiku mula berasa tidak sedap.

“tapi apa doctor?” asak aku kepada doctor alya.

“maafkan kami. Kami tak dapat selamatkan isteri encik. Tekanan darahnya tiba-tiba meningkat dengan mendadak. Dan..isteri encik telah meninggal. Maafkan kami.” Doctor alya berlalu dengan wajah muram.

“innalillahiwainnailaihirojiun” lafaz ku mati di situ. Aku terduduk. Air mata ku mengalir laju. Tak dapat diseka. Aku terduduk bersandar di dinding hospital itu. Pahit sungguh kenyataan itu. Air mataku terus sahaja mengalir. Tidak mampu aku tahan. Semakin aku cuba tahan, semakin deras ia mengalir. Ibarat hujan lebat.


**********

“abi, jom la main sama-sama.” Lamunanku terhenti saat mendengar rengekan manja puteri kesayanganku, nur sumayyah humairah yang kini berusia 3 tahun.

Lantas, aku memeluknya erat. Tak sanggup lagi rasanya kehilangan orang yang tersayang. Wajah sumayyah yang mirip benar dengan ibunya mengingatkan aku kepada humairah.

Sumayyah meronta-ronta kecil. Minta dilepaskan. Air mataku mengalir lagi.

“abi, kenapa abi nangis? Umai buat salah ke?” keletah manjanya menghiburakan aku.

“tak lah. Mana ada abi nangis. Ada habuk masuk mata abi tadi” ku seka air mataku.

‘Humairah, sayang akan sentiasa di hati abang. Tiada sesiapun yang mampu mengganti tempat sayang di hati abang. Kenangan bersama sayang selama 1 tahun tak akan dapat abang lupakan walaupun mungkin satu hari nanti, abang akan berkahwin lagi. Abang janji, akan didik permata hati kita dengan sebaiknya’ monolog aku di dalam hati.

2 comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...