Monday, November 28, 2011

NIKMAT YANG DIBERI LAGI - kisah hp hilang

assalamualaikum...


satu kisah sedih telah berlaku dalam hidup saya. (erk, sedih sangat ke?)


AL-KISAHNYA


pada tarikh 23/11/2011, saya bertolak ke kl dari kb dan tiba dalam jam 12 lebih macam tu. sampai je, macam biase la kan. teros ke ruang untuk ambik bag kita tu kan. dan masa tu jugak, saya menyeluk tangan ke dalam poket jubah saya. dan zrapp!!! "mna hp aku?" memang masa tuh agak kalut2 sikit. mana tak kalutnya, hp tuh sangat penting walaupun buruk je. banyak contact kawan2 kan. so, masa tu terus je g kat 'lost and found'. lama jugak nak tunggu petugas tu cari. tapi sabar.dan....akhirnya, die memberi jawapan yang mengecewakan " sorry dik, memang tak jumpa. saya dah cari ngan crew tadi. tapi tak jumpa. sorry"


masa tu, rasa macam nak nangis aje. tapi tahan je. then, umi kol guna hp mak sdara saya. dan bermulalah dialog antara saya dan umi. masa cakap tuh, memang rasa nak nangis je. then, bercucuran air mata jatuh. sampai memang dah tak boleh nak cakap je. lepas tu, kebetulan, zohor dah masok. so, gi la solat dulu. tenangkan fikiran dulu. lega la kejap kan.


kemudian, masa nak check-in baggage untuk bertolak ke KK, sekali lagi umi kol. alahai air mata, nak jatuh pulak la. umi pun cakap "tak pe la kakak. kalau ade rezeki, nanti jumpa la hp tu balik. kalau takde, tak pe. nanti balik kb, kita pikir macam mana."


rasa sangat sunyi menyelubungi diri kat KK. tapi sabar je la.


dan hari ni, bertolaklah kami pulang dari KK. masa sampai kat LCCT. macam biasa, umi still kol jugak melalui hp mak sdara saya. kemudian, mintak tolong sepupu saya tuh, gi kat lost and found. tolong carikan hp saya. dan...alhamdulillah. dah jumpa balik. tersenyum lebar la tadi kat LCCT. sms punyelah banyak. rasanya lebih 20 masok. miskol lagi. aiyak! ni la tinggalkan hp lama2 kan.


pengajaran kisah saya tu :

kalau ALLAH nak tarik nikmat yang DIA bagi kat kita, sekejap je. sekelip mata je. ALLAH baru uji saya sikit. tapi rasa macam dah lemah longlai. itu cuma hilang hp. bukan hilang....ape2 je la kan. tapi ALHAMDULILLAH, ALLAH bagi balik hp saya. ape2 pun, terima kasih ALLAH yang mendengar rintihan hatiku.


INGAT!!! ALLAH mampu lakukan ape2 je. ALLAH itu MAHA BESAR!!!

Tuesday, November 15, 2011

HINGGA HUJUNG NYAWA

“aku terima nikahnya, Nur Humairah binti Hamdan dengan mas kahwin sebanyak RM50 tunai” dengan sekali lafaz saja, humairah sah bergelar isteri aku.

Perlahan-lahan aku menuju ke arah Humairah, yang ayu berjubah putih dengan tudung labuhnya. Ku kucup dahinya sambil mengucapkan syukur kepada YANG ESA, kerana mengurniakan seorang isteri sebaik Humairah. Ku lihat air matanya mengalir terharunya mengalir perlahan di pipi mulusnya


**********

“ya ALLAH, letihnya hari ni. Ramai betul kan yang datang tadi? Ramai sangat rupanya saudara sayang ni. Tu tak termasuk dengan kawan abah ngan mama. Ramai betul. Tapi happy. Ye la, kita kawen sekali je. Tapi kalau sayang nak abang kahwin 4 kali pun, abang tak kisah” gurau aku dengan Humairah.

“hah? Abang nak kahwin lagi? Sampai hati abang tau.” Rajuk Humairah.

“ish, ayang ni. Tak kan la abang sanggup menduakan sayang. Cuma ayang je ratu di hati abang ni. Sampai bila-bila. Abang gurau je” ku rangkul erat pinggang Humairah. Humairah hanya tersenyum malu diperlakukan sebegitu.

“ ish, abang, lepas la. Umai nak gi mandi ni. Abang dah mandi ke belum?”

“belum la. Jom kita mandi sama-sama “aku mengenyitkan mataku kepada Humairah.

“ish..mengarut la abang ni. Dah la. Abang gi mandi dulu. Pastu Umai gi mandi. Nanti kita solat maghrib ngan family Umai sekali. Mesti abah dengan yang lain dah tunggu. Dah nak dekat maghrib ni bang”

“ok2. Abang mandi jap. Tak leh ke nak mandi sekali? Haha”

Humairah hanya menjeling manja ke arahku. Argh! Tampak begitu manja dimataku.


**********

“Arman, abah nak kamu jadi imam solat hari ni. Selalunya abah yang jadi imam solat.”aju abah kepada aku.

“ok abah” aku terima sahaja tawaran abah.

Allahu akbar. Masing-masing khusyuk menyembah ALLAH YANG MAHA BERKUASA. Seluruh tumpuan ditumpukan kepada solat. Makmum menurut segala perbuatan imam. Patuh, tanpa ade sesiapa yang mendahului imam.

“assalamualaikum warohmatullah. assalamualaikum warohmatullah.” Alhamdulillah. Selesai juga ibadat kami. Sementara menunggu waktu isyak, aku dan keluarga membaca surah yassin secara berjemaah demi menggapai redho ILAHI.

“Azan dah masuk ni. Erm, abah nak Arman jadi imam pulak ke? Atau abah nak jadi imam?”

“kamu lah yang jadi imam. Abah jadi makmum je”

“baiklah kalau macam tu”

Sekali lagi kami beribadat. Ibadat wajib terakhir sebelum hari ini berakhir. Isyak melengkapkan 5 waktu solat pada setiap hari.

Usai solat isyak, kami semua bersalam. Humairah menghampiri aku, lalu menghulurkan tangannya untuk bersalam denganku. Ku sambut huluran tangannya. Lantas mengucupnya. Lama…sungguh, aku tenang saat melihat wajah bersihnya.

“bang. Dah la tu. Malu la mak ngan abah tengok”kata-kata Humairah membuatkanku tersedar. Ku lihat abah, emak, dan adik beradik humairah tersenyum memandang kami. Argh!! Buat apa nak malu? Bukankah humairah isteri aku? Aku punye suka la.


**********

5 BULAN SETERUSNYA.

“Uwerk, uwerk” humairah muntah pada pagi itu. Ku lihat tubuhnya tidak bermaya. Mungkin agak letih memandangkan sejak malam tadi lagi aku lihat dia muntah.

“Umai, ok ke sayang ni? Kita gi klinik ye? Risau la abang tengok ayang ni. Dari semalam lagi muntah.” Sungguh, aku begitu risau melihat keadaannya.

“insyaALLAH Umai ok bang. Ala, tak payah pergi klinik la. Makan ubat tahan muntah je la. Nanti berhenti la muntahnya. Bukannya teruk sangat pun”

“ish Umai ni. Abang tak kira. Kita kena gi klinik jugak. Abang risau la tengok keadaan Umai macam ni. Kalau Umai berdegil tak nak pegi. Abang dukung Umai sampai masuk dalam kereta” bicara aku dengan serius.

“hahaha. Mengarut la abang ni. Ok la. Kita gi klinik kejap lagi.”


**********

“tahniah, isteri encik mengandung” aku merafa’kan syukur kepada PEMILIK NYAWA. Ku peluk erat isteriku. Memang aku gembira bukan kepalang lagi.

“ish abang ni. Malu la doktor siti tuh tengok” perlahan-lahan aku lepaskan pelukan ku. Doctor siti tersenyum melihatku. Humairah tunduk sambil membelai perutnya. Air mata syukurnya mengalir. Lalu, ku seka dengan tanganku.

Hari ni, humairah mendapat mc. Aku pula perlu ke pejabat. Ku hantar humairah ke rumah terlebih dahulu.

“abang nak, umai jaga baby kita baik-baik. Jangan buat kerja rumah sangat. Makanan pun, nanti abang yang belikan kat kedai. Umai tak payah memasak la. Nanti abang yang akan hantar umai pegi kerja. Atau pun, umai nak ambik cuti bergaji? Hah, elok jugak tu.”

“ala abang ni. Umai bukan buat kerja berat pun. Umai boleh la masak. Drive pon boleh. Umai baru je pregnant 2bulan la bang. Bukannye 10 bulan”

“ade ke pregnant 10 bulan? Abang tak pernah dengar pun? Setahu abang, pregnant setakat 9bulan 10 hari je kan?”

“hahaha. Abang ni lawak la. Memang la takde pregnant 10 bulan. Umai gurau je la bang”

“Hahaha. Pandai isteri abang ni buat lawak ye?” ku cubit hidungnya manja. Humairah tertawa manja.


**********

Perut humairah kini sarat. Sudah 7 bulan humairah mengandung. Membawa permata hati kami ke mana jua. Tidak pernah sekali pun humairah merungut dengan keadaanya.

“sayang, larat ke bawak baby tu?”

“insyaALLAH larat bang. Tak de la berat sangat baby ni.”

“Ye ke larat? Abang tengok umai macam tak larat je. Jalan pun dah slow je. Meh abang tolong bawak baby tu. Hehehe”

“hahaha. Nak ke abang bawak baby ni? Kalau umai boleh suruh abang bawak kejap. Tak pe la jugak. Ni mana boleh. Ape la abang ni. Tak logic langsung tau”

“hahaha. Sayang tau tak, abang bahagia sangat ada isteri macam sayang ni.”

“Alhamdulillah. Selagi umai hidup, umai akan bahagiakan hidup abang. Syurga seorang isteri terletak pada telapak kaki suaminya. Jadi syurga umai terletak pada tapak kaki abang”

“he3. Tak sabar la pulak nak tunggu baby nih keluar. Mesti comel kan? Macam ayang la”

“ada-ada je abang ni”


**********

“argh, abang. Sakitnye perut ni” rungut umai pada malam itu. Jam sudah menunjukkan waktu 2 pagi. Malam begitu pekat disinari cahaya bulan yang cantik mengambang.

“umai dah nak bersalin ke? Tapi kan due bersalin lambat lagi kan? Lagi dua minggu kan?” Tanya ku pada umai.

“umai tak tahu bang. Argh!!! Sakit. Ya ALLAH, sakitnye. Abang, jom pegi hospital sekarang jugak.”

“ok3. Cepat3. Salin baju” aku membantu isteriku menukar bajunya. Aku lantas membawa humairah menuju ke kereta sambil memapahnya. Ku dengar humairah tak henti-henti berzikir.

Deruman kereta myvi ku memecah kesunyian malam. Aku bawa kereta dengan selaju mungkin. Sambil-sambil itu, aku mengerling kea rah humairah. Peluh menintis di pipinya. Ku lihat mukanya yang putih itu kemerahan menahan kesakitan sambil mulut tak henti berzikir. Samnil memandu kereta, aku mengenggam erat tanganya sekali-sekali. Memberi kekuatan buat si isteri.

Sampai sahaja di hospital, aku memapahnya keluar dari kereta. Nurse yang bertugas membawa kerusi roda. Ku tolak kerusi humairah dengan sepantas mugkin menuju ke ruang bersalin.

Sebelum humairah masuk ke bilik bersalin, aku menugucupnya lama. Entah mengapa, aku tidak sedap hati. Satu perasaan yang….argh! aneh untuk aku jelaskan.


**********

“Tahniah encik. Bayi perempuan encik selamat dilahirkan. Tapi…” kata-kata doctor alya terhenti di situ. Hatiku mula berasa tidak sedap.

“tapi apa doctor?” asak aku kepada doctor alya.

“maafkan kami. Kami tak dapat selamatkan isteri encik. Tekanan darahnya tiba-tiba meningkat dengan mendadak. Dan..isteri encik telah meninggal. Maafkan kami.” Doctor alya berlalu dengan wajah muram.

“innalillahiwainnailaihirojiun” lafaz ku mati di situ. Aku terduduk. Air mata ku mengalir laju. Tak dapat diseka. Aku terduduk bersandar di dinding hospital itu. Pahit sungguh kenyataan itu. Air mataku terus sahaja mengalir. Tidak mampu aku tahan. Semakin aku cuba tahan, semakin deras ia mengalir. Ibarat hujan lebat.


**********

“abi, jom la main sama-sama.” Lamunanku terhenti saat mendengar rengekan manja puteri kesayanganku, nur sumayyah humairah yang kini berusia 3 tahun.

Lantas, aku memeluknya erat. Tak sanggup lagi rasanya kehilangan orang yang tersayang. Wajah sumayyah yang mirip benar dengan ibunya mengingatkan aku kepada humairah.

Sumayyah meronta-ronta kecil. Minta dilepaskan. Air mataku mengalir lagi.

“abi, kenapa abi nangis? Umai buat salah ke?” keletah manjanya menghiburakan aku.

“tak lah. Mana ada abi nangis. Ada habuk masuk mata abi tadi” ku seka air mataku.

‘Humairah, sayang akan sentiasa di hati abang. Tiada sesiapun yang mampu mengganti tempat sayang di hati abang. Kenangan bersama sayang selama 1 tahun tak akan dapat abang lupakan walaupun mungkin satu hari nanti, abang akan berkahwin lagi. Abang janji, akan didik permata hati kita dengan sebaiknya’ monolog aku di dalam hati.

Sunday, November 13, 2011

BOLEH KE NAK PELUK LELAKI?

assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh...


tajuk yang agak..erm, entah la kan?? tetibe je rasa nak buat tajuk nih sebab semalam ade dok cakap pasal nih kat chatroom mfb.


iqbal yang mula-mula bukak topik sebenarnya. ahh! abaikan sape yang bukak topik. yang penting isinya. kalau pendapat anda, macam mana? boleh tak nak peluk lelaki/perempuan bukan mahram kita? mesti lah tak kan??


tapi dalam keadaan tertentu, semestinya dibolehkan. contoh yang diberikan semalam.

"anda ialah seorang perempuan yang sedang dikejar oleh babi hutan. punye lah laju babi hutan tu lari. dan pada masa yang sama, ade seorang lelaki dengan motornya. anda ada pilihan, sama ada tumpang lelaki tu, ataupun mati diterkam babi tu. jadi, anda memilih untuk naik motor dengan lelaki tu dan memeluk lelaki tersebut bagi mengelakkan anda terjatuh sebab of course la lelaki tuh perlu bawak motor laju-laju kan?


dalam keadaan tersebut, memang dibolehkan. tapi, zaman sekarang ni, ramai yang pakat hentam kromo aje kan? main2 peluk aje. tak kisah dosa pahala. jawapan yang paling biasa kita dengar daripada dorang "tu antara aku dengan tuhan".


untuk penjelasan yang lebih lanjut, boleh klik sini. wallahua'lam.




Monday, November 7, 2011

AIDIL ADHA 1432 HIJRAH.

assalamualaikum....


untuk entry kali ni, saya nak tunjuk gambar2 yang sempat diambil semasa hari raya aidil adha 1432 hijrah.


sebelum tengok gamba2 lembu, apa kata kita cuci mata dulu dengan melihat gambar2 kanak2 yang suci daripada dosa ni.

nazeem dok syok main basikal.

si kecil umaira. kalau cabut puting tu, mesti die jadi nak nangis. tapi tak de la selalu.


ok, dah habis cuci mata, jom tengok gamba2 lembu pulak ye.

merenung masa hadapan yang kian suram. keh3

detik kematian semakin hampir. rilek2 dulu kan?

gambar di atas tu, lembu dah dekat dengan ajalnya. dan gamba yang kat bawah tu, lembu setelah disembelih. meronta2 tau.

kulit lembu sedang dilapah

oih!! dorang dok wat ape tu?? meh nak gtaw. 'jejaka tampan' yang meruapakn kezen saya tu sedang menyentuh2 lembu sebab otot lembu tu bergerak2. ingatkan idop lagi.

tugas utama : men'ngatok' tulang2 lembu dengan sangat gigih!!!

daging ini telah dikerat2 dan dipotong2 dengan jayanya oleh bapa2 saudara saya. ibu2 saudara hanya menjadi pemerhati yang setia dan sesekali menghulurkan tangan. kenyatan!! mereka bertugas untuk memasak sahaja ye!

setelah daging dimasak. beginilah rupanya. tapi ops!! yang ni tak masak sepenuhnya lagi la.



Saturday, November 5, 2011

PENGORBANAN


assalamualaikum..


pengorbanan sangatlah perlu dihargai kan?? masih ingat pengorbanan nabi ibrahim?? tak perlu lah saya ceritakan di sini bukan?? kalau nak tahu tentang pengorbanan baginda, klik sini.


sempena hari raya aidul adha yang bakal menjelma beberapa jam lagi, seharusnya kita menghargai pengorbanan orang lain. pengorbanan ibubapa yang membesarkan anda, dan....pengorbanan sape2 yang pernah berkorban untuk anda.


dan jangan lupa untuk menghargai pengorbanan lembu, unta, kambing atau yang sewaktu dengannya yang telah berkorban nyawa mereka!! kita sanggup ke nak korbankan nyawa??
so, nasihat saya untuk saya dan juga korang, jangan bazirkan daging yang anda makan! kerana sesungguhnya, membazir itu amalan syaitan. JANGAN BIARKAN SYAITAN MENTERTAWAKAN KITA.


akhir kalam, SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA. maaf kalau ada salah dan juga silap sepanjang saya mengendalikan belog yang tak seberapa nih

Wednesday, November 2, 2011

HANTARAN KASIH TUHAN


assalamualaikum...


huh! baru lepas baca novel tadi. ekcelinye, nak cari novel lain. tapi tak jumpa. so, beli lah novel mana2 yang berkenan sebab dah ade orang yang tolong sponsor. nak harapkan duit sendiri?? lambat lagi la. maklumlah, tengah pokai ni.


masa tengah membelek-beleh novel kat SMO, terjumapa lah novel HANTARAN KASIH TUHAN. mule2 tuh cume jeling-jeling je, gi intai novel lain dulu. lepas tu, umi pun cakap "jupo doh ko novel tuh?" saya pun jawab la, " meta la, kakak nok novel indon bena. tapi tak dok hok sedak. kalu sedak gak, mahal la pulok" sesi berdialog mati di situ..heheh


banyak jugak pengajaran daripada novel ni.

~jangan menilai seseorang berdasarkan rupa. contohnye, asyraf nih tak suke kat wardah sebab die cacat. die cakap, die malu ada isteri cacat. tapi last skali, jatuh cinta jugak kat isteri die. wardah la yang jaga die sepanjang die 'menetap' kat spitak tu. kekasih asyraf, sheedah tak datang melawat pun.


DIALOG YANG PALING SAYA SUKA

"sabar ya sayang. orang yang sabar disayangi ALLAH. orang yang hilang sabar didekati syaitan. wardah nak didekati syaitan?"

tu kata2 ayah wardah kepada wardah semasa die berumur 5tahun tak silap saya. memang bez lah dialog tu. dan itu jugak yang menjadi kekuatan wardah. insyaALLAH sama2 kita ingatkan diri kita tentang nilai kesabaran..


setakat ini sahaja entry ringkas ni...wassalam.

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...