Monday, October 31, 2011

ANDAI ITU TAKDIRNYA

Pagi itu sunyi sekali. Manusia masih lena dibuai mimpi di atas katil empuk. Zahra gagahkan jua badan demi ILAHI. Menghadap TUHANnya yang esa di dinihari. Kerana bagi Zahra , inilah masa terbaik bertemu dengan kekasih yang setia. Mendengar keluhannya tanpa jemu. Setiap kali mengadu, pasti air matanya tumpah. Menyesali dosa yang dilakukan.

Selesai sahaja menunaikan solat subuh, zahra menuju ke meja belajarnya. Lalu, membuka internet dan dengan satu klik, terus sign in di ym dan millatfacebook(mfb). Itulah rutin harian zahra. Agak susah untuk ditinggalkan. Sambil-sambil chatting dengan rakan yang lain, zahra tidak lupa mengulang kaji dan melakukan assignment.

Argh!!! Chatting memang melekakan. Mengenali rakan-rakan di mfb merupakan detik indah baginya. mereka sama-sama berbincang mengenai agama. Ye, ukhuwah yang terjalin atas dasar agama.

namun, ada seorang jejaka yang kadang-kadang mengusik naluri perempuan zahra. Entahlah, dia pun tak tahu apakah perasaan tersebut. Mungkinkah cinta?? ‘argh…tak mungkin la. Aku bukannya minat kat die. Chatting2 gitu je. Tak kan la sampai boleh jatuh cinta?’monolog hatinya.

Tapi, suatu hari, tetibe je dia minta YM zahraa. Mula-mula tu zahra terpikir jugak. Nak bagi ke tak nak ye?? Last skali, dia bagi jugak. Baginya, bukannya die nak buat ape-apepun. Sekadar chatting atas dasar persahabatan.

Setelah itu, semakin kerap Zahra chatting dengan jejaka tersebut, Asyraf. Asyraf sebenarnya merupakan seorang siswa di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Salah satu universiti yang paling masyhur di dunia dan melahirkan ramai ulama’ seantero dunia.

Kadang-kadang terlintas juga di benak fikirannya, ‘betul ke ape yang aku buat ni?’. Tapi, persoalan itu berlalu begitu sahaja. Tanpa ada jawapan, tanpa ada penyelesaiannya. Dan sesi berhatting terus saja terjadi.

Asyraf : assalamualaikum wbt.

Zahra : waalaikummussalam wbt. Sehat?

Asyraf : Alhamdulillah, ana bikhoir wa enti?

Zahra : ana bikhoir, Alhamdulillah..hahaha..cakap pulak arab pulak dah kita ni.

Asyraf : la…apa salahnya??? Bez pe??

Zahra : hi3…memang la tak de salahnya.

Asyraf : dah tu??

Zahra : nothing la awak. Dah la. Mengarut je awak ni. Eh, awak camane study??

Asyraf : ok je. Macam biasa la. Cuma minggu ni ade test sikit. Entah la lecturer saya tu. Tetibe je nak buat test. Tak de angin tak de ribut, tetibe je tau.

Zahra : la…ok la tu..boleh uji minda awak la kan?? Wah!! Nanti bijak la awak nanti. Asyik ada test je. Saya doakan awak boleh jawab nanti ye.

Asyraf : hahaha..tak delah bijak sangat. Awak lagi bijak tau. Ambik kos medic lagi tu. Bukan senang tau.

Zahra : herm..saya belajar kat dalam negara je la..awak tu kat luar negara tau..terer tu..

Asyraf : ha3..ye ke terer?? Saya rasa macam biasa je?? Ala, kat mana-mana pun sama la awak.

Zahra : eh, ok la. Saya ada keje sikit nak buat. Awak study lek lok ye.

Asyraf : ok la awak. Next time kita chatting. Awak pun study lek lok jugak tau. Assalamualaikum wbt..

Zahra : waalaikummussalam.

Herm..ringkas je kan?? Sebenarnya Zahra sendiri merasakan bahawa dia tak ada keperluan untuk chatting dengan asyraf. Tapi dia tetap chatting kerana…..argh, sering sahaja dia menidakkan perasaan rindu.


Pada suatu hari, asyraf telah melamarnya melalui YM.

Asyraf : awak, saya ada nak bagitau something ni.

Zahra : ape? Cakap la.

Asyraf : sebenarnya saya nak……

Zahra : nak ape?? Cakap je la. Wat suspen je la awak ni

Asyraf : saya….

Zahra : ya ALLAH, cakap je la. Jangan buat suspen boleh tak??

Asyraf : saya nak jadikan awak…

Zahra : jadikan ape?? Maksud awak..

Asyraf : awak faham kan?? Tapi saya tak nak paksa awak. Awak fikir la dulu.

Zahra : hah?? Biar betul. Jangan nak main-main la asyraf!!

Asyraf : saya tak main-main la. Saya serius ni.

Zahra : erm..nanti la saya piker balik.

Asyraf : ok, saya bagi masa seminggu untuk awak. Dalam tempoh ni, kita tak payah chatting atau pun berhubung.

Zahra : ok. Assalamualaikum.

Asyraf : waalaikummussalam.

Pada minggu itu, setiap malam mereka berdua akan bangun dan melakukan solat istikharah bagi memohon petunjuk ILAHI. Kadang-kadang, rindu bertandang di hati mereka, namun didiamkan sahaja.

Tempoh seminggu telah berlalu. Masing-masing telah on9 dan kembali berhubung seperti biasa. Namun, pada mulanya masing-masing agak kekok. Asyraf memulakan bicaranya.

Asyraf : assalamualaikum. Sihat?

Zahra : waalaikummussalam. Alhamdulillah sihat. Awak pulak??

Asyraf : saya sihat. Erm…

Zahra : herm…..

Asyraf : huh! So ape keputusan awak??

Zahra : entah la. Awak pulak?

Asyraf : saya pun tak tau.

Zahra : la..macam tu pulak? Saya ikut je keputusan awak.

Asyraf : tak tahu la awak. Ok la. Saya ada keje nak buat. Saya exam minggu depan. Nak study kejap. Assalamualaikum.

Zahra : ok. Waalaikummussalam

Mati di situ. Masing-masing buntu. Itulah kali terakhir mereka berdua chatting. Setelah itu, masing-masing membisu seribu bahasa. Pada mulanya, Zahra agak kecewa. Emosinya sedikit terganggu. Ingin sahaja dia mendapatkan penjelasan daripada Asyraf.

Namun, dia malu. Dan pada akhirnya, Zahra mampu menerima kenyataan bahawa mungkin mereka tiada jodoh. Dia redha andai itu takdi yang telah tertulis buatnya.

‘kalau ada jodoh, ade la.kalau takde, aku percaya yang ALLAH dah sediakan seorang imam yang lebih baik untukku’ monolog hati Zahra.

Sejak peristiwa itu, Zahra tidak lagi chatting dengan mana-mana lelaki yang tak dikenalinya denagn tujuan menjaga hatinya.

6 comments:

Mujahidah Syaabah said...

ohom3... macam kenal citer ni..
yakinlah.. Allah takdirkan yang terbaik untuk kita.. hihi

nadhirah nashit said...

la...kenal ke kak long??? hak3..entah lah..yeap3...yakin..ALLAH sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita

ibtisam said...

like3 ..

ya ALLAH , jika die mmg j0d0hku maka kau satukanlah kami tapi jka tdk , kau tenangkanlah kami dgn ketentuanMu .. :)

Mujahidah Syaabah said...

ya Allah.. jika dia benar untukku.. dekatkanlah hatinya dengan hatiku.. jika dia bukan milikku.. damaikanlah hatiku dengan ketentuanMU..

permata yang dicari~~

Nysa Airy said...

sedihnyer citer niyh...xpelah...x de jodoh nak buat canekan...Insya Allah ade yg lebih baik menanti...huhu

nadhirah nashit said...

k ibtisam : amin3
k long : nyanyi la lagi
k nysa : sdyh kn?? herm..

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...