Monday, October 31, 2011

ANDAI ITU TAKDIRNYA

Pagi itu sunyi sekali. Manusia masih lena dibuai mimpi di atas katil empuk. Zahra gagahkan jua badan demi ILAHI. Menghadap TUHANnya yang esa di dinihari. Kerana bagi Zahra , inilah masa terbaik bertemu dengan kekasih yang setia. Mendengar keluhannya tanpa jemu. Setiap kali mengadu, pasti air matanya tumpah. Menyesali dosa yang dilakukan.

Selesai sahaja menunaikan solat subuh, zahra menuju ke meja belajarnya. Lalu, membuka internet dan dengan satu klik, terus sign in di ym dan millatfacebook(mfb). Itulah rutin harian zahra. Agak susah untuk ditinggalkan. Sambil-sambil chatting dengan rakan yang lain, zahra tidak lupa mengulang kaji dan melakukan assignment.

Argh!!! Chatting memang melekakan. Mengenali rakan-rakan di mfb merupakan detik indah baginya. mereka sama-sama berbincang mengenai agama. Ye, ukhuwah yang terjalin atas dasar agama.

namun, ada seorang jejaka yang kadang-kadang mengusik naluri perempuan zahra. Entahlah, dia pun tak tahu apakah perasaan tersebut. Mungkinkah cinta?? ‘argh…tak mungkin la. Aku bukannya minat kat die. Chatting2 gitu je. Tak kan la sampai boleh jatuh cinta?’monolog hatinya.

Tapi, suatu hari, tetibe je dia minta YM zahraa. Mula-mula tu zahra terpikir jugak. Nak bagi ke tak nak ye?? Last skali, dia bagi jugak. Baginya, bukannya die nak buat ape-apepun. Sekadar chatting atas dasar persahabatan.

Setelah itu, semakin kerap Zahra chatting dengan jejaka tersebut, Asyraf. Asyraf sebenarnya merupakan seorang siswa di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Salah satu universiti yang paling masyhur di dunia dan melahirkan ramai ulama’ seantero dunia.

Kadang-kadang terlintas juga di benak fikirannya, ‘betul ke ape yang aku buat ni?’. Tapi, persoalan itu berlalu begitu sahaja. Tanpa ada jawapan, tanpa ada penyelesaiannya. Dan sesi berhatting terus saja terjadi.

Asyraf : assalamualaikum wbt.

Zahra : waalaikummussalam wbt. Sehat?

Asyraf : Alhamdulillah, ana bikhoir wa enti?

Zahra : ana bikhoir, Alhamdulillah..hahaha..cakap pulak arab pulak dah kita ni.

Asyraf : la…apa salahnya??? Bez pe??

Zahra : hi3…memang la tak de salahnya.

Asyraf : dah tu??

Zahra : nothing la awak. Dah la. Mengarut je awak ni. Eh, awak camane study??

Asyraf : ok je. Macam biasa la. Cuma minggu ni ade test sikit. Entah la lecturer saya tu. Tetibe je nak buat test. Tak de angin tak de ribut, tetibe je tau.

Zahra : la…ok la tu..boleh uji minda awak la kan?? Wah!! Nanti bijak la awak nanti. Asyik ada test je. Saya doakan awak boleh jawab nanti ye.

Asyraf : hahaha..tak delah bijak sangat. Awak lagi bijak tau. Ambik kos medic lagi tu. Bukan senang tau.

Zahra : herm..saya belajar kat dalam negara je la..awak tu kat luar negara tau..terer tu..

Asyraf : ha3..ye ke terer?? Saya rasa macam biasa je?? Ala, kat mana-mana pun sama la awak.

Zahra : eh, ok la. Saya ada keje sikit nak buat. Awak study lek lok ye.

Asyraf : ok la awak. Next time kita chatting. Awak pun study lek lok jugak tau. Assalamualaikum wbt..

Zahra : waalaikummussalam.

Herm..ringkas je kan?? Sebenarnya Zahra sendiri merasakan bahawa dia tak ada keperluan untuk chatting dengan asyraf. Tapi dia tetap chatting kerana…..argh, sering sahaja dia menidakkan perasaan rindu.


Pada suatu hari, asyraf telah melamarnya melalui YM.

Asyraf : awak, saya ada nak bagitau something ni.

Zahra : ape? Cakap la.

Asyraf : sebenarnya saya nak……

Zahra : nak ape?? Cakap je la. Wat suspen je la awak ni

Asyraf : saya….

Zahra : ya ALLAH, cakap je la. Jangan buat suspen boleh tak??

Asyraf : saya nak jadikan awak…

Zahra : jadikan ape?? Maksud awak..

Asyraf : awak faham kan?? Tapi saya tak nak paksa awak. Awak fikir la dulu.

Zahra : hah?? Biar betul. Jangan nak main-main la asyraf!!

Asyraf : saya tak main-main la. Saya serius ni.

Zahra : erm..nanti la saya piker balik.

Asyraf : ok, saya bagi masa seminggu untuk awak. Dalam tempoh ni, kita tak payah chatting atau pun berhubung.

Zahra : ok. Assalamualaikum.

Asyraf : waalaikummussalam.

Pada minggu itu, setiap malam mereka berdua akan bangun dan melakukan solat istikharah bagi memohon petunjuk ILAHI. Kadang-kadang, rindu bertandang di hati mereka, namun didiamkan sahaja.

Tempoh seminggu telah berlalu. Masing-masing telah on9 dan kembali berhubung seperti biasa. Namun, pada mulanya masing-masing agak kekok. Asyraf memulakan bicaranya.

Asyraf : assalamualaikum. Sihat?

Zahra : waalaikummussalam. Alhamdulillah sihat. Awak pulak??

Asyraf : saya sihat. Erm…

Zahra : herm…..

Asyraf : huh! So ape keputusan awak??

Zahra : entah la. Awak pulak?

Asyraf : saya pun tak tau.

Zahra : la..macam tu pulak? Saya ikut je keputusan awak.

Asyraf : tak tahu la awak. Ok la. Saya ada keje nak buat. Saya exam minggu depan. Nak study kejap. Assalamualaikum.

Zahra : ok. Waalaikummussalam

Mati di situ. Masing-masing buntu. Itulah kali terakhir mereka berdua chatting. Setelah itu, masing-masing membisu seribu bahasa. Pada mulanya, Zahra agak kecewa. Emosinya sedikit terganggu. Ingin sahaja dia mendapatkan penjelasan daripada Asyraf.

Namun, dia malu. Dan pada akhirnya, Zahra mampu menerima kenyataan bahawa mungkin mereka tiada jodoh. Dia redha andai itu takdi yang telah tertulis buatnya.

‘kalau ada jodoh, ade la.kalau takde, aku percaya yang ALLAH dah sediakan seorang imam yang lebih baik untukku’ monolog hati Zahra.

Sejak peristiwa itu, Zahra tidak lagi chatting dengan mana-mana lelaki yang tak dikenalinya denagn tujuan menjaga hatinya.

Friday, October 28, 2011

BUATMU, TEMANKU


assalamualaikum.....


ye, kita semua hamba penuh khilaf, hamba yang penoh dengan noda dan dosa. kadang, dalam kata, ada dosa, dalam kata, ada fitnah. dan dengan kata, hati insan dihiris tanpa sengaja.


oh TUHAN, ampuni kami. ampuni hambaMU. kerna kami sentiasa lalai. sentiasa melakukan kesilapan..


buat temanku,
aku pernah menghiris hatimu dengan kata-kataku
aku pernah merobek hatimu dengan perbuatanku


andai saja waktu bisa diundur,
andai saja takdir bisa diubah
akan ku ubah segalanya
agar saat perit tidak terjadi
agar saat itu mampu aku ubah biar menjadi kenangan indah


namun,
kejadian itu tetap berlaku
masa bukan roda
yang mampu diputar


YA ALLAH,
AMPUNI AKU....


moga persahabatan ini kekal..UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA.


NOTA CINTA:
♥maafkan aku♥

Saturday, October 22, 2011

CINTA ITU TERLARANG


assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...


Herm… cinta itu terlarang..eh3, ni bukan macam lagu ape tu?? Adess..saya pun tak ingat sape penyanyi lagu cinta terlarang..

Kenapa semua itu terlarang???nak reason?? Meh saya kasi tau sama lu olang.


~sebab bukan ke cinta sebelum kawen tu HARAM?? Oh, saya tau la yang perasaan tu bukan kita yang mintak. Tapi datang sendiri. Saya pun remaja bukan? Of course saya tau. N kenapa pulak ALLAH bagi perasaan tu kat kita sebelum tiba masanya padahal ianya tak dihalalkan? Itulah UJIAN. UJIAN bagi setiap remaja. Ujian untuk menguji keimanan kita. Sejauh mana kita mampu mengawal hawa nafsu.


~ reason lain, sebab cinta yang tu membawa kita kearah zina. Bukankah kita ditegah untuk menghampiri zina?? Kalau rasa dah tak tahan sangat, apa kata kawen je. Kalau rasa terlalu muda. It’s ok. Kawen je la. Itu lebih baik daripada buat zina kan?? Ibubapa pun kenalah faham. Mungkin korang akan kata “hek eleh, cakap senang la. Tapi nak buat susah” oh, faham pulak susah kn?? Kalau faham, jangan ambik risiko BERCINTA!!!


~ni last reason la… ish3, cinta itu sifatnya suci. Jangan cemarkan kesucian cinta dengan CINTA TERLARANG tu. Cinta nih tak bawa kita ke mana-mana pun. Takat tu aje. Tak de pon bawak kemajuan. Kalo tak caye, saya nak tanye la, ade tak orang bercinta tuh tetibe je jadi bijak, atau setidak-tidaknya bahagia apabila disakiti?? Ngeh3…so, tak de la kan? Kalau nak bahagia, ngan kawan lagi la bez, syok. Nak tahu tak, dah ade pun kajian yang dibuat pasal ni. Menurut keputusan kajian tu, pasangan yang bercinta lebih selesa bercerita kepada kawannya daripada kekaish sendiri. So, ape gunanya kekasih?? Baik buang je dulu. They are noting!!!

Heh…tapi korang jangan risau. Masih banyak cinta yang dihalalkan...saya akhiri entry ni dengan satu rangkap lagu kerana cinta daripada inteam.


cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara
bangsa berada
hanya sementara
cinta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..

Monday, October 17, 2011

TREND TUDUNG 'LONI'

assalamualaikum warohmatullah hiwabarakatuh...


untuk entry kali ni, saya nak sentuh sikit pasal trend pemakaian tudung di malaysia pada zaman sekarang ni...semakin hari, kelihatan semakin 'cantik'kah?? semakin 'trendy'kah?? herm...atau, semakin buruk? semakin jauh dari landasan syariat yang sepatutnya?? jom kita selidik sampai ke lubang cacing..!!


jom kita tengok gambar ni dulu..mak aih..tinggi betol sanggul nye. adakah korang salah satu pemakai sanggul ni??? kalau ye, baik hentikan dengan segera!!! tengok tu! nabi muhammad saw pun larang tau. kalau rambut tu panjang sangat. cuba la cari alternatif terbaik untuk elakkan rambut anda tu jadi macam bonggol kat atas kepala anda.





yang ni pulak stail buat kat tekak tu jadi ketat. konon2 nye
lah cantik. tapi tak ah cantik sangat. dah la menampakkan bentuk tekak. bukanke tekak kita tu pun aurat?? lu pikir la seniri!


hah! ni satu lagi. perasan tak?? makin lama, makin banyak orang pakai tudung fesyen cam gitu. jenis la berjerumbai sikit tu kat depan. cuba korang bandinkan fesyen tudung yuna nagn rahib kat bawah tu, ada iras2 tak korang rasa?? huh! no komen.


nota hati : sorry kepada sesiapa yang terasa. tapi bukankah kita perlu saling mengingati agar hidup lebih diberkati???♥♥

Sunday, October 16, 2011

~ANUGERAH TERINDAH~

assalamualaikum warohmatullah hiwabarakatuh... erm....ape ye agak2 nye anugerah ter paling sangat indah??? mesti ade yang jawab muka yang cantik la, badan yang langsing la. erk, macam2 la. tak larat teman nak nulis satu persatu jawapan tu.


 nak tau tak?? jeng jeng jeng..










kenapa islam?? ekcelinye sebab, cba korang pikir balik. agak-agaknye lah kan, kalo korang tak dilahirkan sebagai ornag islam, korang pasti tak yang korang akan terima hidayah ALLAH, pastu masok islam?? tak kan??


 SO, bersyukur la sebab kita dah dilahirkan sebagai MUSLIM. tapi jangan la hanya islam pada nama or ic je, insyaALLAH kita sama2 amalkan ajaran al-quran dan sunnah junjungan besar, NABI MUHAMMAD SAW.. sekian saje entry pendek ni. semoga mampu menjadi peringatan untuk saya dan juga kalian. wallahu'alam.~.~

Tuesday, October 11, 2011

NAKHODA NAFSU

assalamualaikum wbt...


segala puji bagi ALLAH yang berkuasa menghidupkan dan mematikan setiap hambanya, selawat dan salam ke atas junjungan besar, NABI MUHAMMAD SAW serta sejahtera kepada kaum kerabat dan para sahabat baginda...


ALHAMDULILLAH, kerana saya dipnjangkan umur. hari ni genap saya bersusia 15 tahun. segalanya adalah ketentuan ALLAH. bagi saya, hidup ini umpama satu pelayaran. kita adalah nakhoda. adakah kita mampu menjadi nakhoda yang baik untuk mengawal nafsu, juga melawan godaan syaitan dan dunia yang tak henti?? ataupun, kapal yang dinakhoda itu terus terumbang ambing dipukul ombak godaan???



segala persoalan itu hanya kita sendiri yang mampu menetukan. hidup ini masih panjang untuk dinikmati andai TUHAN meminjamkan lagi rohnya. Moga sahaja kita tergolong dalam golongan yang berjaya di dunia dan jugak akhirat..AMIN..

Monday, October 10, 2011

CERITA TENTANG PMR

assalamualaikum...


apa khabar semua??? sehat??? alhamdulillah...lega batul rasanye lepas abis je exam PMR ni...erm, untuk post kali nih..saya nak citer pasal PMR je..maklumlah, mood exam maish bersisa di hati lagi...


~HARI PERTAMA~
hari pertama kitorang sume exam BM PAPER 1, BM PAPER 2 N PAI..mula2 nak masuk dewan, kemain lagi hati nih dok berdebar, nasib baik lah BM paper 1. kalau paper 2, takot2 tak terjawab la..exam berjalan lancar dengan masa yang diperuntukkan hanya satu jam!!! saya rasa agak susah kot... kemudian,kitorang exam bm paper 2. memang syok!!!! karangan ada yang berformat n tak berformat. saya pilih tajuk tentang karangan peribahsa. buat je cerita. belit2 je mana yang patut asalkan ade kaitan dengan peribahasa yang die bagi tu...kemudian, pada sebelah petang pulak, exam PAI. alhamdulillah, boleh jawab je..



~HARI KEDUA~
erk, exam BI PAPER 1, PAPER 2 N GEO. alahai..nak cakap senang, tak jugak, nak cakap susah pun, tak de lah sangat. tapi kesimpulan dari exam BI, grammar masa wat essay tunggang langgang..argh!!! moga2 pemeriksa tu tetibe je rasa nak bagi markah banyak. AMIN YA ROBBAL ALAMIN.. sebelah petang, exam GEO. susah ke?? erk, ala, senang je. sebab dah banyak buat latihan dengan cikgu yang paling mantop!!!!!


~HARI KETIGA~
hah!!! exam SC PAPER 1, SC PAPER 2 DAN SEJARAH. memang tak berapa ready lagi sebenarnya untuk exam sc although rasa-rasanye dah banyak bua latihan. dah bertubi-tubi sampai tak tertubi...erk.,! tapi alhamdulillah, kertas 1 ok. tapi kertas 1 pulak agak tersangkut..ape2 pun, bedal je la apa yang tau and bersesuaian dengan soalan tu..hah!!! SEJARAH time!!! berdebar jugak sebenarnya. mula2 tuh memang rasa sangat kesian kat cikgu kalau saya tak mampu dapatkan A untuk subj ni..so, memang berperang dengan perasaan dan jugak otak untuk jawab ni... then, thank you to ALLAH, sebab boleh jawab walaupun tak de lah 100% betol.. tapi maybe boleh kot A..



~HARI KEEMPAT~
hari last,..- mood nak exam semakin menghilang. kitorang exam MT PAPER 1, MT PAPER 2, n last paper, KH..ok je exm mt. ade lah 1,2 soalan yang tembak2, bedal je mana yang patut. KH pulak..hampeh!!! susah wo!!! entahlah nanti result kuar macam mana. dah la mengantuk masa nak jawab tu..ish..siap conteng lagi kertas tu, lepas tu, ada pulak pengawas yang datang kat saya, n tengok karton yang saya lukis tu.. die senyum je..adess!!!dan semestiny!!!!! kami semua keluar dengan senyuman yang ikhlas. melangkah keluar dari dewan dengan penuh yakin sambil dilihat oleh beberapa orang cikgu..keh3...SEKIAN SAHAJA SAYA MELAPORKAN DARI RUMAH, ASSALMUALAIKUM wbt

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...