Sunday, August 28, 2011

RAMADHAN BERLALU, SYAWAL TIBA

assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh


huh!!! sedar tak sedar, ramadhan yang datang sebulan lepas akan berlalu tak lama lagi. raya pulak yang akan tiba.


SAPE YANG PALING HEPPY??
erk, mestilah kanak2 ribena kan?? time ni lah budak2 tuh nak round satu kampung, nak pegi cari duit raya banyak2. hu3..teringat pulak masa zaman kecik2 dulu. tapi saya tak ade lah sampai g jalan2 satu kampung. malu lah.



so, sempena sayawal yang akan menjelang 2 hari lagi, saya menyusun sepuluh jari nak mintak maaf kat semua yang mengenali hamba hina ini. mungkin ada kata2 dalam blog nih buat kalian sakit hati ke, ape ke.


buat famly, saya mintak maaf andai tanggungjawab saya sebagai saudara kalian masih belum terlaksana.


buat cikgu2, maaf andai saya nih pemalas sikit. kalo ade keje sekolah yang tak siap. nota yang tak terbuat dek kebizian saya.


buat rakan2 sekolah rendah n sekolah menengah, maaf andai kata2 saya sering melukai hati kalian. sungguh, saya masih tak mampu untuk menjadi sahabat terbaik bagi kalian.


dan akhir sekali, saya tujukan maaf buat rakan2 MFB. maafkan sahabatmu andai diri ini tak pernah sekali pun berguna untuk kalian. semoaga lebih banyak perkongsian ilmu kat chatroom mampu mengubah diri kita ke arah lebih baik...


Friday, August 19, 2011

AYAM BOLEH, KENAPA KITA TAK BOLEH?

assalamualaikum...


"sesiapa yang tidak tidak mengasihi manusia nescaya ALLAH tidak akan mengasihinya" -(Mutaffaq' allaih)

hah!!! nak tau satu citer tak?? jom dengar hikayat tentang ayam dalam sangkar kat belakang umah nih..


pada suatu hari, umi saya cakap " lepaskanlah ayam tu kejap. biar dia main2 kat luar sangkar, kecian dia. dia pun ade perasaan jugak.. mesti bosan dalam sangkar tu" so, apa lagi, sape ntah, tolong bukak sangkar tu...


lama betol dorang tuh dok luar sangar. when hari pun dah petang, dorang pun masok la dalam sangkar tuh sendiri. TANPA DISURUH. hebat tak?? subhanALLAH..ALLAH yang buat tuh.


alkisahnya, ade sekor ayam ni dia buta. kalau dah namanya buta, mesti lah x nampak. ye x?? so, ada lah kawan die nih, tolong bimbing dia untuk masok dalam sangkar tu.


sp, pengajarannya kat sini, kita nih kena lah saling bantu-manbantu. lagi2 kalau orang tu tak sihat. kalau ayam yang tak ada akal tu boleh tolong ayam yang lain, kenapa bukan kita??? kita yang ada akal tak boleh ke tolong kawan kita yang lain??



Friday, August 12, 2011

KITA SEMUA ADALAH HAMBA

assalamualaikum sahabat semua...


percaya atau pun tidak. kita semua adalah HAMBA. hanya seorang HAMBA. awak rasa awak kaya?? awak bijak?? mewah?? ada segala-galanya??? argh!!! tak heran la. kerana kita semua hakikatnya adalah sama. kerana kita adalah hamba.


kita adalah hamba kepada ALLAH. semua yang hidup di dunia ini adalah hamba. bukan begitu kan? jadi, nasihat saya kepada saya, juga kalian, apabila kita rasa kita nih hebat atau darjat kita lebih daripada orang lain, cepat2 lah ingatkan diri kitia ini bahawa kita ini adalah sama. tidak berbeza. yang berbeza hanya KEIMANAN kita pada zat yang ESA. wallahua'lam.

Friday, August 5, 2011

RAMADHAN TIBA LAGI

assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..


alhamdulillah..segala puji bagi ALLAH kerana telah memanjangkan umur kita untuk melangkah lagi pada bulan yang penuh berkat ini..semoga amal kita akan bertambah..jom sama2 berebut ganjaran pahala yang digandakan pada bulan yang mulia ini..


bulan ni bulan yang penuh berkat...peniaga2 mencari rezeki pada setiap bazar ramadhan...waktu petang2 tu..(yummy..) orang yang jula baju, tudung n so on tu pun boleh jadi orang kaya sementara. jualan mereka begitu laku.. sebab ramai yang nak buat persiapan raya..


banyak lagi sebenarnya rezeki yang datang..tapi sebenarnya tak larat dah nak cakap...nikmat ALLAH tu tak terkira sebenarnya..lagi2 bulan ramadhan nih..


nak cari rezeki yang tak terkira banyak tu tak salah pun..tapi jangan sampai abaikan ibadat pada bulan nih... pahala tu lah bekalan kita untuk ke syurga.. kan??

MARHABAN YA RAMADHAN!!!

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...