Saturday, July 16, 2011

KALAU SAYA JADI PM

assalamualaikum sume...ni hasrat kalau saya jadi pm..


  • saya akan laksanakan undang-undang islam
  • sume pusat-pusat hiburan akan saya hapuskan
  • setiap pekerja mesti berpakaian menutup aurat, termasuklah nurse
  • bagi sekolah harian biasa, PAI mesti dapat A, kalau nak masuk U
  • sume ahli-ahli politik, mesti menutup aurat.
  • setiap warganegara islam mesti menutup aurat....

banyak lagi yang saya akan buat...soalan saya, adakah kalian rasa undang-undang tu sume akan menyusahkan kalian?? arghh!! ISLAM itu mudah...jangan rasa susah..

Thursday, July 14, 2011

TABAHKAH HATIMU..


assalamualaikum temanku sekalian..


jom baca situasi nih dulu, then, baru saya akan ulas..

aini merupakan seorang pelajar sekolah harian biasa. namun, kerana begitu mencintai islam, dia teguh memakai tudung labuh. segalanya bermula dengan satu peristiwa. sejak peristiwa itu, dia berusaha untuk belajar menutup aurat dengan sempurna. sering kali dia berasa tersisih dalam kalangan keluarganya kerana mereka senttiasa mengejek pakainnya itu. namun, dia tetap teguh mempertahankan pakain nya itu.


apa la agaknya yang korang akan buat kalau berada dalam situasi tu?? family korang selalu je perli korang. agak2 korang la, korang akan kuat tak rasanya?? herm...mesti kecewa, betol tak??


memang agak susah berada dalam situasi nih. dengan mereka yang tak faham korang. namun, kalau lah korang kena hina ke ape ke, korang pertahankanlah tudung tu. jangan senang2 nak pecat je tudung labuh tu. tak yah peduli la apa yang orang lain kata. mulut orang kita tak leh nak tutup. lama2 dia akan diam je.


tabahkanlah hati korang. insyaALLAH korang akan beroleh sinar bahagia pada hari lain. mungkin bukan di dunia, tapi insyaALLAH di akhirat sana. pakailah kerana ALLAH. bukan kerana orang lain.

Wednesday, July 13, 2011

JANGAN DIHINA NIQOB


assalamualaikum..


saya agak pelik kerana pada zaman sekarang ni, ramai yang suka sangat hina pakaian muslimah. argh!!! saya mungkin bukan seorang pemakai niqob, namun saya memang pantang kalau ada yang rasa niqob nih adalah satu pakai yang pelik, hodoh atau...ape2 je lah.


erk, teruk sangat ke pakaian nih??? bukankah yang tertutup iti sangat indah daripada yang terdedah sana sini?? at least, dorang tu boleh jaga pandangan lelaki yang bertunjangkan nafsu semata-mata kan?


ingatlah, kita nih hidup tak lama pun, so muhasabah diri. kita dan si pemakai niqob, mana lebih baik?? mungkin dorang tak baik sangat, tapi dorang tutup aurat bukan?? dah terlepas satu dosa tuh..so, muhasabah lah diri tu

Wednesday, July 6, 2011

MIMPI YANG INDAH...

Sejuta harapan terus ku pertahankan


assalamualaikum. saya mulakan entry nih dengan sebaris lagu mimpi yang indah by mestica. 'sejuta harapan terus ku pertahankan'. herm...apa harapan kita sekarang ni?? ikot la pape kan?? yang penting, kita pasti ada harapan untuk hari esok..


mimpi yang indah tak datang bergolek. contohnya, korang ase nak masuk syurga. bukan senang2 je kan? nak masuk syurga nih ade 'tiketnya'. tiketnya tak de jula kat warung2 hatta hotel sekalipun. nak dapat tiket nye, kita kena wat banyak2 amal. kan?? so, inilah usaha korang untuk buat mimpi yang indah tu jadi kenyataan.


begitu jugak kalau nak dapat result yang tiptop dalam exam. bukannye senag2. bukan boleh main rasuah2. nak dapat, korang kena rajin. rajin tu bukan setakat usaha, tapi juga doa. dengan cara tu, insyaALLAH mimpi yang indah tu akan jadi suatu kenyataan.


♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...