Tuesday, May 17, 2011

HIDUP INI SATU PERLUMBAAN


dengan nama ALLAH

assalamualaikum wbt...


erm...sedap nye bau sup tulang n ikan bakar. tergoda nih...hek3..ish3...untuk entry kali ni, saya bukan nye nak cakap pasal menu tengah hari la.


hidup ini satu perlumbaan. kita sering berlumba untuk mendapatkan sesuatu dalam hidup. tak semestinya lumba lari atau berlumba mendapat no 1 dalam F1 kn?


hari ni, di mana2 aje, kita boleh tengok berlaku perlumbaan. manusia berlumba-lumba mencari harta dunia yang kononnya boleh buat hidup dorang senang. tapi kita sering tak berlumba dalam mencari harta akhirat yang lebih bermakna.


kita sering berlumba-lumba mencari cinta insani namun seringkali terlupa mencari cinta ILAHI. betul tak? berapa ramai manusia hari ni yang berusaha untuk melaksanakan perintah ALLAH dan meninggalkan laranganNYA? so, saya kasi peringatan untuk saya dan juga kamu agar berusaha menggapai cinta HAKIKI.


kerana hidup ini satu perlumbaan, maka berlumbalah kita mencari redha SANG PENCIPTA. bukannya berlumba mencari cinta insani yang kita tak tahu sama ada kekal hingga akhir hayat atu pun tak. betul kan?

No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...