Friday, April 1, 2011

CERITA DI SEBALIK APRIL FOOL

dengan nama ALLAH...

assalamualaikum wbt..


hari ni, dah masok bulan baru. kan? bulan ape ye? herm...april la... yeap!! 1 april sering dikaitakn dengan april fool. huh!!


yang saya heran nye, kenapa la orang ISLAM pun terhegeh-hegeh nak sambut april fool ni? dan saya dapati, gurauan masa april fool ni agak melampau. dah la menipu!! huh!!


dalam ISLAM, tidak pernah melarang untuk bergurau kan? tapi biarlah berpada-pada. janganlah gurauan tu sampai membawa kepada permusuhan. lagipun kita kan bersaudara?


malah, saya pernah membaca tentang april fool. tapi tak tau lah betol ke tak. menurut apa yang saya baca tu, april fool ni dirayakan sempena kejatuhan empayar ISLAM di sepanyol.


satu lagi, saya kira cerita ni agak menarik. macam ni cerita nye. di sebuah negeri, ada sepasang suami isteri yang jahil tentang agama. jadi semasa april fool, si suami dengan niat hendak bergurau, telah mengatakan" aku ceraikan kau". si isteri ni dalam keadaan bingung. namun, kemudiannya, kembali tersenyum lagu menjerit " APRIL FOOL!!" namun, suami tadi dengan nada sedih memberitahu bahawa talak tersebut telah pun jatuh.


so, moral dalam citer tadi? bergurau biarlah berpada-pada. terlajuk perahu boleh diundur, terlajak kata?? buruk padahnya.


Dari Abu Hurairah رضى ا لله عنه ia berkata, “Ya Rasulullah, sungguh engkau sering bergurau dengan kami”. Kemudian Rasulullah صل ا لله عليه وسلم berkata “Tapi, sungguh aku tidak mengatakan kecuali kebenaran”. (HR Tirmidzi, Hadits hasan)



No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...