Friday, April 15, 2011

APABILA BUDAYA BARAT DIAGUNGKAN


dengan nama ALLAH...


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


untuk entry kali ni, saya cuma nak cerita tentang apa yang saya tertengok tadi. astaghfirullah hal a'zim. nak tau tak apa?


tadi kan, saya sekolah. masa balik sekolah, tengah tunggu abah mari ambik. dok borak kejap dengan kawan-kawan. lepas tu, terhenti seketika. terkelu kejap. tak boleh nak digambarkan dengan perasaan saat saya melihat adegan yang memualkan itu.


ternampak lah seorang gadis ni, dengan lagak mesra. memeluk 'gewe'(pakwe) dia. masa tu dorang dok naik muto. bukan setakat peluk, siap cium lagi. tapi tak tau lah cium mulut atau pun pipi. tak sanggup rasanya nak tengok.


masa tu, saya terfikir. tak malu ke dia buat benda macam tu? di manakah rasa malu itu? tak kan dah tak ada walaupun sikit? hati ni, terasa sangat hiba. rasa nak menangis pun ada. ye lah. saya bukan nye tak kenal perempuan tu. tapi memang saya tak rapat. saya ni nak tegor, bukannya tak nak, tapi? susah sikit. dia tu ada geng ramai. kalau dia buat apa2 kat saya macam mana? tak ke naye?


dan saya nak tegasnya di sini, inilah yang terjadi pada anak2 muda kita apabila ISLAM ditolak ke tepi. AL-QURAN dipandang sepi. SUNNAH nabi tak tau mana. malah, budaya barat jadi ikutan.

No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...