Wednesday, April 27, 2011

HIKMAH..

dengan nama ALLAH..

assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..


alhamdulillah. jogathon hari ni berjalan dengan lancar. walaupun sebenarnya saya agak letih.


jogathon tu saya tak tahu lah berapa kilometer. tapi memang sangat kesian kat kaki ni. letih, lenguh, sakit. maklumlah, dah lama tak exercise.


masa dok tengok persembahan tadi, tetibe aje kaki saya ni jadi 'krem'. sakitnya hanya ALLAH yang tahu. rasa nak jerit kuat kuat aje tadi. tapi tak de lah sampai buat macam tu. sebenarnya tu lah akibatnya tak nak warm up dulu.


tapi sebenarnya, di sebalik kesakitan tu, ALLAH nak bagi something rupanya. ehehe... alhamdulillah, i got a hamper. he3..


conclusion di sebalik kisah saya di atas ialah, kita jangan mengeluh kalau ALLAH bagi kesakitan pada kita. mungkin ALLAH dah rencanakan sesuatu yang hebat baik untuk kita satu hari nanti.

Monday, April 25, 2011

UJIAN ALLAH


dengan nama ALLAH...

assalamualaikum...


hari ni, saya rasa stress sangat!!! emosi pun kurang stabil. asyik nak marah aje kerjanya. kadang- kadang, rasa macam nak nangis aje. nak luahkan kesedihan yang terbuku di hati ini.


then, bila saya fikir balik, sebenarnya, ni lah ujian ALLAH buat saya. mungkin saya terlalai dengan duniawi. jadi ALLAH turunkan ujian, supaya kita tak terus lupa padaNYA.


satu perkara yang perlu kita ingat, when kita diuji, kita sebenarnya mampu menempuh ujain tu.

Thursday, April 21, 2011

TRANSFORMASI DIRI

dengan nama ALLAH..

assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...


sudah beberapa hari blog ini dibiarkan tidak ber'upda
te'. bukannya saya malas, tapi masalahnya tak tau nak update pasal apa sebenarnya. so, masa nih dah ada idea. sebab tu lah tangan ni 'gatal' nak update.


CERITA PERTAMA
tadi sebenarnya ada program untuk pelajar perempuan form 1,2 and 3 kat musolla. tapi before program tu, ada announcement menyuruh pelajar agar ke musolla sekarang juga! dengan geramnya, saya pun cakap lah. "aish!! ade ape lagi ni. orang nak belajar ni". he3... tapi rupe-rupenye bez lah prpgram ty. memandangkan saya dah kenal 2 orang akak yang datang tu iaitu kak syafiqah n k aishah. kaunselor peng. chepa 2 pun ada iaitu 'umi' n 'mama'.


so, moral dari cerita tersebut ialah kita tidak boleh menilai sesuatu sebelum kita cuba perkara tu.


CERITA KEDUA
kak fatin ada lah bercerita tentang burun
g helang ni. cerita nye lebih kurang macam ni lah. burung helang mampu hidup selama lebih kurang 70 tahun macam tu la kan. tapi!!! pada usia menghampiri, burung helang ni akan bertransformasi. bulunya akan jadi semakin lebat. bulu bulu lama tu akan gugur. paruh nye akan jadi semakin besar. transformasi ni akan berlaku selama 150 hari ataupun lebih kurang 5 bulan. burung helang ni akan menyendiri dalam tempoh tu. ia mengalami sakit yang amat sangat.


dan selepas tempoh tu, burung helang tu akan kembali macam biasa je. terbangnya semakin rendah memandang ia menjadi semakin berat sebab bulu nye semakin tebal, paruhnya semakin besar.


kesimpulannya daripada cerita itu, setiap manusia tu mampu berubah. tak kira lah sejahat mana pun manusia. kalau ALLAH nak bagi hidayah kepada dia. dan dianya pun memang nak berubah. insyaALLAH sinar hidayah ALLAH akan sampai kepadnya. namun ingat sahabat ku sekalian, kita mesti mempunya keinginan untuk berubah dan berusaha untuk berubah.

Monday, April 18, 2011

KALAU SAYANG

dengan nama ALLAH...

assalamualaikum wbt...


~ kalau sayang, perlukah seseorang itu bercinta? lalu mendedahkan orang yang disayangi itu dengan dosa? itukah sayang yang sebenarnya?


~ kalau sayang perlu ke bersentuh sentuhan? adakah dengan sentuh sentuh macam tu boleh menunjukkkan rasa sayang itu? betul ke cara macam tu?


~dan ingatlah teman, sayang tak semestinya memiliki. kalau sayang, jagalah dia dengan sebaiknya. jangan dedahkan teman itu dengan dosa.

Friday, April 15, 2011

APABILA BUDAYA BARAT DIAGUNGKAN


dengan nama ALLAH...


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


untuk entry kali ni, saya cuma nak cerita tentang apa yang saya tertengok tadi. astaghfirullah hal a'zim. nak tau tak apa?


tadi kan, saya sekolah. masa balik sekolah, tengah tunggu abah mari ambik. dok borak kejap dengan kawan-kawan. lepas tu, terhenti seketika. terkelu kejap. tak boleh nak digambarkan dengan perasaan saat saya melihat adegan yang memualkan itu.


ternampak lah seorang gadis ni, dengan lagak mesra. memeluk 'gewe'(pakwe) dia. masa tu dorang dok naik muto. bukan setakat peluk, siap cium lagi. tapi tak tau lah cium mulut atau pun pipi. tak sanggup rasanya nak tengok.


masa tu, saya terfikir. tak malu ke dia buat benda macam tu? di manakah rasa malu itu? tak kan dah tak ada walaupun sikit? hati ni, terasa sangat hiba. rasa nak menangis pun ada. ye lah. saya bukan nye tak kenal perempuan tu. tapi memang saya tak rapat. saya ni nak tegor, bukannya tak nak, tapi? susah sikit. dia tu ada geng ramai. kalau dia buat apa2 kat saya macam mana? tak ke naye?


dan saya nak tegasnya di sini, inilah yang terjadi pada anak2 muda kita apabila ISLAM ditolak ke tepi. AL-QURAN dipandang sepi. SUNNAH nabi tak tau mana. malah, budaya barat jadi ikutan.

Tuesday, April 12, 2011

KITA BERSAUDARA


dengan nama ALLAH...


assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...


kebelakangan ni, apabila saya masuk malaysian room kat millatfacebook, ada la jugak orang indonesia yang turut sama join. saya agak kecewa apabila dia tanpa perasaan menghina orang malaysia.


bukanlah saya ingin mengatakan bahawa semua rakyat malaysia itu baik. memang satu kenyataan yang tak dapat diubah, ada segelintir yang kurang baik. bukan nya jahat. tapi adakah dia itu mempunyai hak untuk menghina orang malaysia?


yang paling saya tak tahan, mengapa dia memberi amaran kepada rakyat malaysia supaya bersedia untuk berperang dengan indonesia? adakah dengan peperangan kita dapat menyelesaikan masalah? contoh terdekat nya, bukankan tanah melayu yang kita pijak hari ini merdeka melalui rundingan dengan pihak british?(blaja sej ni)


dan bukankah kita ni bersaudara? kenapa pula perlu untuk berperang? adakah kita ingin berperang dengan saudara sendiri? lu pikirlah sendiri. saya tamau komen pape. bacalah hadis ni.

p/s: majoriti orang indonesia yang saya kenal adalah baik. yang menghina malaysia hanya segelintir. contoh orang indonesia yang baik lagi ramah ialah pat, erel_ma n ramai lagi la...

Saturday, April 9, 2011

MUHASABAH DIRI


dengan nama ALLAH...


assalamualaikum...


aish!!! update lagi!! tadi baru aje update kan? ala...tak pe lah. time ade idea ni kan?


hu3...sebenarnya, pernah tak kita muhasabah diri? he3... tdi baru je dengar cerita kat tv tentang kesusahan orang lain. so, tergerak la hati kecil ni nak cerita tentang ni.


kadang-kadang tu, bila saya fikir, saya ni cukup makan, pakaian pun ada, tempat tinggal pun alhamdulillah. tapi orang lain? makan tak cukup. baju nasib baik ada. rumah? ada lah walaupun kurang sempurna.


macam mana la ye kehidupan dorang tu? kita sering fikir tentang saudara kita di palestin. tapi kita sering kali lupa tentang saudara kita di negara sendiri. bukan niat mengabaikan nasib saudara kita yang bertaruh di nyawa di negara sana. jauh sekali! tapi di samping membantu saudara di palestin, kita masih punya saudara di sini yang perlu dibantu.


hah!!! di sinilah zakat itu akan memainkan peranan. kita salurkan zakat tu kepada yang memerlukannya agar mereka tidak rasa terpingir.ala....bukannya suruh bagi sejuta pun. biar cukup syarat aje. kan? tapi kenapa masih ada orang yang kaya raya tak nak bayar zakat? yang miskin pula tetap membayar zakat. ape hal tuh??

LEBIH BAIK...

dengan nama ALLAH..bismillahirrohmanirrohim...


assalamualaikum wbt..


apa khabar iman kita pada hari ini? masih teguhkan ia? masih berpegang pada tali ISLAM kah? masih kukuhkah melayari bahtera kehidupan? ask yourself...


LEBIH BAIK BUTA DARIPADA MELIHAT MAKSIAT. betul kan apa yang saya cakap ni? ada mata, boleh tengok, yang gatai2 nak tengok benda haram tu buat apa? baik tengok perkara yang boleh mendatangkan pahala. tengok AL-QURAN, KA'BAH, MUKA UMMI ABAH. lagi ape ye? tapi kenapa kita sering nak tengok gambar yang ntah pape tu ea?


LEBIH BAIK PEKAK DARIPADA MENDENGAR UMPATAN. buat apa dengar umpatan? baik dengar AZAN, ILMU, ALUNAN AL-QURAN, NASIHAT, PEDOMAN. herm...tapi biasa la, kita ni manusia. selagi kita bernama manusia, memang la nafsu sering sahaj bermaharajalela kan?


LEBIH BAIK BISU DARIPADA MELEMPAR FITNAH. apasal mulut tu tak leh kawal hah? tak abis2 lagi ke nak fitnah orang lain? daripada dok sebok2 buat fitnah, baeklah pi baca AL-QURAN. tak nak jugak? hah!!! dok la diam2. tak yah cakap pape. bahaye tu. tak caye ke bahaya? dah la dosa nye besar.


“fitnah itu lebih besar daripada membunuh.”(Surah al-Baqarah,ayat 191).


Friday, April 8, 2011

PENGEMBARAN KE RUMAH CIKGU

dengan nama ALLAH...


assalamualaikum...


alhamdulillah. tercapai jugak hajat nak jumpa cikgu saya. my lovely cikgu sejarah, cikgu majidah. cikgu yang sporting, baik hati, klako, macam2 yang istimewa tentang cikgu ku ini.


saya kan dah lama tak jumpa cikgu. so, macam-macam la nak diceritakan kepada cikgu. dari hal keje kursus, sampai kepada hal2 kelas yang perlu saya uruskan sendiri.


sebenarya, tujuna ke rumah cikgu bukanlah untuk saje2, bukan untuk borak. tetapi untuk pegi tengok baby baru cikgu. sebelum sampai rumah cikgu tu, fuh!! memang berbelit-belit la jalan tu. lalu sini, lalu situ. sampai tersesat. tapi alhamdulillah, sampai jugak.


moral of the story:
usaha sampai berjaya. malu bertanya sesat jalan.
apa kaitan dengan citer ni? lu pikir lah sendiri.


Wednesday, April 6, 2011

ERTI CIKGU BUAT KITA

assalamualaikum wbt....


ari tu, saya ade terdengan seorang pelajar ni menyebut perkataan yang agak kurang ajar kepada guru. tak kisah la cikgu tu takde kat tempat tu, tapi tak sepatutnya die sbut ***** kat cikgu.


kita ni sape ye nak cakap **** kat cikgu? bukan ke cikgu tu yang banyak bagi ilmu kat kita? takkan takde sikit pun perasaan hormat kat cikgu? saya rasa kalau cikgu tu tahu yang pelajar tu cakap macam tu kat die, maybe dah kena 1 penampar kot?


bagi saya la, cikgu ni ibarat ibubapa kedua bagi kita. kat rumah, kita dengan ibubapa. kat sekolah, dengan guru. bukanke kita hormat ibubapa? jadi kenapa tak hormat insan yang bergelar cikgu?

konlusinya, hormatilah cikgu. saya sayang cikgu2 tadika, ustazah2 kat al-madani al-azhar dlu, cikgu2 sk penambang dan cikgu2 di sekoalh sekarang.

Friday, April 1, 2011

CERITA DI SEBALIK APRIL FOOL

dengan nama ALLAH...

assalamualaikum wbt..


hari ni, dah masok bulan baru. kan? bulan ape ye? herm...april la... yeap!! 1 april sering dikaitakn dengan april fool. huh!!


yang saya heran nye, kenapa la orang ISLAM pun terhegeh-hegeh nak sambut april fool ni? dan saya dapati, gurauan masa april fool ni agak melampau. dah la menipu!! huh!!


dalam ISLAM, tidak pernah melarang untuk bergurau kan? tapi biarlah berpada-pada. janganlah gurauan tu sampai membawa kepada permusuhan. lagipun kita kan bersaudara?


malah, saya pernah membaca tentang april fool. tapi tak tau lah betol ke tak. menurut apa yang saya baca tu, april fool ni dirayakan sempena kejatuhan empayar ISLAM di sepanyol.


satu lagi, saya kira cerita ni agak menarik. macam ni cerita nye. di sebuah negeri, ada sepasang suami isteri yang jahil tentang agama. jadi semasa april fool, si suami dengan niat hendak bergurau, telah mengatakan" aku ceraikan kau". si isteri ni dalam keadaan bingung. namun, kemudiannya, kembali tersenyum lagu menjerit " APRIL FOOL!!" namun, suami tadi dengan nada sedih memberitahu bahawa talak tersebut telah pun jatuh.


so, moral dalam citer tadi? bergurau biarlah berpada-pada. terlajuk perahu boleh diundur, terlajak kata?? buruk padahnya.


Dari Abu Hurairah رضى ا لله عنه ia berkata, “Ya Rasulullah, sungguh engkau sering bergurau dengan kami”. Kemudian Rasulullah صل ا لله عليه وسلم berkata “Tapi, sungguh aku tidak mengatakan kecuali kebenaran”. (HR Tirmidzi, Hadits hasan)



♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...