Friday, March 4, 2011

PABILA UJIAN TIBA

dengan nama ALLAH...

assalamualaikum wbt...



kita semua pasti pernah ditimpa dengan ujian daripada ALLAH. tidak kiralah ujian kecik mahupun besar. masa kita tengah ada masalah tu, apa yang selalu kita buat? menangis? meraung? atau....ah!! ape2 aje lah...



ingatlah wahai saudaraku, ALLAH tidak pernah membebankan hambaNYA dengan apa yang dia tidak mampu tempuh.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

cuba kita muhasabah diri, apa yang telah kita buat sampai ALLAH bagi ujian macam tu. macam seorang pelajar la, kalau buat salah mesti la kena denda kan? kalau tak de salah, x de lah dendanya. macam tu lah jugak ujian daripada ALLAH.



“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (Asy Syuro : 30).

meh saya nak share cara-cara nak redakan sikit masalah or stress. insyaALLAH mujarab punya. kalau rasa ada masalh, jom kita baca AL- QURAN. insyaALLAH akan dapat ketenangan saat mengalunkan kalam ALLAH. then, carilah sape2 yang boleh dipercayai, luahkan aje masalah yang terbuku ni. kalau rasa segan ataupun malu, luahkan saja atas sekeping kertas atau apa2 pun lah... setiap masalah perlu diluahkan. jangan pendam aje. bahaya tu!!!


setakat ni sahaja post saya untuk kali ni. next week, saya exam. doakan kejayaan saya. AMIN!!

No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...