Thursday, March 31, 2011

PENGORBANAN IBU♥

dengan nama ALLAH...

assalamualaikum..


apa kaba ye sume? dah lama rasanya saya tak mengupdate blog ni. meh saya nak kasi cerita.


ari tu, saya ada la tengok national geography kat tv. hehe. masa tu, dia tunjuk gajah tengah beranak. subhanallah! hebat sungguh gajah tu. bertarung nyawa untuk lahirkan anak nye.


bayangkan, betapa banyaknya darah yang keluar masa die tengah beranak tu. sampai tersembut lepas anak die tu kuar. memang saya kesian kat gajah tu. tapi sebenarnya agak kagum!!! itulah pengorbanan kepada ibu.


dan kita manusia? dilahirkan oleh sape? sudah tentu ibu masing2 kan? cuba fikir, betapa sakitnya ibu kita sewaktu melahirkan kita. bertarung nyawa tau. peluang untuk hidup cuma 50-50. besar sungguh pengorbanan ibu.


jadi? jom muhasabah diri. fikir balik apakah kita pernah membuat ibu kita mengalirkan air mata kerana kita? tak kisah la ibu tu jahat ataupun tak, tapi die masih seorang ibu yang melahirkan kita. fakta ituTAK PERNAH BERUBAH dan TAK AKAN BERUBAH sampai bila2.

Friday, March 25, 2011

SEDARKAH KITA?


dengan nama ALLAH...

assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...


sedarkah kita bahawa pemikiran kita sering dipengaruhi oleh barat? sedar?? tak sedar?? huh!! nak bukti??


meh saya bagi bukti kat korang.


1. kapel. bukan ke tu budaya barat? tapi kenapa buat? masa dulu2, zaman nenek2 kita. ade tak dorang kapel?? aish! x pernah dengar. dorang kawen sebab family yang jodohkan. so, x de istilah kapel dalam hidup mereka.


2. yeap!! tak dinafikan sekarang ni, ramai yang dah sedar tentang kepentingan bertudung. walaupun masih ada yang tak bertudung ( semoga ALLAH memberi hidayah kepada mereka ). tapi kan, kalau pakai tudung aje, rasenye tak cukup la kalau dihiasi dengan baju ketat, bonggol unta tu, seluar?? aduh!! apatah lagi kan?? bukanke pakai baju ketat, seluar ketat tu merupakan salah satu budaya barat?

Rasulullah bersabda, “Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk surga dan tiada mencium semerbak harumnya (HR. Abu Daud)

3. terlalu mengagungkan artis daripada RASULULLAH SAW mahupun ulama' ISLAM. kenapa
ye? sempurna sangat ke dorang tu? RASULULLAH SAW IALAH MANUSIA TERBAIK LA.
PALING SEMPURNA. PERFECT!!! dan tahukah korang sume, memang orang barat ni
mengagungkan artis dorang sangat??


mugkin banyak lagi budaya barat yang telah kita ikut tanpa kita sedari bukan? so, sedarlah cepat2. kan??

Friday, March 18, 2011

WANITA, DIRIMU BEGITU ISTIMEWA

dengan nama ALLAH...

assalamualaikum warahmatullah hiwabaraktuh...


KAU DIGELAR SEBAGAI PENYERI DUNIA
HADIRMU MELENGKAP HUBUNGAN MANUSIA
BUKAN SAJA DIRINDUI YANG BIASA
MALAH ADAM TURUT SUNYI TANPA HAWA


untuk post kali ni, saya cuma nak bercerita tentang seorang wanita or lady or girl atapun apa-apa yang sama waktu dengannya. wanita begitu istimewa. tersangat sangat sangat istimewa. tiada perempuan, maka tiadalah seorang lelaki. tiada seorang lelaki, tiada juga perempuan. he3.


perempuan merupakan perhiasan dunia yang paling indah. tiada tolok bandingnya. namun, kalau keindahan tu sering dipaparkan buat tatapan lelaki ajnabi, hilanglah keindahan itu. di mana letaknya keindahan seorang wanita???


di laman2 sosial seperti fb, banyak kita lihat seorang wanita yang kononnya 'bertudung', senang-senang aje tunjuk rambut kat situ. padahal aurat tu ada di mana-mana. BAHKAN DALAM FB PUN. mengapa begitu mudah aurat kita ditunjukkan di depan yang haram?


perasan tak, kalau ada apa2 kes rogol, mesti lelaki yang dipersalahkan kan? saya bukan hendak membela kaum lekaki. tapi kalau kita pikir balik, perempuan pun sebenarnya bersalah, sapa suruh nak dedah aurat tu? herm...

: Q.S. Al Ahzab : 59

Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang…. Maha benar ALLAH dengan segala firman-NYA.

.: Q.S. An Nuur : 31

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Tuesday, March 15, 2011

USAHA DAN TERUS USAHA

dengan nama ALLAH...

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah, result exam dak keluar walaupun tak semua subjek lagi yang saya tahu resultnya. cop3!!! untuk post kali ni, saya bukan nak cerita tentang exam saya. tapi saya nak cerita tentang usaha kita.

AKU NAK BERJAYA!!!


kita seringkali berkata sedemikian. ye lah, sape yang tak nak berjaya kan?? herm... tapi cuba fikir, apa yang kita buat selama ni menggambarkan kita nak berjaya ke?


tadi, penceramah datang sekolah saya. beliau cakap, kalau nak berjaya, kena usaha lebih. sapa yang usaha lebih, insyaALLAH dia pun akan dapat lebih. kan?? kalau kita buat bese2 je, bak kata orang kelantan, 'wak debek2'. dapat pun debek2 la kan?


herm...so, jom kita fikir balik, apa yang kita buat tu cukup ke untuk berjaya?? kalau tak cukup...nak buat macam mana?? alah....USAHA LAGI. JANGAN PUTUS ASA. INGAT!!! ALLAH TAK SUKA ORANG YANG BERPUTUS ASA!!!


“Katakanlah “Hai hamba-hamba-Ku yg melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab menimpamu kemudian kamu tidak ditolong. Dan ikutilah sebaik-baik yg telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dgn tiba-tiba sedang kamu tidak menyadari.”

Thursday, March 10, 2011

PERJUANGAN

dengan nama ALLAH...

assalamualaikum wbt...


alhamdulillah...pkbs 1 dah pun saya tempuhi. moga2 saya dapat result yang agak baik. otak pun agak penat kebelakangan ni bila terpikir pasal exam.


exam kali ni, ade la yang susah tu, especially kh la. memang tak boleh nak jawab la. tapi alhamdulillah walaupun susah, tapi saya usaha jugak tak nak tiru. hi3...


walaupun exam ni dah habis, tapi still ade pmr yang menanti pada 4.10.11 ni. so, usaha saya tak boleh berhenti di situ saja. perjuangan masih panjang. masih banyak liku2 kehidupan.


peperangan di medan pmr akan saya dan rakan2 tempuhi dengan jayannya. kata cikgu, KALAU SUKSES PMR, RISIKONYA MRSM, SBP OR SEKOLAH YANG LEBIH BAIK. tapi kalau peperangan, NYAWA DIPERTARUHKAN.


herm... akan saya semat kata2 cikgu dalam kotak fikiran. saya harap semua rakan2 akan terus usaha dan usaha dan usaha sampai la berjaya. insyaALLAH

Friday, March 4, 2011

PABILA UJIAN TIBA

dengan nama ALLAH...

assalamualaikum wbt...



kita semua pasti pernah ditimpa dengan ujian daripada ALLAH. tidak kiralah ujian kecik mahupun besar. masa kita tengah ada masalah tu, apa yang selalu kita buat? menangis? meraung? atau....ah!! ape2 aje lah...



ingatlah wahai saudaraku, ALLAH tidak pernah membebankan hambaNYA dengan apa yang dia tidak mampu tempuh.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

cuba kita muhasabah diri, apa yang telah kita buat sampai ALLAH bagi ujian macam tu. macam seorang pelajar la, kalau buat salah mesti la kena denda kan? kalau tak de salah, x de lah dendanya. macam tu lah jugak ujian daripada ALLAH.



“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (Asy Syuro : 30).

meh saya nak share cara-cara nak redakan sikit masalah or stress. insyaALLAH mujarab punya. kalau rasa ada masalh, jom kita baca AL- QURAN. insyaALLAH akan dapat ketenangan saat mengalunkan kalam ALLAH. then, carilah sape2 yang boleh dipercayai, luahkan aje masalah yang terbuku ni. kalau rasa segan ataupun malu, luahkan saja atas sekeping kertas atau apa2 pun lah... setiap masalah perlu diluahkan. jangan pendam aje. bahaya tu!!!


setakat ni sahaja post saya untuk kali ni. next week, saya exam. doakan kejayaan saya. AMIN!!

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...