Tuesday, February 15, 2011

FORMULA A+B+C+D

dengan nama ALLAH...

assalamualaikum wbt...


sebelum saya tulis apa2, saya nak ucapkan salam maulidur rasul buat teman2 tak kira di mana pun kalian berada. jom kita sama2 amalkan sunnah nabi. jadikan al-quran dan sunnah sebagai panduan hidup kita. macam tajuk dalam PAI la, "al-quran dan sunnah panduan hidup mukmin"


"sesiapa yang menghadapkan sunnahku,
maka sesungguhnya dia telahj mencintai aku,
dan sesiapa yang mencintai aku,
nescaya dia telah bersamaku dalam syurga.
RIWAYAT AL-SAJARY DARIPADA ANAS.


next topic...


nak tahu tak macam mana nak jadi pelajar yang cemerlang?? tips2 ni saya dapat masa ada ceramah motivasi kat sekolah saya. jom kita guna FORMULA A+B+C+D


A=AZAM
Sebelum nak berjaya, kita kena ada azam dulu. kalau x de azam, macam mana nak berjaya kan? setiap orang yang berjaya pasti ada cita-cita. cita-cita tu lah azam. so, jom tanamkan azam untuk berjaya.


B=BELAJAR
bila dah ada azam, kenalah belajar. belajar ni merupakan satu usaha untuk mencapai azam kita tu. contohnya: ade sorang budak ni, nama dia fara. dia ni masa tu tengah lapar. jadi, apa yang dia perlu buat?? makanlah. macam mana nak hilangkan lapar dia tu kalau tak makan?? jadi, tu usaha dia untuk menghilangkan rasa laparnya tu. faham kan??


C=CEKAL
bila dah belajar tu, kenalah cekal. jangan la berhenti sekerat jalan aje. jangan hanya hangat2 tahi ayam. kalau belajar sekerat jalan aje, macam mana nak berjaya kan?? so, kalau belajar, kena lah terus belajar samapi kita dapat capai apa yang diimpikan tu.


D=DOA
last sekali, kita perlulah berdoa. tak cukup dengan usaha dan cejkal sahaja. kita juga perlu berdoa kepada yang MAHA ESA. kita umat ISLAM ni sangat beruntung kerana kita punya doa yang merupakan senjata bagi umat ISLAM.
Dari Ali RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda; Doa adalah senjata bagi orang mukmin, tiang bagi agama dan nur bagi langit dan bumi. [Hadis Riwayat Hakim]

No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...