Monday, February 21, 2011

TANYALAH USTAZAH VERSI 3AMANAH

dengan nama ALLAH

assalamualaikum wbt...


hari ni, kelas PAI memang sangat hangat. memang bez la. tajuk yang kitorang belajar mengenai alam barzarkh. bila dah namanya alam barzakh, mestilah ada kaitannya dengan amalan kita id dunia ni kan??


so, ustazah tanya la kita kena buat ape untuk bekalan akhirat kelak kan?? macam2 lah jawapan yang keluar. kata ustazah, keluarga dan harta akan pergi. yang tinggal hanya amal kita aje.

Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal:
Sedekah jariyah, anak yang shalih yang mendo'akannya atau ilmu yang
bermanfaat sesudahnya. (HR Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad)


lepastu, ada lah jugak ustazah sentuh sikit bab aurat nih. masa ni lah, macam2 soalan yang keluar daripada kitorang. semua pakat berebut nak tanya soalan pada ustazah. kesian lah ustazah kena jawab soalan kitorang.


pasal pergaulan pun ada. macam mana nak bergaul dengan sepupu kita. lagipun, ramai yang anggap bersentuhan antara sepupu lelaki dan perempuan yang bukan susuan ni biasa. padahal tak boleh sebenarnya.


disebabkan kitorang tanya macam2 kat ustazah, ada lah budak laki kelas saya cakap yang kelas ni dah jadi macam program tanyalah ustazah kat tv9 tu. hu3

Thursday, February 17, 2011

BIASA KE?


dengan nama ALLAH...

assalamualaikum wbt..


fuh!!! hari ni saya baru balik daripada konvensyen pembimbing rakan sebaya. keseluruhannya, bagi saya ok lah. cop3!!! saya bukan nak cerita tentang konvensyen tu pun, cuma nak sentuh sikit pasal pergaulan yang bebas sebab saya kadang-kadang rasa agak jelek memandang insan yang anggap bersentuhan antara lelaki dan perempuan ni perkara biasa.


maybe ada yang akan anggap saya ni kolot sebab saya tak boleh sentuh2 ngan laki bukan muhrim. tapi, biarlah apa yang dorang nak kata. saya tak kisah pun. apa yang saya tahu, benda tu haram dan berdosa.

Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan
jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal
baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)
saya nak ingatkan kepada rakan2 saya yang rasa mereka tu orang ISLAM, bersentuhan antara lelaki dan perempuan bukan mahram tu bukanlah satu perkara yang biasa sebenarnya. dengan bersentuhan sahaja, boleh menaikkan nafsu. tau x?? lepas tu, berlakulah pelbagai lagi masalah lain. mula2 mungkin sentuh2 aje, lepas tu, dah buat zina, kemudian mengandung, kemudian, buang anak... ish3....


so, fikirlah balik kalau awk semua anggap sentuh2 ni perkara biasa. jom kita amalkan prinsip HSBC.
H=HIDUP
S=SINGLE
B=BANTERAS
C=COUPLE...




Tuesday, February 15, 2011

FORMULA A+B+C+D

dengan nama ALLAH...

assalamualaikum wbt...


sebelum saya tulis apa2, saya nak ucapkan salam maulidur rasul buat teman2 tak kira di mana pun kalian berada. jom kita sama2 amalkan sunnah nabi. jadikan al-quran dan sunnah sebagai panduan hidup kita. macam tajuk dalam PAI la, "al-quran dan sunnah panduan hidup mukmin"


"sesiapa yang menghadapkan sunnahku,
maka sesungguhnya dia telahj mencintai aku,
dan sesiapa yang mencintai aku,
nescaya dia telah bersamaku dalam syurga.
RIWAYAT AL-SAJARY DARIPADA ANAS.


next topic...


nak tahu tak macam mana nak jadi pelajar yang cemerlang?? tips2 ni saya dapat masa ada ceramah motivasi kat sekolah saya. jom kita guna FORMULA A+B+C+D


A=AZAM
Sebelum nak berjaya, kita kena ada azam dulu. kalau x de azam, macam mana nak berjaya kan? setiap orang yang berjaya pasti ada cita-cita. cita-cita tu lah azam. so, jom tanamkan azam untuk berjaya.


B=BELAJAR
bila dah ada azam, kenalah belajar. belajar ni merupakan satu usaha untuk mencapai azam kita tu. contohnya: ade sorang budak ni, nama dia fara. dia ni masa tu tengah lapar. jadi, apa yang dia perlu buat?? makanlah. macam mana nak hilangkan lapar dia tu kalau tak makan?? jadi, tu usaha dia untuk menghilangkan rasa laparnya tu. faham kan??


C=CEKAL
bila dah belajar tu, kenalah cekal. jangan la berhenti sekerat jalan aje. jangan hanya hangat2 tahi ayam. kalau belajar sekerat jalan aje, macam mana nak berjaya kan?? so, kalau belajar, kena lah terus belajar samapi kita dapat capai apa yang diimpikan tu.


D=DOA
last sekali, kita perlulah berdoa. tak cukup dengan usaha dan cejkal sahaja. kita juga perlu berdoa kepada yang MAHA ESA. kita umat ISLAM ni sangat beruntung kerana kita punya doa yang merupakan senjata bagi umat ISLAM.
Dari Ali RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda; Doa adalah senjata bagi orang mukmin, tiang bagi agama dan nur bagi langit dan bumi. [Hadis Riwayat Hakim]

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...