Monday, January 31, 2011

UNTUK APA KEJAYAAN?

dengan nama ALLAH..


assalamualaikum wbt. apa khabar semua? moga sehat hendaknya. ( wah, macam tulis surat pulak nih). dah lama betul kan saya tak update blog nih?? almaklumlah, kebelakangan ni, agak bz dengan stadi.


kenapa saya stadi? mestilah untuk berjaya.

kenapa saya nak berjaya? sebab nanti senang nak cari kerja

kenapa nak cari kerja? untuk tolong umi ngan abah saya.

kenapa saya nak tolong umi dengan abah saya? sebab saya nak balas kebaikan mereka.

kenapa saya nak balas kebaikan mereka? sebab saya nak dapat pahala. KEREDHAAN ALLAH TERLETAK PADA KEREDHAAN KEDUA IBUBAPA KITA.

kenapa saya nak pahala? sebab pahala aje boleh menjamin kita masuk syurga?

kenapa saya nak masuk syurga? sebab saya tak nak masuk neraka.

kenapa saya tak nak masuk neraka? sebab azab neraka tu seksa sangat. AZAB YANG PALING RINGAN DALAM NERAKA IALAH APABILA SESEORANG ITU MELETAKKAN BARA API DI BAWAH TELAPAK KAKINYA HINGGA MENDIDIH OTAKNYA. (seksa kan?)


kenapa azab neraka seksa? saya tak nak jawab. sebagai seorang ISLAM, anda fikirlah sendiri. saya pasti semua orang tahu.


pernah tak awak sume tannya soalan yang mudah ni pada diri sendiri? nampak macam mudah kan? walaupun mudah, tapi soalain ni berguna juga. kita boleh fikir sejenak kenapa nak berjaya. adakah kita nak berjaya sebab nak kejar kehidupan duniawi semata-mata? ingatlah wahai teman, kehidupan duniawi tu hanya sementara. yang kekal ialah di akhirat sana.


amalan kita dah cukup ke untuk masuk syurga? kalau rasa tak cukup, banyakkan amalan sunat. nabi dulupun sentiasa melakukan amalan sunat. padahal baginda telah dijanjikan syurga oleh ALLAH. jadi kita sebagai manusia biasa, hamba yang lemah longlai ni, kenalah fikir-fikirkan ye? wallahu'alam

No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...