Thursday, December 23, 2010

SEGUNI TAHNIAH

Dengan nama ALLAH…

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh…hari ni, result pmr telah pun keluar…ada yang cemerlang, ada yang kurang cemerlang. Dan sudah pastinya, hari ni kita dapat melihat pelbagai gelagat pelajar. Betul tak?

Kepada yang berjaya, sekalung tahniah saya ucapkan. Kepada yang kurang berjaya, bukan gagal ye, tahniah juga. Mungkin bukan rezeki anda. Ingat!! Spm masih menunggu anda. Jadi, buat yang terbaik untuk spm nanti.

Yang berjaya, sudah pastinya anda akan berterima kasih kepada ibubapa, guru-guru yang banyak membantu dalam pelajaran, tak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu meningkatkan kefahaman anda.

Namun, SUDAHKAH ANDA BERTERIMA KASIH KEPADA ALLAH WAHAI PELAJAR YENG BERAGAMA ISLAM? Ingat, tanpa ALLAH, anda takkan dapat keputusan yang baik. Mungkin ada yang mengatakan bahawa mereka dah berhempas pulas stadi, sebab tu lah berjaya. Namun, kita hanya merancang, yang menentukan adalah ALLAH. Jadi, cepat-cepat pergi berterima kasih kepada ALLAH. ALLAH yang bagi kejayaan tu tau.Tanpa ALLAH, anda takkan berjaya. ALLLAH yang menentukan segalanya.

Dan kepada yang kurang berjaya. Berfikirlah secara positif. Bukan anda tidak bijak. Tetapi bukan rezeki anda. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin ALLAH telah merencanakan satu perkara yang lebih baik. Siapa tahu anda akan berjaya dalam spm kelak? Serahkan segalanya kepada ALLAH. Yang penting, jangan berhenti berusaha. ALLAH tidak suka akan orang berputus asa.

No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...