Monday, December 20, 2010

♥REMAJA♥



dengan nama ALLAH...




assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. apa beza antara kanak-kanak dengan remaja? banyak kan? dari segi emosi, fizikal, rohani, jasmani dan macam-macam lah. takkan la remaja tu sama denagn kanak-kanak. betul tak?




siapakah kanak-kanak? kanak-kanak ialah seorang budak, yang belum lagi baligh. fizikal.. herm.. mesti la kecik, comel, kiut. yang pastinya, mereka masih suci, ibarat kain putih. jadi, ibubapalah yang akan menentukan bagaimana corak kanak-kanak itu tadi.




remaja pula? fizikal lebih besar daripada si kanak-kanak. mereka mudah memberontak. mudah juga terpengaruh dengan anasir-anasir yang negatif. jadi, ibubapa perlu memainkan peranan yang penting dalam mengawal kegiatan remaja ini. jangan serahkan tugas mendidik anak kepada guru semata-mata. ataupun pembantu rumah.




di peringkat remaja, mereka sedang mencari-cari identiti masing-masing. perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru meluap-luap dalm diri. oleh sebab mereka itu brgelar manusia, sudah pastilah perasaan ingin mencintai dan dicintai itu turut hadir dalam diri. jadi, pandai-pandailah jaga diri. dekatkan diri dengan ALLAH. rasai cinta ALLAH yang tak dapat dibandingakn dengan mana-mana cinta pun di dunia ini!!




♥JOM RASAI NIKMATNAY CINTA ALLAH♥

No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...