Monday, December 27, 2010

KISAH AL-QAMAH


dengan nama ALLAH...




assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. masa hari sabtu minggu lepas, saya ada jalan-jalan ke pasar malam dengan famili tercinta. macam-macam gelagat manusia yang saya perhatikan. tu lah kegiatan saya kalau jalan-jalan. sentiasa memerhati keadaan sekeliling.




tapi ada satu gelagat manusia ni yang saya tak boleh lupa. saya agak terkejut apabila melihat seorang anak perempuan bercakap kasar dengan mak dia.ish3..macam-macam lah dunia sekarang ni.



"semua dosa-dosa dilambatkan ALLAH (pembalasannya) sesukanya hingga hari kiamat, melainkan derhaka kepada ibubapa, maka sesungguhnya ALLAH menyegerakan (bala seksanya) bagi yang bersangkutan sewaktu hayatnya di dunia ini sebelum matinya.."
(hadis riwayat thabrani)





sekarang ni, saya nak kongsi satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW.




kisah ni terjadi kepada Al-Qamah. Al-Qamah adalah seorang yang taat dan kuat beribadat serta sering bersedekah kepada fakir miskin. dia mempunyai seorang ibu. setelah dia berkahwin, ibunya merasa kurang dilayani oleh Al-Qamah dengan sewajarnya. ibunya berpindah menyendiri ke tempat lain. lama masanya terjadi demikian, sedangakn Al-Qamah tidak memujuk ibunya.


pada suatu hari, hampirlah ajal bagi Al-Qamah, sehingga keluarganya terpaksa berkumpul dan mereka menalkin "laa ilaaha illa 'llaah" beberapa kali kepada Al-Qamah, tetapi sia-sia belaka. mulut Al-Qamah terkunci. akhirnya mereka sampaikan kepada Rasulullah SAW dan baginda menyuruh beberapa sahabat melihat akan hal itu, tetapi mulutnya tetap terkunci.


Rasulullah SAW menyuruh agar membawa ibunya kepada baginda. setelah tiba, ibu
Al-Qamah ditanya Rasulullah SAW mengenai diri Al-Qamah dan ternyata dia agak berkecil hati pada anaknya itu dan tidak mahu memaafkannya.


dengan berpura-pura, Rasulullah SAW mengatakan kepada para sahabat yang ada di sana, supaya mengumpulkan kayu kering dan apabila ditanya sahabat, apa gunanya, Rasulullah SAw mengatakan untuk pembakaran Al-Qamah di hadapan ibunya. mendengar yang
Al-Qamah akan dibakar, maka ibunya dengan menangis, mengatakan agar janganlah anaknya dibakar dan dia bersaksi kepada ALLAH SWT dan para muslimin yang ada di majlis itu, mengatakan yang dia redha akan Al-Qamah dan memaafkan dia.


Rasulullah SAW menyuruh ibu Al-Qamah menjenguknya. belum sempat mereka menalkinkannya, lantas Al-Qamah mengucapkan kalimah " laa ilaaha illallaah" dengan fasih dan lancarnya, dan dia pun mati dalam kalimah itu.




setelah baca kisah Al-Qamah tadi, sanggup lagi tak awak semua nak mnderahaki ibubapa masing-masing? tepuk dada, tanya iman. wallahhu'alam.

No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...