Friday, December 10, 2010

KEPERLUAN HIDUP-CINTA


dengan nama ALLAH




assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. untuk entry kali ni, jom kita berbicara mengenai keperluan hidup. apakah yang kita perlu untuk terus hidup di atas bumi ALLAH ini? tepuk dada, tanya selera.




ya, ada yang akan jawab makanan, air, udara. tapi ada satu lagi yang kita perlukan untuk hidup. apa ya?? cuba fikir baik-baik. tanpa ia, kita pasti takkan mampu hidup. tanpa ia, kalian pasti takkan ada sekarang. mungkin sudah bertemu ILAHI.




dah puas fikir? ok tak pe. biar saya yang tolong jawabkan, ianya adalah CINTA. nak tahu kenapa jawapannya cinta? cuba renung-renungkan, bolehkah anda hidup tanpa cinta ibubapa?
bolehkah anda hidup tanpa cinta ALLAH kepada hambaNYA?




mesti la tak boleh kan? kalau ibubapa tiada perasaan cinta dan kasih kepada anaknya, sudah pasti anda akan dibunuh. tidak kiralah dengan cara apa sekalipun. ia membuktikan kita memerlukan secebis perasaan cinta untuk terus hidup di atas dunia pinjamanNYA. walaupun tiada kajian yang mengatakan cinta adalah satu keperluan hidup, tetapi tiada siapa yang dapat menyangkal kenyataan itu. CINTA SATU KEPERLUAN HIDUP.




cinta ALLAH kepada setiap hambaNYA. sedarkah kita bahawa ALLAH tidak pernah mengabaikan hambaNYA? walaupun banyak dosa yang telah dilakukan hambaNYA, dia tetap memberikan nikmatNYA. DIA tetap memberikan makanan untuk kita. tetap memberikan tempat tinggal untuk kita. DIA tetap merelakan kita bernafas di bumi kepunyaanNYA. cuba kita sama-sama fikir, jika setiap kali kita membuat dosa, ALLAH akan menghentikan nafas selama 1 minit. CUMA 1 MINIT. apak yang akan berlaku? sudah pasti akan tercungap-cungap. mungkin sudah diambang maut. namun, adakah DIA pernah berbuat sedemikian? tidak kan? itulah bukti cinta dan kasihnya kepada hambaNYA. DIA memberi peluang untuk kita bertaubat. memohon ampun. melakukan solat. SEMBAHYANGLAH ANDA SEBELUM ANDA DISEMBAHYANGKAN.




jadi, adakah anda masih lagi mengatakan kita tidak perlukan cinta dalam hidup ini? banyak lagi cinta yang belum saya kupaskan. namun, cubalah anda fikir-fikirkan. TEPUK DADA, TANYA IMAN. wallahua'lam.

2 comments:

NOR SYAFIRA said...

Cinta pada bunga akan layu..cinta pada manusia akan mati..tapi cinta pada Allah cinta yg kekal abadi..good entry dhirah..=)

nadhirah said...

syukran akk

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...