Friday, December 3, 2010

DUHAI MUSLIMIN DAN MUSLIMAH

dengan nama ALLAH..



assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...dah lama rasanya saya tak mengupdate blog ni...almaklumlah, saya ni kan sentiasa busy. mengalahkan perdana menteri dah. sebab tu lah tak sempat nak update blog. ni dah ada masa sikit, saya nak kupas la pasal menjaga diri masing-masing.



Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].



ni saya nak pesan pada kaum muslimah dan juga saya sendiri, sebagai seorang perempuan beragama ISLAM. semua nya pasti tahu kan, mana bahagian badan kita yang menjadi aurat??
tapi, kenapa tak jaga??kenapa perlu dedah sana, dedah sini?? adakah anda banggamendedahkan aurat kepada bukan mahram??


Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]



dan salah satu cara kita menjaga keselamatan diri ialah dengan menjaga aurat bukan?? so, fikir-fikirkanlah. jaga aurat ni senang je. tak perlu nak pakai tudung labuh-labuh kalau tak nak pakai. cukuplah dengan memakai tudung yang melebihi paras dada. tak semestinya pakai tudung biasa tak tutup aurat kan??



Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].



dan pesan saya kepada kaum muslimin. jagalah pandangan anda. kadang-kadang, kalau perempuan tu dah tutup aurat, lelaki still nak pandang-pandang. aduhai...janganlah wahai muslimim sekalian. ingatlah ALLAH.. ALLAH itu MAHA MELIHAT. DIA tahu apa yang sedang kalian lakukan. tidak ada satu pun yang tersembunyi daripada pengetahuan ALLAH..


“ Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”
( Surah An-Nur : ayat 30,31)



so, pandai-pandailah jaga diri masing-masing. laksanakan perintah ALLAH. setiap apa yang ALLAH perintahkan, pasti ada hikmah yang tersembunyi. tiada satu pun yang sia-sia. wallahhu'alam...

No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...