Tuesday, December 21, 2010

BUNUH DIRI


dengan nama ALLAH...




assalamualakum warahmatullah hiwabarakatuh. saban hari, minda kita dijamukan dengan berita bunuh diri gara-gara cinta. mengapa begitu kuat kuasa cinta? adakah ini yang dikatakan cinta.




saya bukan ingin berbicara soal cinta. tetapi tentang bunuh diri yang semakin berleluasa dalam masyarakat kita, masyarakat ISLAM. bukankah kita tahu bahawa bunuh diri itu salah satu daripada dosa besar? tahukah kita bahawa nyawa itu milik ALLAH??




firman ALLAH dalam surah AN-NISA ayat 29: "dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya ALLAH adalah MAHA PENYAYANG kepadamu"




berdarkan ayat tadi, jelaslah bahawa ALLAH menyayangi diri kita. namun, kenapa kita tidak menyayangi diri kita sendiri? nyawa adalah anugerah ALLAH yang sangat berharga buat seorang manusia. nyawa hanya diberi sekali. setelah kita pergi menyahut seruan ILAHI, kita sudah tidak akan hidup di bumi pinjamanNYA.




malah, dalam mana-mana agama sekalipun,(kecuali dalam agama kristian awal) bahkan yahudi sendiri pun, mengatakan bahawa membunuh diri itu suatu dosa. nyawa kita adalah milik ALLAH. jadi, mengapa kita yang perlu mengambil nyawa kita sendiri? serahkan urusan itu kepada ALLAH sahaja.




kebanyakan orang yang membunuh diri ini mengalami stress yang agak melampau. jadi, bagaimana caranya untuk mengurangkan stress tersebut? carilah seorang teman yang dipercayai. luahkan segalanya kepada teman itu. seterusnya, berserahlah kepada ALLAH. insyaALLAH ketenangan akan meresap ke dalam jiwa kita.

No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...