Tuesday, December 7, 2010

1432 HIJRAH, MEMBUKA LEMBARAN BARU


dengan nama ALLAH




assalamualaikum wbt. segala puji bagi ALLAH, tuhan yang mentadbir seluruh alam. selawat dan salam disampaikan kepada junjungan besar kita, NABI MUHAMMAD SAW, keluarga serta para sahabat BAGINDA.




hari ini ialah hari maal hijrah. inagt tak hijrah dah ke berapa kita ni? ok, kalau tak tahu, meh saya tolong bagitahu. sedar-sedar, kita telah berada pada 1432 hijrah. dah lama hijrah nabi serta para sahabat baginda dari makkah ke madinah berlaku.




hijrah bermaksud perubahan diri daripada keadaan kurang baik ke arah yang lebih baik. jadi, sempena maal hijrah, saya menyeru agar kita juga dapat berhijrah ke arah yang lebih baik. berhijrah dari segi rohani, iman, perangai kita sendiri dan dari segi semua aspek kehidupan ke arah yang lebih baik dan diredhai ALLAH SWT.




jika sebelum ini, kita sembahyang di akhir waktu, jadi, sempena lembaran baru, sembahyang lah di awal waktu. jika sebelum ini, kurang melakukan ibadat sunat, lakukanlah ibadat sunat dengan lebih kerap. jika sebelum ini, kita jarang 'on9' dengan ALLAH, ayuhlah sama-sama kita 'on9' dengan ALLAH.




hijrah merupakan tahun dalam ISLAM. bermula dengan bulan muharram dan berakhirnya dengan bulan zulhijjah. apabila kita bercakap mengenai tahun baru, rasanya tidak lengkap jika tidak berbicara tentang azam masing-masing. apa azam anda?? mesti banyak kan?? lain orang, lain azam. yang pastinya, mestilah berubah ke arah yang lebih baik sesuai dengan maksud hijrah itu sendiri.




ya, saya tahu, untuk berhijrah bukannya senang. namun, jika hijrah itu merupakan suatu perkara yang baik, mengapa tidak dilakukan sahaja?? kadang-kadang, perkara yang buruk seperti mengumpat itu sudah sebati dalam diri kita. semestinya, begitu susah untuk meninggalkan tabiat buruk itu. namun, inilah satu pengorbanan ke arah jalan ALLAH. pengorbanan yang saya kira amat berbaloi. contohilah pengorbanan umat terdahulu. mereka melakukan pengorbanan yang cukup besar. meninggal isteri, anak-anak dan juga harta di bumi makkah untuk mengikut RASULULLAH SAW berhijrah ke madinah. betapa tabahnya umat terdahulu. semoga mereka diletakkan dalam kalangan orang2 yang beriman.




hijrah juga menyeru umat ISLAM bersatu padu. ayuhlah kita bersatu untuk menegakkan kebenaran. bersatu untuk membela saudara seagama yang dilanda musibah. bersatu memerangi musuh ISLAM, terutamanya tentera zionis yang sedang menyeksa saudara kita di bumi palestin. bersatu untuk membangunkan agama ISLAM, satu-satunya agama yang diredhai ALLAH. bersatu untuk meninggikan martabat agama ISLAM, agama yang sering diaggap sebagai agama pengganas. walhal, ISLAM adalah sebaliknya. ISLAM adalah agama kasih sayang. buktinya ialah, setiap muslim itu dianggap bersaudara dengan muslim yang lain. ini kerana, kasih sayang yang terjalin sesama saudara ISLAM.




Dari Abu Hurairah t Rasulullah r bersabda “Janganlah saling mendengki saling menipu saling membenci saling memutuskan hubungan dan janganlah sebagian kamu menyerobot transaksi sebagian yg lain jadilah kalian hamba-hamba Allah yg bersaudara. Seorang muslim itu saudara muslim yg lain tidak boleh menzhaliminya membiarkannya mendustainya dan tidak boleh menghinakannya. Taqwa itu berada di sini beliau menunjuk dadanya tiga kali. Cukuplah seorang dianggap kejahatan krn melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya hartanya dan kehormatannya“.





sempena maal hijrah ini juga, saya memohon sepuluh jari, meminta maaf kepada sesiapa yang mengenali diri ini. andai diri ini, pernah terkasar bahasa, terlanjur bicara atau telah menyakitkan hati sahabat sekalian. saya hanyalah manusia biasa. sering melakukan kesalahan. ayuhlah kita membuka lembaran baru. buang yang keruh, ambil yang jernih. semoga 1432 hijrah yang bermula pada hari ini dapat menghijrahkan diri kita ke arah kebaikan. insyaALLAH.




♥sAlAm MaAl HiJrAh♥

1 comment:

nadhirah nashit said...
This comment has been removed by the author.

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...