Thursday, August 19, 2010

SALAHKAH SEBUAH PERASAAN

Semua orang tahu,cinta itu fitrah manusia,hatta haiwan seperti kucing juga suka dibelai,diusap,dimanjai dan diberi perhatian,apatah manusia yang mempunyai perasaan halus,menginginkan kasih sayang,mendambakan sebuah 'take care'. Cuma yang menjadi persoalan ialah, haramkah punya rasa cinta pada ajnabi?Salahkan seorang perempuan yang mengasihi seorang lelaki,dan seorang lelaki yang menyayangi seorang perempuan yang bukan mahramnya?

Saudaraku sekalian, mari kita mengimbau sirah,Siti Fatimah r.a telah punyai rasa cinta pada Saidina Ali sebelum mereka diijabkabulkan sehinggakan hatinya sentiasa berbunga ceria setiap kali Saidina Ali r.a mengunjungi rumahnya atas urusan dakwah bersama Rasulullah S.A.W. dan beliau sentiasa
menantikan kehadiran insan yang telah membuat hatinya seperti sebuah taman yang dipenuhi bunga-
bungaan. Justeru,haramkah sebuah perasaan? Jawapannya,tentu sekali TIDAK. Apa yang perlu
dititikberatkan ialah BAGAIMANAKAH perasaan itu disalurkan pada tempat dan suasana yang benar sebagaimana yang ditetapkan syara'. Semuanya bergantung kepada cara kita mempamerkan perasaan
kepada si dia. Jika betul langkah,betullah jadinya.Jika salah langkah,haramlah jadinya.

Apa yang penting, jangan menyalahkan fitrah yang Allah berikan dengan mngatakan "saya terlanjur kerana saya amat mengasihinya.yelah...perasaan itu Tuhan yang bagi,kan.." Inilah jawapan orang
yang jahil akan hukum hakam Al-Quran.Saudaraku,ingatlah bahawa Islam bukanlah agama yang mengongkong ummatnya daripada hidup secara bebas tetapi menjaga ummatnya daripada terbabas,Islam juga sebuah agama yang mengajarkan nilai adab,bukannya biadab.

~SAMA-SAMA RENUNGKAN~

No comments:

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...