Saturday, August 28, 2010

BERAKHIRNYA SEBUAH PERTEMUAN

Kringggg!!! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat baru bermula. Pelajar-pelajar lain sudah keluar dari kelas masing-masing dan mula membanjiri kawasan kantin sekolah.

Irna hanya mampu menenangkan sahabatnya di sebelah. Dia tahu betapa menderitanya sahabat baiknya itu, namun sebagai insan biasa dia tidak berdaya memberikan bantuan. Hanya sokongan dan semangat yang mampu dihulurkan kepada insan setabah sahabatnya.

"Iman, jom kita pergi kantin. Iman makan sikit. Nanti Iman kena makan ubat," pujuk Irna walaupun dia tahu sahabatnya itu akan menolak. Muka Iman yang pucat lesi ibarat tidak berdarah itu menggigit tangkai jantungnya. Sungguh, dia tidak kuat melihat keadaan sahabatnya sebegitu. Tanpa disedari kolam matanya pecah juga. Ada tangisan halus yang mengiringi air mata tersebut.

"Irna, kenapa ni? Janganlah menangis. Iman tak nak kawan-kawan Iman menangis sebab Iman. Lebih-lebih lagi Irna, sahabat baik Iman dunia akhirat, Insya-Allah," hati Iman bergetar menahan sendu yang berlabuh. Dia tahu perasaan Irna tika itu, namun sebagai hamba Allah yang hanya menumpang di dunia fana ini, dia akur dan pasrah atas segala takdir.

***********

Perkenalan mereka semenjak minggu orientasi untuk pelajar-pelajar baru membuahkan persahabatan yang kekal hingga ke hari ini. Mereka amat serasi bersama memandangkan mereka banyak berkongsi minat yang sama. Hidup yang suram gara-gara terpaksa berjauhan dengan ibu bapa dan keluarga akhirnya diwarnakan dengan suka duka dalam bersahabat. Iman dan Irna sangat bersyukur kerana Allah telah mempertemukan mereka berdua.

Ramai kawan mereka kagum melihat persahabatan mereka berdua. Keakraban mereka yang boleh diibaratkan sebagai isi dengan kuku itu menyebabkan ramai yang menggelar mereka sebagai adik beradik. Segala susah senang, sakit perit mereka dirasakan bersama. Andai salah seorang daripada mereka sakit, seorang lagi akan turut sakit menahan sebak di hati.

Irna termenung lagi. Sejak akhir-akhir ini dia semakin bimbang akan kesihatan Iman. Jika dahulu sahabatnya itu seorang yang ceria, kini segalanya seakan berubah. Walaupun ada senyuman yang terukir di bibir Iman, dia tahu segala derita yang ada di sebaliknya. Dia cuba berlagak tenang dan kuat ketika berhadapan dengan Iman tetapi jauh di lubuk hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.

"Iman, tadi Cikgu Athirah ada pesan, kalau Iman sakit, jangan paksa diri pergi kelas, kalau ada apa-apa berlaku susah. Irna tak nak something happen kat Iman," kata-katanya hanya dijawab dengan pandangan mata Iman. Seperti biasa Iman hanya membiarkan bibirnya dihiasi dengan senyuman ikhlas yang selalu diukirkannya.

"Irna, insya-Allah, Iman pun tak nak something bad happen, tapi kita kena ingat, walau apapun yang telah berlaku atau yang akan berlaku, segalanya datang daripada Allah. Kita kena terima dan redha," nafasnya ditarik perlahan sebelum kembali berkata-kata.

"Irna, maafkan Iman ya, sebab dalam tempoh setahun ni Iman banyak menyusahkan Irna, dan terima kasih jugak sebab Irna selalu ada di sisi Iman. Jasa dan pertolongan Irna selama ni mungkin Iman tak sempat nak balas, hanya.."

"Iman, janganlah cakap macam ni. Iman tak menyusahkan Irna pun," Irna pantas memintas kata-kata sahabatnya itu. Dia tidak sanggup untuk mendengar bait-bait kata yang ingin disampaikan oleh Iman.

***********

Seperti biasa keluarga Iman akan datang melawat pada hujung minggu. Irna pula akan menemani Iman. Hubungan Irna dengan keluarga Iman juga semakin baik hari demi hari. Ibu dan ayah Iman sangat berterima kasih kepada Irna kerana telah banyak menolong dan memberikan kata-kata semangat kepada anak perempuan tunggal mereka. Hati ibu mana yang tidak sebak apabila melihat penderitaan si anak. Kalau diikutkan hatinya, ingin sahaja dia menjaga Iman sepenuh masa tetapi dia tidak berdaya. Memandangkan Iman bersekolah di sekolah berasrama, mereka sekeluarga pasrah. Namun, mereka bersyukur sekurang-kurangnya Iman mempunyai seorang sahabat yang baik seperti Irna.

"Iman, Iman dengar cakap ibu sayang," ada titis air di tubir mata ibunya.

"Iman mesti jaga diri Iman baik-baik tau. Ubat tu mesti makan. Kalau Iman sakit, beritahu ibu, beritahu warden. Kalau boleh ibu nak sangat jaga Iman. Ibu sedih tengok anak ibu tanggung sakit sorang-sorang," pelukan dieratkan diiringi dengan tangisan yang berpanjangan. Irna yang tidak dapat menahan kesedihannya juga turut menitiskan air mata . Begitu juga dengan ayah dan adik-beradiknya.

"Ibu, insya-Allah, Iman akan dengar nasihat ibu tapi ibu kena janji dengan Iman. Ibu janganlah nangis. Iman tak sanggup tengok ibu nangis sebab Iman. Ayah, jaga ibu baik-baik. Jangan bagi ibu lemah semangat, boleh ayah? Ibu?" ibu dan ayahnya hanya mampu mengangguk lemah.

"Irna, terima kasih atas segala-galanya. Ibu harap Irna boleh tolong tengok-tengokkan anak ibu. Kalau ada apa-apa berlaku, tolong beritahu ibu ye," Irna mengangguk perlahan seraya tunduk menyalami tangan milik ibu Iman. Hubungan yang baik antara mereka menyebabkan ibu Iman tidak segan membahasakan dirinya sebagai ibu dengan Irna.

*****************

"Iman, kenapa ni? Iman sakit lagi ke?" Irna semakin risau melihat keadaan Iman yang semakin teruk. Dia mula hairan dan bimbang jika ada sesuatu yang akan menimpa Iman.

"Iman, jom kita pergi hospital. Irna tengok Iman dah teruk ni, selalu je sakit kepala, muntah-muntah, kita pergi hospital ok?" Irna sudah tidak mampu berlembut dengan Iman. Sudah banyak kali dia cuba memujuk Iman untuk pergi ke hospital. Namun jawapannya tetap sama.

"Irna, Iman okeylah. Cuma sakit kepala biasa je ni. Nanti lepas makan panadol okeylah," Iman hanya senyum segaris.

"Tak boleh. Hari ni Iman kena dengar juga cakap Irna. Kita mesti pergi hospital hari ni. Iman tunggu sekejap. Irna nak inform kat warden," pandangan Iman mengiringi langkah sahabatnya.

"Dah lama ke sakit ni?" doktor di hadapan memulakan bicara sambil mencatat sesuatu dalam buku laporan kesihatan.

"Ermm, agak lama jugak la, tapi dulu tak sakit macam ni. Sekarang ni sakit sangat-sangat. Kadang-kadang tak boleh nak tahan," Irna menggengam erat tangan sahabatnya. Dia berdoa agar tiada perkara buruk yang akan berlaku.

"Selera makan macam mana? Okey?"

"Entahlah doktor tapi sekarang ni memang tak boleh makan sangat, selalu je tak ada selera," doktor mengangguk perlahan sambil meneruskan catatan.

"Ermm doktor, maaf mencelah, tapi saya nak tahu kenapa hidung Iman berdarah. Kadang-kadang gusi pun sama," doktor mula memandang Iman.

"Kita buat blood test dulu, nanti kita tengok macam mana," Iman dan Irna saling berpandangan. Mereka mula merasakan seakan ada sesuatu yang tidak kena.

**************




"Iman, saya harap Iman akan bersabar, mungkin apa yang bakal saya sampaikan terlalu susah untuk diterima, tapi saya yakin Iman seorang yang kuat,"

Berita yang disampaikan oleh doktor agar sukar untuk diterima. Sudah kering air matanya mengenangkan perkara tersebut. Namun, dia beristighfar panjang. Iman sedar segalanya telah ditentukan oleh Allah Pencipta Alam. Dari Dia kita datang dan kepada-Nya kita kembali. Akhirnya dia redha atas segala-galanya.

"Hasil dari blood test yang telah dibuat, saya dapati Iman menghidap penyakit leukemia," Iman dan Irna sangat terkejut dengan berita yang dikhabarkan. Bagaikan hendak luruh jantung mereka. Iman hanya mampu memandang Irna dengan pandangan kosong yang sukar untuk ditafsirkan.

"Pada mulanya saya ingatkan result tu salah. So saya dah buat test tu 2 kali dan hasilnya memang positif. Saya harap Iman banyakkan bersabar ya," doktor itu dapat melihat kesedihan yang terpancar di wajah mereka. Lidah mereka juga kelu untuk berbicara, mungkin masih terkejut dengan berita yang diterima.

"Penyakit ni dah peringkat kedua, dan mungkin kejam kalau saya cakap penyakit Iman ni dah nak sampai peringkat ketiga,"

"Kalau kita dapat kesan dari awal-awal, mungkin sempat untuk kita berikhtiar. Iman akan selamat kalau ada sum-sum tulang yang sesuai, tapi sekarang ni, agak susah untuk kita dapatkan sum-sum tulang yang sesuai, tapi insya-Allah, tak mustahil untuk sesuatu berlaku jika diizinkan oleh Allah,"

"Iman, Iman!!" Irna hairan melihat Iman yang jauh termenung. Dia tahu apa yang sedang difikirkan oleh sahabat baiknya itu. Setiap kali dia melihat wajah pucat Iman, pasti rasa sedih bertamu di hatinya. Sebagai hamba Allah yang lemah, dia hanya mampu berdoa agar sahabatnya itu diberikan kekuatan dan dipanjangkan umur.

"Eh, Irna, maaflah, Iman tak perasan tadi," Iman tersedar. Dia tahu dia harus kembali ke alam nyata. Berita tentang penyakitnya yang diterima sejak hampir setahun yang lalu sering mengganggu ketenangannya. Bukan dia tidak menerima takdir Allah tapi dia takut. Dia takut untuk menghadapi sakaratul maut. Bagi dirinya, bila-bila masa sahaja Malaikat maut akan menjemputnya kembali kepada Yang Esa. Mungkin esok, minggu depan dan mungkin juga tahun hadapan. Memikirkan hal itu, dia dirundung kesedihan. Dia sedih kerana andainya telah ditakdirkan dia akan pergi dalam tempoh terdekat ini, dia sudah tidak dapat sujud kepada Allah Ta'ala, dia tidak lagi dapat berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya. Dia juga takut apabila memikirkan adakah cukup amalannya selama ini untuk dihadapkan di hadapan Allah. "Ya Allah kau ampunkanlah segala dosa ibu bapaku, dosa-dosaku, dosa seluruh ahli keluargaku, dosa guru-guruku, dosa sahabat-sahabatku, dosa muslimin serta muslimat. Kau matikanlah aku dalam iman dan Islam," detik hatinya.

********************

"Assalamualaikum, Irna," hati Irna berdegup kencang sebaik sahaja menerima panggilan ibu Iman.

"Waalaikumussalam, ibu, kenapa ibu, Iman sakit ke?" Irna semakin gelisah apabila terdengar esakan halus dari corong telefon. Dia tahu ibu sedang menangis.

"Irna, boleh tak Irna datang ke rumah ibu sekarang. Iman, nazak,"

Irna segera bertolak ke rumah Iman bersama-sama kedua-dua ibu bapanya. Perjalanan selama sejam lebih itu dirasakan bertahun lamanya. Air matanya tidak berhenti mengalir. Sedaya upaya dia menahan perasaan agar bersabar tetapi dia tidak mampu. Dia tidak mampu untuk memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. Dia masih ingat pandangan Iman sewaktu hari terakhir persekolahan sebelum cuti penggal bermula. Pandangan Iman tika itu memang sukar untuk dimengertikan. Hanya air mata duka yang mengiringi perpisahan mereka saat itu. Kata-kata maaf yang diungkapkan oleh Iman juga masih segar di ingatannya.

"Irna, maafkan Iman ye. Terima kasih sebab sudi jadi sahabat baik Iman. Irna mesti ingat, walau apapun yang berlaku, Irna mesti tabah. Terima takdir Allah seadanya, dan satu lagi, jangan biarkan hubungan Irna dengan ayah dan ibu terputus seandainya Iman pergi dulu. Satu perkara yang Irna kena ingat, Iman sayang Irna, sayang sangat-sangat,"

Irna tidak dapat menahan perasaannya. Dia menangis lagi. Kata-kata Iman tempoh hari betul-betul mengganggu fikirannya.

*****************

"Assalamualaikum," dengan lemah salam diucapkan. Langkah Irna lemah tidak bermaya. Kedatangannya disambut dengan tangisan dan pelukan ibu Iman. Dia dapat merasakan betapa eratnya pelukan itu. Hatinya pedih, jantungnya pula seakan berhenti berdegup.

Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya apabila melihat seorang sahabat yang selama ini berkongsi susah senang dan suka duka bersamanya sedang terbujur kaku. Fikirannya ketika itu kosong. Bukan senang untuk menerima kenyataan itu. Kenyataan yang ternyata pahit untuk ditelan. Namun, dia pasrah dan redha dengan takdir Allah. Sebagai hamba Allah yang beriman, dia mesti kuat dan bersabar menghadapi ujian hidup. Kata-kata arwah Iman kembali menerpa ingatannya.

"Irna, maafkan Iman ye. Terima kasih sebab sudi jadi sahabat baik Iman. Irna mesti ingat, walau apapun yang berlaku, Irna mesti tabah. Terima takdir Allah seadanya, dan satu lagi, jangan biarkan hubungan Irna dengan ayah dan ibu terputus seandainya Iman pergi dulu. Satu perkara yang Irna kena ingat, Iman sayang Irna, sayang sangat-sangat."

"Insya-Allah Iman. Irna mesti kuat. Irna mesti tabah dan Irna pun sayangkan Iman. Sayang sangat-sangat," getus hatinya.

************

Arwah Iman sudahpun selamat dikebumikan. Perasaan sedih masih setia bertamu di hatinya. Dia masih ingat betapa susahnya untuk mencium dahi arwah Iman gara-gara air matanya yang tidak henti-henti mengalir. 'Sejuk'. Itulah yang dirasakannya sewaktu mencium dahi arwah buat kali terakhir.

"Irna," dia tersedar dari lamunan. Ibu Iman di sebelah dipandang sayu. Apalah sangat kesedihannya jika dibandingkan dengan kesedihan seorang ibu yang kehilangan anaknya. Irna dapat melihat tubir mata ibu Iman masih digenangi air jernih.

"Ya ibu," tangan si ibu digengamnya seerat mungkin.

"Ibu jumpa surat ni atas meja arwah, untuk Irna," dalam sebak ibu Iman menuturkan kata-kata.

Tangannya terketar-ketar semasa membuka lipatan surat itu. Surat terakhir daripada seorang sahabat. Tanpa dapat ditahan, kolam matanya pecah lagi. Bagaikan baru semalam mereka dipertemukan, kenangan mereka bersama masih segar di ingatan.


Buat sahabatku Irna.

Assalamualaikum,

Iman bersyukur sangat-sangat sebab Allah telah mempertemukan kita, walaupun pertemuan kita hanya sekejap cuma tapi Iman tetap berterima kasih kepada Allah sebab melalui Irna, Iman berpeluang mengenali erti sahabat sejati Irna. Maafkan Iman atas segala kesilapan yang pernah Iman lakukan sepanjang persahabatan kita. Sebenarnya Iman pun dah tak tahu nak tulis apa. Kepala Iman sakit sangat ni tapi Iman tak nak tinggalkan Irna tanpa kata. Kalau boleh Iman nak sangat jumpa Irna. Takut nanti tak sempat. Mungkin sekarang ni Iman dah dipanggil menghadap Ilahi. Kalau boleh, Iman nak tengok Irna sebelum kita berpisah buat selama-lamanya tapi Iman juga nak minta maaf kalau Irna hanya sempat tengok jasad kaku Iman. Bukan Iman nak tapi ingatlah mati itu pasti bagi setiap manusia. Iman harap, Irna akan bersabar. Tolong doakan Iman di sana ye. Sebenarnya, Iman takut sangat Irna. Iman takut mati. Iman takut amalan Iman tak cukup tapi apakan daya Iman, Iman dah tak boleh nak buat apa kalau dah takdir Iman akan pergi dulu. Cuma Iman harap Irna teruskan impian kita untuk jadi wanita solehah. Gunakanlah masa dengan sebaik mungkin. Laksanakanlah ibadah dan perintah Allah selagi masa masih ada sebab kita tak tahu bila sebenarnya ajal maut kita. Ingatlah sahabatku, kematian tidak akan menunggu sehingga seseorang itu bersedia untuk menghadapinya.

Buat tatapan Irna, Iman sempat tuliskan lirik lagu nasyid yang kita suka. Hayatilah setiap bait kata-kata yang ada pada lirik ni. Akhir kata doakanlah Iman di sana. Wassalam.

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau nsanea rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman




Surat itu dilipat kembali. Matanya basah dengan air mata.

"Ya Allah, kau tempatkanlah sahabatku dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin," doanya di dalam hati.

"Semoga Syurga menjadi milikmu, sahabatku. Walaupun pertemuan kita di dunia fana ini telah berakhir, Irna berdoa agar kita dipertemukan kembali di Jannah-Nya. Amin."

sumber>> iluvislam

WANITA VS HAID...

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAUlebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapahal ini boleh terjadi??

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini)Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'."Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Thursday, August 26, 2010

KISAH BUDAK NAKAL

assalamualaikum semua...untuk post kali nie aku nak cerita pasal pengalaman aku sebagai seorang budak yang agak nakal...ha3...aku pun sebenarnya tak tahu nak cakap sama ada pengalaman ni merupakan satu pengalaman yang pahit ataupun manis. tapi bagi aku, inilah pengalaman hidup...


ok...nak mula dari mana ya?? hm...ok...macam ni ceritanya, masa ku kecik2 dulu, tak silap aku lah, masa tu aku baru berumur 8 tahun atau 9 tahun... aku nie seorang budak perempuan yang boleh dikatakan agak lasak lar kot...


masa tu, sepupu2 aku ada lar datang ke rumah aku, so, kitorang sume ni main lar satu permainan yang dinamakan 'polis entry'...memang bez lar maen game nie...sape yang pernah cuba mesti tahu yang game nie syok abis!!!


hah!!!disebabkan terlalu syok lah, kepala aku telah dijahit. masa tu aku tengah bersorak keriangan sebab berjaya mengalahkan pihak lawan...iaitu yang menjadi seorang penjahat. manakala aku pula sebagai seorang polis...masa aku tengah bersorak keriangan tu, tetibe jer kepala aku ni terhantuk kat bucu dinding...nak kata sakit tu memang lar...tapi aku tak nangis pun...juz berhenti maen kejap jerk..



and masa aku turun tangga...suddenly, abang aku yang masa tu ade kat belakang aku, tegur lar aku... die cakap ade banyak darah kat kepala aku..tapi aku tak percaya coz aku tak lah sakit sangat...tapi daalm tak percaya tu, aku still sentuh kepala aku lar... nak tahu betul ke tak...dan ternyata memang betul...tangan aku basah kena darah..sebab darah keluar banyak...dan aku apa lagi, terus nangis...maklumlah, masa tu aku tengah panik...takut betul lar... macam-macam perkara yang bermain di fikiran aku masa tu...


masa tu dah nak dekat maghrib...umi ngan abah aku pulak tengah kalut-kalut... ye lar kan, kepala anak tengah berdarah dengan banyak, tak kan nak buat relax jer kan??? dan kalau dah pun namanya time nak dekat maghrib, so, tak banyak lar klinik yang bukak masa tu, masa tu tak silap aku lah, dalam pukul 6.50 petang...so, abah pun tak abis pikir nak antar klinik mana...last sekali, abah aku teringat kat pusat rawatan komuniti yang bukak 24 jam..


and then, masa kat pusat rawatan tu, aku pun terus jer nangis...tak berhenti lagi lar nangis... masa kat dalam bilik rawatan tu kan, aku memang rasa takut sangat...aku siap pesan lagi kat doktor, yang aku tak mo doktor jahit kepala aku. aku takut sakit...and then doktor cakap kat aku, yang doktor tak jahit pun...nak buang batu jer... batu ape pun aku tak tahu...dan aku sedar doktor tipu aku pun masa aku dah agak besar sikit..mybe masa darjah 4 ke, darjah 5 ker...


yang paling bez ialah aku dapat cuti...tak payah pergi sekolah...hooreyy!!memang suka sangat...
lepas dua hari kepala aku dijahit, aku terpaksa ke klinik sekali lagi...aku pergi dengan umi aku..sebab doktor cakap nak buang benang tu...memang sakit beb!!! tapi, aku tahan je lar...dan kepala aku ada botak sikit kat atas sebab dicukur masa nak jahit kepala aku tu...tapi, sekarang dah tumbuh lar rambut tu..


itulah pengalaman aku sebagai seorang kanak-kanak yang agak aktif ...aku tak tahu sama ada ia boleh dirujuk kepada pengalaman yang manis atau pahit...yang pasti, pengalaman mematangkan diri kita sendiri...sejak kejadian tu, aku dah tak nakal-nakal lagi...

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

mengapa mereka sanggup membuang bayi yang masih suci ini???
tidak sedarkah mereka bahawa perbuatan ini merupakan satu dosa besar???
pabila syaitan menguasai diri, beginilah jadinya...


apakah ini yang dinamakan sebagai fesyen???
tapi...mengapa begitu pelik???
argh!!!fikiran mereka telah dipengaruhi oleh budaya barat
jangan biarkan anak muda mengamalkan budaya barat
ajaran islam lah yang patut diikuti oleh mereka
bukannya budaya yang sebegini


dimanakah letaknya malu mereka???
tidakkah mereka tahu bahawa berdua-duaan di tempat yang sunyi itu boleh membawa kepada zina??
masyaALLAH...
adakah ini yang dinamakan dunia akhir zaman???


ya ALLAH,
ape nak jadi pada anak muda zaman sekarang???
merempit sana, merempit sini,
semoga mereka mendapat hidaya daripadaMU untuk berubah...


Wednesday, August 25, 2010

ASSALAMUALAIKUM

assalamualaikum semua...apa kahabar kalian?? sihat?? happy?? sedih?? atau...arghh!!!ape-ape je lar...ni pose tak?? hah!!! jangan nak ponteng pose ok...tak baek....hm...rasanya dah lama kot aku tak buat entry baru kan???hah!!! tu tandanya aku tengah tak de idea...tak tau r nak taip pasal apa...otak tengah blur nih...


hmm...sedar tak sedar hari ni dah masuk 15 ramadhan...begitu pantas ramadhan berlalu...rasanya baru semalam start pose...ahh!!! tak lama lagi ramadhan akan pergi meninggalkan kita...


sayu hati ini rasanya...namun, ku tabahkan jua...ramadhan pasti tiba lagi...tapi persoalannya, adakah umurku cukup panjang untuk menempuh ramadhan pada tahun hadapan???hm....mungkin ya, mungkin jugak tidak. kita tidak tahu ketentuan ALLAH. semua tu rahsiaNYA. tiada siapa yang mengetahuinya...


adooiii!!!!hari ni merupakan hari yang......aku tak tahu sebenarnya. sama ada aku happy, sedih aatau...tapi, aku boring sangat...arghh!!!masa BM tadi cikgu mahani tak mengajar pun. so, kami bukak lar kelab bual...but, bukan bual kosong. kawan aku, athirah bercerita pasal anak RASULULLAH SAW, iaitu fatimah...tapi, tengok buku lar...hihihi


hmm....ok lar. aku pun tak tahu lar nak taip pasal apa...coz otak tengah jem...tak de idea langsung nih...huhuhu..assalamualaikum

Friday, August 20, 2010

KAHWIN...


sebenarnya....apakah maksud disebalik kahwin??? hm...memang tak habis pikir...tapi bagi aku, kahwin nie merupakan ikatan perasaan antara dua jiwa...tapi, dari sudut islam pulak, kahwin nie terjadi selepas akad nikah( eh, betul ke???...ntahlah)


macam2 kisah kahwin yang aku simpan...tapi, bukan aku kahwin tau... sekadar kisah di sebalik kahwin...


aku ngan kawan2 aku ada jugak cakap pasal kahwin sekali-sekala..macam2 yang kitorang borak...antaranya ialah ciri-ciri suami...dan kadang2 tu kitorang ada cakap jugak macam mana lar nanti kalau kitorang dah kahwin... apa yang akan terjadi?? adakah kitorang still bersahabat baik macam sekarang nih?? argh!!! harap2 lar hubungan persahabatan tak kan terputus macam tu jerk walaupun kitorang dah kahwin....



aku n da geng nie boleh dikatakan berfikiran jauh kot...sebab kitorang dah fikir nak berapa orang anak...ha3...aku ada jugak bincang pasal nie dengan kawan aku masa umur aku baru jer 12 tahun..adakah usia 12 tahun terlalu kecik untuk membincangkan perihal nih??? bagi aku, memang kecik sangat...tapi, kitorang still nak pikir pasal nih...dan kadang2 tu, disebabkan fikiran kami ni terlalu jauh, nama anak pun kitorang dah discuss...hisy3...apa punyer budak r....ha4


tapi, bila cakap pasal kahwin ngan umi aku, umi aku akan cakap "ish kakak nih...kecik lagi ke, tok payoh nok mikir pasal nikoh lar...belajar sunggoh dulu...biar dapat masuk U, pahtu dapat kijo, baru mikir nikoh...masok pon tok panda lagi...nok nikoh doh" ha...itulah yang umi aku selalu cakap kat aku bila aku cakap pasal kahwin ngan umi aku...tapi betul jugak apa yang umi cakap, belajar dulu, baru pikir pasal kahwin...lagipun, tak sesuai lar budak 14 tahun pikir pasal kahwin...=)


kat sekolah pulak...dengan clazmet...especially masa tengah belajar...kalau cikgu cakap pasal kahwin, mesti mata2 yang dah layu tu kembali segar...macam baru lepas kena siram dengan air dan dibaja...dan kalau cikgu tanya pasal masa hadapan masing2, mesti sume sibuk pikir pasal kahwin...dalam otak budak2 nih, kalau besar, mesti kahwin..bukannya nak belajar...ish3...
lucu betul r budak2 nih....

setakat ni sahaja entry aku untuk kali nie...nanti kalau aku rajin..aku buat lahi erk??? semoga kalian terus dirahmati oleh ALLAH...pose jangan ponteng tau...ALLAH nampak...ALLAH nampak...assalamualaikum wbr...

Thursday, August 19, 2010

ANDA MUDAH MARAH??? MARI BELAJAR MENGAWALNYA

"Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. Untuk apakah paku-paku ini ayah?tanya pemuda tersebut. Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

“Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.”

SAHABAT adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

SALAHKAH SEBUAH PERASAAN

Semua orang tahu,cinta itu fitrah manusia,hatta haiwan seperti kucing juga suka dibelai,diusap,dimanjai dan diberi perhatian,apatah manusia yang mempunyai perasaan halus,menginginkan kasih sayang,mendambakan sebuah 'take care'. Cuma yang menjadi persoalan ialah, haramkah punya rasa cinta pada ajnabi?Salahkan seorang perempuan yang mengasihi seorang lelaki,dan seorang lelaki yang menyayangi seorang perempuan yang bukan mahramnya?

Saudaraku sekalian, mari kita mengimbau sirah,Siti Fatimah r.a telah punyai rasa cinta pada Saidina Ali sebelum mereka diijabkabulkan sehinggakan hatinya sentiasa berbunga ceria setiap kali Saidina Ali r.a mengunjungi rumahnya atas urusan dakwah bersama Rasulullah S.A.W. dan beliau sentiasa
menantikan kehadiran insan yang telah membuat hatinya seperti sebuah taman yang dipenuhi bunga-
bungaan. Justeru,haramkah sebuah perasaan? Jawapannya,tentu sekali TIDAK. Apa yang perlu
dititikberatkan ialah BAGAIMANAKAH perasaan itu disalurkan pada tempat dan suasana yang benar sebagaimana yang ditetapkan syara'. Semuanya bergantung kepada cara kita mempamerkan perasaan
kepada si dia. Jika betul langkah,betullah jadinya.Jika salah langkah,haramlah jadinya.

Apa yang penting, jangan menyalahkan fitrah yang Allah berikan dengan mngatakan "saya terlanjur kerana saya amat mengasihinya.yelah...perasaan itu Tuhan yang bagi,kan.." Inilah jawapan orang
yang jahil akan hukum hakam Al-Quran.Saudaraku,ingatlah bahawa Islam bukanlah agama yang mengongkong ummatnya daripada hidup secara bebas tetapi menjaga ummatnya daripada terbabas,Islam juga sebuah agama yang mengajarkan nilai adab,bukannya biadab.

~SAMA-SAMA RENUNGKAN~

Wednesday, August 18, 2010

HARI PENUH KEKALUTAN....




hari nie merupakan hari yang penuh dengan kekalutan buat diriku...macam-macam yang terjadi pada hari nie....ku tempuh segalanya dengan segala kudrat yang ALLAH kurniakan buat diriku, hambaNYA yang lemah...serba kekurangan....


masa kat sekolah tadi, aku kena buat oral BI. arghh!!! sungguh mendebarkan...tap, aku buat tak tau jer kat prasaan yang satu tu...tak nak aku biarkan perasaan berdebar menguasai diri...tak nak!!! memang takut wohh!!! tapi ALHAMDULILLAH, dengan izin ALLAH,semuanya berjalan dengan lancar...and thank you to my dear friend deq trah, coz tolong kak dhirah masa present tadi... kak dhirah sangat-sangatlah menghargai pertolongan deq trah tu...kalau tak de deq trah tadi, tak taulah apa yang akan terjadi...thank you sangat deq trah...sayang adeq akak nih...
ha3!!!


dan hari nie jugak, aku terpaksa bertungkus-lumus menyiapkan kerja sekolah penulisan...nasib baiklah speed otak aku tengah laju...so, kerja pun siap dengan cepat..express gitu...kalau tak siap, alamatnya menyesal tak sudah lar...ha3...



next week pulak, kena deklamasi sajak...kat dalam kelas jer...tapi still takut...sebab kena tengok muka budak-budak kelas aku...ha3...tadi pun ada orang yang dah deklamasi sajak...lucu betul r...especially masa miah A.K.A kak rasya deklamasi...ha3...aku gelak habis...kecian pulak kat kak rasya rasanya...tapi, bez lah nyakat kak rasya...nanti time aku, aku tak taulah apa yang akan jadi, arghh!!!tak kisah lar..jadi lar ape pun...


setakat ini sahaja entry aku untuk kali nie. bertemu lagi di lembaran baru. aku buat entry nie pun sebab kak rasya ngan adeq trah suruh buat..diorang cakap yang aku tak buat entry baru, tak tau nak baca apa kat blog aku yang sedia usang nih...ha3...
assalamualaikum sume




Sunday, August 15, 2010

F4E( friends 4 ever )




ahli kumpulan...
nadhirah = d-rah
amirah = miah
raihan = rehan
athirah
= t-rah


ketua kumpulan...
sape2 jerk...sume pun boleh


mula ditubuhkan...
waktu sains, 15/08/10


tempat berpusat...
2amanah, smk puteri, kota bharu, kelantan, malaysia, bumi, bima sakti, alam ciptaan ALLAH


aktiviti seharian...
-berbual-bual ( bukan bergosip ok )
-study sama2
-hmm...macam2 lagilah


yuran pendaftaran...
rm 0.00


yuran bulanan free of charge


maklumat pasal F4E
diasaskan oleh seorang insan yang bernama nadhirah binti mohd nashit dengan persetujuan semua ahli yang lain. ahli group ini sangat terhad. iaitu hanya 4 orang. terdiri daripada 4 orang sahabat yang begitu akrab. ahli yang paling tua ialah rehan, diikuti oleh miah, d-rah dan yang paling bongsu ialah t-rah. perangai ahli ni lebih kurang sama jerk. kami semua tersangatlah gedix...tapi gedix2 kami pun ngan kaum hawa jer..diulangi ya..KAUM HAWA SAJA...tapi, tak de lah smpai lesbian... we don't like lesbian... kami jugak tak suka bercouple, tak macam remaja2 yang lain 2... sebab, kami tahu yang COULE 2 HARAM... So, memang kami tak kan couple... prinsip kami, SAY NO 2 COUPLE... HAHAHA... itulah serba sedikit pasal F4E

Saturday, August 14, 2010

RESAH DI HATI

arghh!!!
hatiku resah...
tanpa ada yang mengetahuinya...
bagaimana ini bisa terjadi??
aku tidak tahu...


apakah puncanya??
dimanakah silapnya??
hingga hati aku jadi tidak tenteram...
jadi gundah gulana??


bukan ini yang aku pinta...
hanya ketenangan yang ku impikan...
dalam melayari hidup penuh cabaran, dugaan dan segala macam godaan


dimana harus aku luahkan perasaan ini??
kepada siapa harus ku kongsi rasa ini??
argh!!! biarlah perasaan ini bertapa di hati buat sementara
pasti perasaan ini akan pergi seiring dengan masa yang pasti berlalu


bagai ada perkara buruk yang kan berlaku...
namun,.,. itu sekadar firasat...
ku hanya harapkan agar semuanya baik2 saja...
moga akan ada sinar bahagia untuk diriku...
AMEENN!!!



RaMaDhAn

Wednesday, August 11, 2010

KEHIDUPAN SEORANG PELAJAR

7.40 pagi
aku dan semua pelajar bergerak menuju ke persada puteri untuk membaca surah yasin...ini adalah aktiviti yang kami perlu tempuhi sepanjang bulan ramadhan yang penuh barakah ini...


8.00 pagi
sesi bacaan yasin tamat...semua pelajar perlu ke kelas masing2 untuk mengikuti sesi P&P yang akan berjalan seperti biasa...masa pertama kelas aku ialah masa PJK...cikgu yang mengajar subjek ni ialah cikgu zahari...hmm...aku rasa mengantuk sangat...


9.00 pagi
PJK sudah tamat...tiba pulak masa PAI... maybe ramai yang hepy masa nih sebab ustazah noridah tak datng...tapi aku??? entahlah...aku tak tahu apa perasaan aku pada masa tu.. aku just cakap dengan kawan aku, miah...sambil2 tu, buku2 ada jugak atas meja aku...untuk menunjukkan bahawa aku sedang belajar kat cikgu walaupun kenyataan adalah sebaliknya...ha3


9.40 pagi
hah???apa dah terjadi??? hmm...aku rasa malas nak cakap...biarlah rahsia


10.20 pagi
masa rehat sudah tiba...h00reyy!!!...aku dan beberapa kawan aku bergerak menuju ke surau untuk tadarus al-quran...memang bersemangat lah masa tu...tapi, sebelum baca al-quran, kena lah amik air sembahyang dulu...


10.40pagi
rehat sudah tamat... dan inilah masa yang paling best...geografi time...yang diajar oleh cikgu maznah kesayangan kami...macam2 lawak yang dibuat oleh monitor kelas aku untuk menghilangkan rasa mengantuk yang kian menguasai diri anak2 buahnya. nasib baiklah ada lawak2 tu, kalau tak, aku rasa maybe semuanya dah terlelap...tak pun, tersengguk-sengguk...
cikgu pun buat lawak jugak...maybe cikgu perasan tak yang pelajar2 nya dah mengantuk...


12.00 tengah hari
adooii!!! mengantuknya...nasib baiklah aku tak tertidur dalam kelas...aku just tahan jerk mata aku agar tak tertidur masa tcer tengah mengajar...


12.40 tengah hari
before aku tunggu cikgu masuk kelas, aku sempat lar tidur lebih kurang 5 minit... kejap jerk...tapi, maybe cukup untuk menghilangakan rasa mengantuk dan melupakan rasa lapar buat seketika... bila cikgu masuk jer...aku terus bangun...yang buat mata aku kembali segar masa BM ialah apabila cikgu suruh masuk computer lab...terasa mengantuk tadi hilang entahk kemana...


1.20 tengah hari
pelajar2 tingkatan 2 perlu ke surau untuk bersembahyang zohor secara berjemaah...so, denga rela dan senang hatinya, aku pun pergilah...begitu jugak dengan pelajar2 laen...


2.00 petang
loceng dibunyikan...doa jugak turut dibacakan...semua pelajar smk puteri menuju ke pintu pagar untuk pulang ke rumah masing2. ada yang dijemput oleh ibubapa...ada yang balik jalan kaki...nagn motor...ngan basikal...ngan bas pun ada....


*ITULAH KEHIDUPAN AKU DI SEKOLAH PADA HARI NI

Monday, August 9, 2010

ADAM DAN HAWA


Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

BUAT MUSLIMAH

Seindah mawar yang menguntum

Seharum bauan nan mewangi

Tumbuhnya dikau di taman hati

Kedua ayahbunda yang dihormati


Wanita...

KejelitaanMu tiada ukur tara

Bukanlah pada paras diwajah

Tapi keayuanmu datangnya

Dari hati yg beriman lagi bertaqwa

Letaknya harga diriMu

Bukanlah dengan bergaya pakaianmu.

Itulah benteng yang menunjukkan

Seorang muslimah yang jitu

Iman disanubari adalah mahkota yang tidak ternilai

Janganlah biarkan ia dirampas hancur berkecai


Remaja...

Kami semua remaja

Diri adakalanya meronta

Ingin mencuba

Tetapi ada batasannya

Jikalau Iman teguh didada

Gundah gulana dapat dijajah

Taqwa yg kau semadikan

Dalam diri yang penuh dengan pencarian

Ya Allah mudahkan kita jalani kehidupan

Dengan penuh keredhaan

Demikian itu

Jagalah dirimu seperti dikau

menjaga harta kesayanganmu


Wanita...

dikau ibarat rama-rama

Selagi warna sayapmu tidak terurai

Selagi itulah dikau diMinati dan diSayangi

Saturday, August 7, 2010

ERTI DEWASA MAKNA KANAK-KANAK


dewasa??kanak2?? mana lagi best?? sesetengah orang akan cakap jadi kanak2 lagi best jadi dewasa. sesetengah orang pulak akan cakap jadi dewasa lagi best daripada jadi seorang kanak2. aku?? aku rasa aku lagi suka jadi seorang kanak2 kot. why?? sebab kanak2 best...


sebenarnya, apakah yang dimaksudkan dengan dewasa??? adakah dewasa nie bermaksud mempunyai banyak masalah??? dan adakah masalah tu tak pernah dan tak akan selesai??? argh!! aku tak tahu. adakah dewasa ni perlu terjebak dalam masalah cinta??? maksud aku dalam memilih pasangan hidup??? perlu ke??? tapi, menurut pemerhatian aku, orang dewasa ni banyak sangat masalah. masalah yang....susah untuk dijangka..ntahlah..aku pun tak tahu.


dan, apakah pula maksud kanak2?? tak de masalah?? erm...tak kot sebab kanak2 pun mesti ada masalah. walaupun kanak2 tak tahu yang dia sedang menghadapi masalah.kan??? aku suka kanak2. sebab kanak2 ni macam tak de masalah jer. always happy. jarang tengok kanak2 ni mengalami kemurungan. berbanding dengan orang dewasa kan?? aku harap aku akan jadi kanak2. tapi, aku tahu zaman kanak2 aku telah berlalu dan zaman tersebut tak mungkin akan berulang. kalau berulang pun, mungkin cuma dalam mimpi jerk...


so, isunya, mana lagi best?? kedua-duanya ada keistimewaan masing2. kanak2 pun best. dewasa pun best. kita perlu melalui kedua-duanya. tak kiralah nak ke tak nak. kecualilah jika ajal datang menjemput. dan aku cuma mampu berharap, agar semua pengalaman menjadi kanak2, akan mematangkan diri aku sendiri dalam meniti alam remaja dan insyaALLAH alam dewasa juga. AMEEN!!!

Tuesday, August 3, 2010

ARGH!!! BERDEBAR BETUL


besok budak2 2manah akan menyaksikan satu pertandingan debat....
pertandingan nie biasa2 saje....
debat antara budak2 kelas kitorang jer...
pasal perubatan tradisional lebih baik daripada perubatan moden...
walaupun nie pertandingan biasa2 jer..
hatiku tetap berdebar....
agaknya, kalau jantung ni boleh keluar...
memang dah lari dah....


banyak yang perlu difikirkan.....
pasal isi2 tentang perubatan tradisional...
pasal cara2 nak kawal rasa berdebar yang keterlaluan nih...
dan pasal masalah peribadi yang tak pernah dan tak akan selesai...
arghh!!!!


arg!!!ayat untuk debat esok belum buat lagi nih...
nak buat ayat yang sedap2 'n' power2
tapi....tak pandai lar....
cikgu cakap mintak tolong ngan abang atau kakak untuk buat ayat yang power...
tapi....aku takde kakak....
abang??? argh!!! abang aku tak de masa nak tolong aku...
diorang busy dengan hal masing2
so, nak mintak tolong sape nih???


arghh!!!esok akan tetap datang....
nak ataupun tak nak...
esok tetap akan tiba dalam hidup kita...
kecualilah kita sudah dijemput maut...
ya!!!aku perlu menempuh hari esok...
walaupun esok mungkin akan jadi hari yang memalukan, menakutkan...


guys!!!
be sporting ok esok...
jadilah seorang yang berani dan penuh dengan confident....
at least, untuk esok jer....
dan kepada budak2 yang juz perlu tengok kitorang beraksi...
jangan ketawakan kami ok...
hah....esok akan tetap tiba...

GO 2AMANAH GO...
WE'RE DA BEZ...
YEAH!!!

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...