Tuesday, July 13, 2010

7 NASIHAT UNTUK DIRIKU DAN DIRIMU


1. Tidak akan merasa manisnya (bahagia paling puncak) pada hari akhirat bagi seseorang yang bersifat egoistik dan suka bangga diri kerana ia saolahnya merampas hak ketuhanan yang bersifat al-Jabbar. Dan apabila tertariknya penglihatan pada diri sendiri menyebabkan terdindingnya diri daripada makrifatullah.

2. Berputus asa jangan, mengeluh pun jangan, bersabarlah menunggu keputusan Tuhanmu. Sungguhnya setiap detik dan ketika engkau berada dalam pengawasan Tuhanmu.

3. Waspadalah terhadap perbuatan dan tutur katamu dan percayalah sepenuhnya apa sahaja yang telah dipilih oleh Allah untuk dirimu kerana kebijaksanaan Allah tidak siapa yang ketahui arah tujuanNya melainkan Dia.

4. Jika engkau mati demi untuk Tuhanmu sebenarnya engkau adalah hidup bahagia. Andaikata engkau hidup tetapi dalam pelanggaran terhadap hak Allah s.w.t. sebenarnya engkau mati dan binasa walaupun bernafas dan menjadilah dirimu bangkai bernyawa.

5. Jika engkau kata engkau cintakan Allah tetapi tidak boleh bersabar dengan gigitan seekor semut merah dengan menyumpahnya, bolehkah di percayai kata-kata manismu?
6. Jika engkau menjunjung sunnah Rasulullah s.a.w. dan wahyu Tuhan sebagai pemerintah yang menguasai dirimu dalam ucapan dan perbuatan nescaya tutur katamu penuh dengan hikmah. Tetapi jika kau menjadikan hawa nafsu jahatmu sebagai penguasa ke atas dirimu nescaya perbuatan dan tutur katamu penuh dengan bidaah.

7. Wahai diriku dan dirimu, jika engkau mahu persoalanmu selesai dan hajatmu sampai hendaklah hatimu di penuhi dengan tawakkal, mohon berlindung dengan Allah dan jarum hatimu tekun menanti isyarat daripadaNya...

`Sesiapa yang menyukai sunnahku maka ia menyintai diriku dan sesiapa yang telah menyintai diriku nescaya akan bersamaku di Syurga`.

2 comments:

lu'lu'marjan said...

moga2 kita mendapat manfaat dr artikel ni..dan plg pnting sentiasa dktkan diri pd Allah...bgus dik=)

nadhirah said...

amin....
tq kak

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...