Friday, July 30, 2010

MY STORY!!

argh!!!borig nyer...tak tau nak wat pe ni.....maklumat pasal perubatan tradisional pun belum cukup lagi nie....mna nk cari nie....tapi aku still kena usaha cari maklumat tu...memang tak sabar sangat ni nak debat ngn budak2 laki....kepada budak2 laki....bersedialah kalian.... kaum hawa akan mengejutkan anda dari lena yang panjang....jangan leka ok....


hahaha.....post aku kali nie setakat ni sahaja,malas sangat nak taip nie..

erm... ni web untuk aku n kawan2 pompuan yang tercari-cari maklumat pasal perubatan tradisional::
http://www.silatwarisan.com/khazanahduniaperubatan.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubatan_tradisional_Cina


FROM:ILUV ISLAM

Saudariku,

Bangkitlah dari lenamu yang panjang,

dan tidak berkesudahan,

sekali kamu terjatuh,jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya,

kamu punya kekuatan untuk bangkit semula,

walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan,

yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas...


Saudariku...

hidup ini seperti mimpi,

seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja,

dipuji dan dipuja,

segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya,

tapi bila dia sedar dari lenanya,

dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa,

seorang raja yang bermimpi,

menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh,

dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui,

tapi bila raja itu sedar dari lena,

dia tetap seorang raja...


Saudariku...

itulah hakikat hidup di dunia,

kalau susah,susah yang sementara,

kalau senang, senang yang sementara,

tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia,

kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya...


Saudariku...

matanglah dalam urusan akhiratmu,

jgn kerna kesenangan dunia yg sementara,

kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya,

jgn kerna kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat,

jika kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya...


Saudariku...

Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,

"sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki,

itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan,

jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir dipantai,

yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,

di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya,

tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,

Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara Zabarjad.

yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja...


Saudariku...

ingatlah pesan Rasulullah s.a.w,

"barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka"

lihatlah penampilanmu,percakapanmu,ataupun akhlakmu,

moga - moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,

mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a,

kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu,

tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,

seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah...?


Saudariku...

jadilah wanita solehah,

yang taat pada Allah dan Rasulnya,

teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,

jangan kau cuba menambah atau menguranginya

walaupun langit dan bumi menghimpitmu,

jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,

binalah hubungan baik dengan Tuhanmu,

beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan,

agar tarikan dan hembusan nafasmu,

di dalam keredhaan tuhanmu,

didiklah hatimu seperti hati Rasulullah s.a.w,

walaupun dicaci, dilukai dan disakiti,

tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya...


Saudariku...

ajarlah jiwamu untuk bersahabat dengan tuhan,

ia tidak semudah pengucapan,

kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian,

di kala jasadmu bersama manusia, tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan,

di kala manusia lalai dengan keduniaan, jiwamu menangis kerna takutkan tuhan,

hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu,dengan zikir LailahaillaAllah,

berjalanlah di atas jalan seorang solehah, da'ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah,

jalan yang pernah dilalui oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a, di mana seorang yang buta pun, apabila melalui jalan ini, mereka akan bertemu syurga Allah...



semoga kamu dimuliakan Allah seperti Saidaina Fatimah r.a..di kala penghulu wanita di syurga itu ingin melalui titian sirat, Allah akan memerintahkan setiap manusia supaya menundukkan pandangan,kerna beliau adalah wanita yang tegar menjaga maruahnya di dunia..betapa tingginya maruah seorang wanita solehah..semoga kamu ditaufiqi Allah untuk mendakapnya.ameeennn

Tuesday, July 27, 2010

HARI INI ADALAH KENYATAAN


sekarang nie jam menunjukkan pukul6;53 pm.... mataku asyik mengerling ke arah jam....menunggu tiba jam 7;32 pm...tak sabar rasanya...maklumlah hari ni aku puasa....perut sejak tadi lagi berbunyi minta diisi....sambil2 menunggu waktu azan maghrib, aku singgah dulu sebentar di komputer untuk membuat kerja 'ni' yang memang tidak dapat dielakkan lagi....


aku juga ada lah membuat kerja khusus kemahiran hidup yang perlu dihantar kepada cikgu azma esok..... memang susah...namun, itulah yang perlu aku tempuhi sebagai seorang pelajar sekolah menengah. dah lar esok cikgu dah mintak kerja tu, aku pulak belum siap lagi kerja tu, argh!!!!! bosannya...


hari ni, kawan baik aku, trah ingin menarik perhatian aku dan miah... namun, kami just buat tak peduli... malas nak layan. memang begitu kehidupan kami sebagai sahabat sehari-hari...ha3...
dah aku ngan miah buat tak layan, dia dengan rela hatinya meminta maaf...hahaha...kami menang.....


argh!!! sekarang ni baru pukul 7. lambatnya masa berlalu.....tadi kat sekolah, ada lar seorang pak cik ni jual kelapa jelly kat depan sekolah....wah.....bez tau tak???? memang terliur sangat nak beli...lagipun dah lama tak makan kelapa jelly... that's my favourite food babe!!! tapi, nasib baik iman aku masih kuat masa tu, kalau tak, abis lar puasa aku.... huhu


minggu depan, abang aku akan menghadapi peperiksaan percubaan pmr... namun, dia masih leka dengan komputer...tolong doakan kejayaan dia ok... tahun nie, aku rasa happy semacam jer sebab semua adik-beradik aku akan ada exam yang penting...abang sulung(spm), abang yang no. 2(pmr) 'n' my lil' sis pulak akan menghadapi upsr...aku jer yang free tahun nie. tapi tu bukan tiket untuk enjoy... sebab, tahun depan aku akan keseorangan menhadapi pmr.....


erm....ok lah, setakat ini sahjaja entry aku untuk kali nie... lagipun, aku nak bersedia untuk berbuka puasa nie. tomyam dan juga air'nyo' sedang menantikan kehadiran aku... yummy!!!
ha3. bye3

Friday, July 23, 2010

Afgan - Pada Mu Ku Bersujud

Kumenatap dalam kelam
tiada yang bisa kulihat
selain hanya namaMu, ya Allah

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

~{}~

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
padaMu
ooOOOoo

SENTIASA DALAM INGATAN...

msa umur aku lebih kurang 4 atau 5 tahun gitu>> aku dapat mimpi yang buruk....ohh...sampai terjaga dari tidur dan terus nangis....

november/disember 2005>> first time naik flight....masa tu nak pergi sabah...boring gak naik lama2... tapi memang best...

disember 2005>> time aku tengah main polis2 dengan sepupu aku, kepalaku terhantuk sehingga berdarah....arh.....tapi....langsung tak sakit....but still crying....hi3....sebab panik....dan pada hari tu, aku telah ke sebuah klinik dan menerima beberapa jahitan....tang paling best...aku dapat mc...2 hari pulak tu...he3...abang dan adik aku jealous woh....

januari 2007>> masa tu, doktor muda baru bertapak di sekolah aku, dan akulah antara orang terawal menyertai kelab doktor muda...doktor muda is da bez...

november 2008>> result upsr keluar.... juz got 4a's 1 b...sedih sangat...

januari 2009>> mula melangkah ke sekolah menengah.....kenangan yang sangat manis.....

april 2010>> second time naik flight....untuk menghadiri perkahwinan sepupu aku.....ramai jugak family aku yang naik flight masa tu...dalam 15 orang lar....

Friday, July 16, 2010

HIDUP BERCOUPLE


couple ni best sangat ke???? erm.....tak taulah...kadang2 aku rasa jugak nak couple, tapi....sorry ok. perkataan couple tak de dalam kamus hidup aku. ramai kawan aku yang couple sebenarnya. termasuklah best friend aku sendiri. diorang cakap best woh couple. tapi, aku rasalah couple ni tak de lah best sangat. kadang2 tu menyusahkan aje. lagipun but ape nak couple??? macam tak de benda lain ke nak buat. asyik2 couple, couple dan couple.

aku kan remaja, so. aku ada lar terfikir nak couple. tapi... bila difikirkan balik... couple ni langsung tak ada manfaat. mesti nanti lagi susah nak fokus untuk study. dah lar aku ni jenis yang susah nak fokus masa belajar. kalau lah aku couple, mesti lagi susah kan???

couple ni haram ke??? ada orang cakap haram. ada orang cakap tak sebab kita bukan buat benda yang tak senonoh pun. couple jer kan?? ish3..... tapi bagi aku couple tu HARAM. berdosa. sebab ia melibatkan hubungan perasaan antara wanita dan lelaki yang tidak sah dan tidak dihalalkan oleh syarak.( eh, betul ke apa yang aku cakap??? lantak je lah)



HIDUP COUPLE
-CEMBURU-

HIDUP SINGLE
-BORING-

HIDUP STUDY
-BEBAN-

HIDUP SKANDAL
-BERDOSA-

HIDUP BERUMAH TANGGA
BLA LAGI???
HAHAHAK

(from: best friend forever aku, sina)


Tuesday, July 13, 2010

7 NASIHAT UNTUK DIRIKU DAN DIRIMU


1. Tidak akan merasa manisnya (bahagia paling puncak) pada hari akhirat bagi seseorang yang bersifat egoistik dan suka bangga diri kerana ia saolahnya merampas hak ketuhanan yang bersifat al-Jabbar. Dan apabila tertariknya penglihatan pada diri sendiri menyebabkan terdindingnya diri daripada makrifatullah.

2. Berputus asa jangan, mengeluh pun jangan, bersabarlah menunggu keputusan Tuhanmu. Sungguhnya setiap detik dan ketika engkau berada dalam pengawasan Tuhanmu.

3. Waspadalah terhadap perbuatan dan tutur katamu dan percayalah sepenuhnya apa sahaja yang telah dipilih oleh Allah untuk dirimu kerana kebijaksanaan Allah tidak siapa yang ketahui arah tujuanNya melainkan Dia.

4. Jika engkau mati demi untuk Tuhanmu sebenarnya engkau adalah hidup bahagia. Andaikata engkau hidup tetapi dalam pelanggaran terhadap hak Allah s.w.t. sebenarnya engkau mati dan binasa walaupun bernafas dan menjadilah dirimu bangkai bernyawa.

5. Jika engkau kata engkau cintakan Allah tetapi tidak boleh bersabar dengan gigitan seekor semut merah dengan menyumpahnya, bolehkah di percayai kata-kata manismu?
6. Jika engkau menjunjung sunnah Rasulullah s.a.w. dan wahyu Tuhan sebagai pemerintah yang menguasai dirimu dalam ucapan dan perbuatan nescaya tutur katamu penuh dengan hikmah. Tetapi jika kau menjadikan hawa nafsu jahatmu sebagai penguasa ke atas dirimu nescaya perbuatan dan tutur katamu penuh dengan bidaah.

7. Wahai diriku dan dirimu, jika engkau mahu persoalanmu selesai dan hajatmu sampai hendaklah hatimu di penuhi dengan tawakkal, mohon berlindung dengan Allah dan jarum hatimu tekun menanti isyarat daripadaNya...

`Sesiapa yang menyukai sunnahku maka ia menyintai diriku dan sesiapa yang telah menyintai diriku nescaya akan bersamaku di Syurga`.

Friday, July 9, 2010

ZAMAN SILAM MEMBANGKITKAN 1001 KENANGAN


untuk entry kali ni, aku nak cerita pasal program solat anakku solat. program ni berkisar tentang cara2 melaksanakn ibadat solat dengan sempurna. ia berlangsung pada 27.4.2010. program ni best sangat. banyak sangat faedah. dan yang paling best, hari ni lar aku mula kenal dengan kak2 yang baik, peramah dan comel2 belaka..

k syu
ni lar akak yang mula2 aku kenal. mula2 tu masa dalam musalla, aku tengok 'n' intai semua kakak2 sampai puas. almaklumlah, aku ni jenis yang suka memerhati. dan pada masa tulah aku ter'kelih' muka k syu sorang ni. kawan aku yang duduk kat sebelah aku, rehan cakap dekat aku muka k syu nampak macam garang 'giller'. aku pun dengan sengaja nyer tilik lah muka akak ni puas2. memang terserlah ke'bekengan'nya. masa dia tengah baca nama budak2 yang akan masuk group skali ngan dia tu, aku siap berdoa lagi dalam hati agar aku tak termasuk dalam group dia. alih2, tersebutlah juga nama aku. masa tu, punyalah takut aku. tuhan saja yang tahu betapa takutnyer aku. nasib baiklah jantung aku tak gugur. tapi sekarang dah tak takut dah. dia memang baik sangat. so, pengajarnnya kat sini 'don't judge a book by its cover'

k lin
ha, ngan k lin pulak aku kenal masa last day(hari khamis). tu pun masa dah nak balik sekolah. mula2 tu segan juga ngn k lin. campur malu. ye lar. lagipun masa tu aku tak kenla lagi k lin. tapi, disebabkan aku ni seorang insan yang sangat suka bercakap, terpaksalah aku bercakap dengan rela hatinyaa. takkan nak dengar trah jer tang cakap dengan k lin?? nanti jelous woh.... huhuhu
sejak itulah aku mula bercakap dengan die...kua3...

k tyah
dah habis pasal k lin. beralih pulak pasal k tyah. hm....dia ni baik sangat dan comel macam baby. dia ni pakai purdah. so sweet kn???mula2 tengok dia, aku rasa macam tak puas hati selagi tak tengok muka die. masa kat dalam musalla., dia buang purdah dia. lagipun, masa2 musalla dikuasai oleh kaum muslimah jer ok. so, bolehlah tengok muka dia. tenang jer. setenang air di tasik. aku ade tanye lar trah ok tak muka k tyah.
ni antara dialog aku ngn budak trah.
aku: trah, comel tak k tyah?
trah: k tyah?? yang mana satu erk k tyah?
aku: yang pakai purdah tu lar
trah: yang pakai purdah? ooo....yang tu
aku: comel ke tak ni?
trah: tak taulah...dia kan pakai purdah. nak tengok macam mana muka dia 2?
aku: la... dia kan tak pakai purdah dalam musalla??
trah: la...yeke?? patut lar saya cari mana akak yang pakai purdah tu. tapi tak jumpa. tak
perasan pulak akak tu dah buang purdah dia.
ish3... apa lar kawan aku sorang ni kan? pelik betul

k mus
aku kenal k mus bila erk?? tak ingat lah. tapi yang aku still ingat ialah masa aku ngan trah pi serbu k mus ngan k tyah. masa tu, aku nak tanya benda lar kat k mus. tapi takut atau lebih tepat lagi malu. so, aku suruh lar bez frenz forever aku, trah, tolong tanyakan. masa trah tengah tanya sesuatu kat k mus dan k tyah, aku nie yang sedang duduk mencangkung tengah gelak seorang diri. rasa macam orang gila pulak masa tu. masa tu aku rasa lucu sangat. kenapa pun aku tak tahu. hahaha

k nani
aku still ingat k nani ni sebab kalau salam ngan dia, mesti dia akan cium pipi orang tu. termasuklah aku. huhuhu. maluuu.... masa program tu dah habis, aku ada lar pergi salam ngan dia. n then dia cium pipi aku. aku rasa malu sangat masa tu. ye lar, aku ni bukannye biasa salam2 macam tu. memang kekok beb. tapi sekarang dah biasa kot?? entahlah

k am
k am... nama dia amalia. nama kakak dia amalina. aku panggil dia dengan nama k am. aku tak kenal sangat ngan k am ni. tapi kenla lar jugak sikit2. erm...... tak tau lar nak cerita apa pasal k am ni.. hi3

ok. setakat ni saja entry aku untuk kali ni. untuk kak2 yang aku dah tak ingat nama, sori sangat...pertemuan di masa silam mebawa 1001 kebahagiaan dan makna dalam hidup aku. semoga all da kak2 berjaya di dunia dan yang paling penting di akhirat. ameenn...


Monday, July 5, 2010

GELAGAT 2AMANAH

inilah antara gelagat budak2 kelas saya. tilik lar puas2 ok.

pembentangan group 1...
boring...

inilah dia pejuang palestin 2 amanah
hidup palestin!!!

budak perasan handsome!!!


inilah tok janggut versi moden
eh, ade ke janggut kertas??


hazwan buat ape tu?
x padan ngan kecik
nak buli orang besar


aik!! bersilat lar pulak budak kecik nih...

x de tempat lain ke nak lepak???
korang nie......

rajin nyer kawan aku sorang nih!!!

rajin nyer budak kecik nih!!!
aku tabik kt zakwan.

Thursday, July 1, 2010

'SEJARAH' TIME


tempat>> kelas 2A
masa>> masa sejarah lar....
aktiviti>> presentation (lakonan)
nama group aku>> happy wonder girls
nama ahli>> aku
trah
miah
rehan
ketua kumpulan>> semua ahli boleh jadi ketua kumpulan


sejarah time?? korang tahu ke apa yg dimaksudkan ngan sejarah time?? ha...let me tell u about sejarah time. camnie...cikgu sejarah kitorang, cikgu majidah suruh kitorang buat group. semuanya ada lbh kurang 10 group tak silap saya lah. n then setiap kumpulan akan diberi 1 tajuk untuk dibentang. semua tajuk nie ada dalam bab 7 (tak silap aku lar). kumpulan kitorang pilih tajuk rentap, sebenarnya nak amik tajuk tok janggut,yelar...tok janggut kan pahalawan negeri kelahiran aku yakni kelantan. tapi abis kitorang bincang n meeting selama beberapa minit dalam keadaan yang kalut2 tapi tenang, kitorang decide nak amik tajuk rentap sebab mesti ramai yang nak amik tajuk tok janggut. that's mean kitorang terpaksa bersaing untuk dapatkan tajuk tu.



seperti yang aku tulis kat atas tu, kitorang akan buat presentation secara lakonan. lain dari yang lain kan?? ha.....itulah kelainannya......mula2 tu nak buat pembentangan biase jer. sebab?? miah dan rehan serba salah nak buat lakonan. katanya malu... nak malu apa nyer kan?? dalam kelas jer. bukan nye atas pentas. kalau atas pentas aku pun malu. tetapi selepas budak 2 orang tu dipaksa oleh insan yang bernama NADHIRAH dan ATHIRAH, diorang terpaksa akur...
hahaha....di saat itulah terserlah kejahatan aku ngan trah dalam belajar ( sebenarnya untuk kebaikan diorang gak)



erm..... giliran untuk group kitorang buat presentation ialah nombor 4. hahaha.....takut nya...berdebar sangat nie..... besok aku ingat nak pergi rumah trah. nak discuss pasal benda nie.. dan juga fikir pasal kelengakapan untuk lakonan nie. trah akan pegang watak rentap. aku pulak pegang watak james brooke. miah pegang watak charles brooke. dan raihan akan bawa watak sebagai orang iban dan story teller. kitorang juga ingat nak ambik beberapa watak sampingan untuk melengkapkan lakonan nie supaya jadi lebih real.



erm.... setakat nie saja entry buat kali nie. almaklumlah aku nie seorang yang malas nak menaip. lenguh abis tangan. kalau ikut k sue pergi berurut tadi kan takpe . hahaha.assalamualaikum wr br.

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...